Wednesday, November 30, 2011

Tips Menjaga "Wiper" Kereta

Wiper~~Wiper~~Wiper~~~ Mesti kena tahu macam mana nak jaga tau.. Sebab tu adalah penyokong yang boleh dikira penting untuk keselamatan pemandu. Wiper yang dah pun mengeras maksudnya dah tiba masanya untuk ditukar baru, sebabnya nanti ia akan mencalarkan cermin kereta dan pembersihannya pun nampak kabur.


Apa yang menyebabkan Wiper rosak??

Cahaya matahari yang terik membuatkan suhu pada cermin kenderaan meningkat. Bila wiper dilampirkan pada cermin depan, haba kat cermin akan mengalir pada wiper. Secara umum kita tahu yang haba boleh merosakkan getah. Kesan perubahan suhu panas dan sejuk membuatkan getah kembang dan kempis serta akhirnya mengakibatkan kerosakan pada getah.

Selain haba, penggunaan cecair pembersih cermin seperti RainX pun boleh merosakkan wiper. RainX membuatkan cermin nampak bersih dan kalis air bila kita sapukan. Tetapi, bahan asas RainX adalah silikon, silikon akan melekat pada permukaan kaca dan sampai suatu masa, ia akan melekat pada getah dan mengurangkan keupayaan getah untuk membersih cermin.

Apa perlu dilakukan??

Ketika meletak kenderaa di tempat yang panas, angkat batang wiper dalam keadaan menegak supaya getah tidak nenyerap haba dari cermin. Untuk lebih mudah, letak kenderaan di tempat yang sejuk supaya tak perlu mengangkat batang wiper. Ini boleh membantu memanjangkan jangka hayat getah wiper dan mengelakkan getah dari perubahan drastik suhu secara berterusan.

Elakkan penggunaan bahan pembersih seperti RainX, sebaik-baiknya cari Wiper yang diperbuat daripada getah berkualiti. Sebelum menggunakan apa-apa larutan pembersih cermin, baca label dan pastikan bahan tersebut tidak merosakkan getah dan cermin kereta.
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~