Saturday, November 26, 2011

Santubong Resort And Family

Hujung minggu ni dihabiskan bersama keluarga... (^_^) Seronok sangat... Kebetulan masa ni cuti sekolah dan cuti Awal Muharram, jadi tak risau la kalau penat hari isnin sebab memang public holiday... =) Kami tinggal di Santubong Resort 3 hari 2 malam bersama parent, adik beradik dan anak2 saudara... Agak ramai la jumlah kami, tapi tak kisah sebab kami tinggal dalam Suite yang besar... Jadi bebas macam dalam rumah sendiri... (^_^)

I Love My Family... =)
Bangun je pagi2, terus terjun dalam kolam renang sebab malas nak mandi dalam bilik air. Lagipun yang kecik2 awal pagi dah sibuk nak mandi kolam. Jadi, kami yang besar ni la tolong tengok2kan diorang... (^_^)

Jaga yang kecik2 mandi kolam... (^_^)
Panas dan surnburn (-_-)
Saya, adik2 dan baby fruit... (^_^)
Lepas mandi, memang kepenatan dan lapar... Saya dan adik2 pun dah tak larat nak jaga yang kecik2 ni... Buat je maggi dan lepas tu semua masuk tidur... Hehehehh~~~ Petang nanti boleh sambung balik aktiviti sampai ke malam... (^_^)

Malam pulak kami makan di Teo Seafood, tempat kedai tu kat dalam Kampung Buntal... Nyum3~~~ Makan sampai perut dah tak larat nak masuk... =) Actually nak pergi Beach Seafood, sebab hidangannya dalam kuantiti yang banyak dan lagi sedap. Tapi, malam tu banyak sangat bas pelancong yang datang, sampai dah tak ada tempat nak duduk... Hehehehe~~~



Menu malam ni kami order Sambal Sotong, Black Pepper Crab, Prawn Tom Yum, Mix Vegetable, Kangkung Belacan, Ochien, Salt Prawn dan Bawal Hitam Sweet and Sour... Semuanya sedappp... Nasib baik tak order dalam kuantiti yang banyak, sebab pernah dulu order ikut bilangan orang tapi tak habis makan... Jadi malam ni order sikit je... Itu pun perut pun dah tak larat lagi nak isi... Kenyang air sebenarnya.... Heheheh~~~

Muka Kenyang dan Blurrr... (-_-)

Dah habis makan dan semuanya... Terus balik dan tidooooo (-_-) Mengantuk... Esok boleh buat aktiviti lain pulak... heheheh~~~
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~