Saturday, December 10, 2011

Begedil Lisa Surihani

Begedil ni nama dia Lisa Surihani sebab hari tu Lisa ada masuk satu rancangan masakan, dia buat begedil kentang... Sebab tu la adik saya namakan begedil ni Lisa Surihani... (^_^) Bahan2 dia pun Simple je dan senang nak ikut... Sesuai jugak nama lisa jadi nama makanan kan??? Hehhehe~~~ =) Nak tau macam mana buat??? Resipi ni dah diubah sikit kuantitinya mengikut mood adik dan bapak saya yang memasak.... Hehehe~~~


Bahan-Bahan :
  • 500g Kentang
  • 500g Daging cincang 
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu tepung gandum
  • Daun bawang
  • Lada, garam, serbuk perasa, kiub stok ayam/daging
•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸
Cara-cara :

1. Rebus kentang sampai empuk dan lecek hingga hancur.
2. Bawang besar, bawang putih dan daun bawang dicincang halus.
3. Masukkan semua bahan dalam bekas besar kecuali daun bawang dan gaul sampai sebati. Tak perlu letak air.
4. Bila semua bahan dah sebati, baru masukkan daun bawang yang telah dicincang dan gaulkan sedikit.

Daun bawang dimasukkan paling akhir

5. Bila semua bahan telah diadun, bentukkan begedil dalam bentuk bulatan kecik. Sapukan tangan dengan tepung supaya begedil tak melekat.
Dibentuk bulat-bulat

6. Gorengkan dalam minyak panas sampai kekuningan dan garing.
Berenang didalam kuali

7. Kalau dah siap, bolehlah dihidangkan untuk dimakan. Sedap... Sebab begedil ni kurang tepung... (^_^)
Jangan tengok luaran... Sebab dalam dia sedappp... (^_^)

Selamat mencuba... (^_^)
.
.

2 comments:

naomie said...

tang nyaman jak kak su~ mok juak!

Kak Yatt said...

Hehehe~~~ nang nyaman ya nomi... (^_^) ktk try la polah d umah... =))

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~