Tuesday, November 15, 2011

Puyuh ku Bertelur pada 11.11.11 (^_^)

Hehehhe~~~ Happy sangat2 tau... Sebab burung puyuh yang saya dan Kiong pelihara dah bertelur... (^_^) Lama dah tunggu, mula2 ingatkan burung tu tak nak bertelur... Tapi akhirnya ada jugak walaupun cuma 3 biji untuk first time... heheheh~~~ (^_^) Saya beli anak burung puyuh tu pada 17.09.2011, kemudian mak dia call bagitau burung tu dah bertelur pada 11.11.2011... Cantiknya tarikh dia bertelur... heheheh~~~

Pasangan anak puyuh pertama kami beli pada 17 . 09. 2011
Pasangan ke-2 & ke-3 beli pada 02 . 10 . 2011
Telur puyuh pertama keluar pada 11 . 11 . 2011
Sekarang ni, dia sedang buat pengeraman secara manual, sebab tu lah ada mentol. Mak puyuh ni tak nak mengeram telur dia... Harap2 telur puyuh ni akan menetas dalam masa lebih kurang 17 hari... Amin... Tak sabar nak tengok anak2 dia yang comel... (^_^)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~