Monday, December 5, 2011

Dari Santubong Resort, Breakfast di Buntal

Hujung minggu bersama Family lagi... (^_^) Terima Kasih kepada abang saya yang paling sulung... =) Kami tinggal di Ocean Suite Santubong Resort... Kami semua ada dalam 14 orang termasuk anak buah yang kecik2... Ramai~~~ Hehehe~~~ Parking kereta pun semak je dengan kereta kami 4 buah... Datang asing2, sebab tu la gerak guna banyak kereta...(^_^)

1. Kereta Mak
2. Kereta Abang
3. Kereta Kakak
4. Kereta Saya.... Hehheheh~~~ (^_^)

Actually jumaat dah mula check-in, tapi saya tertinggal sehari, sebab hari jumaat balik kerja lambat... (^_^) Sabtu malam la baru saya gerak ke sana... Bukan ada buat apa pun, saja nak buang masa bersama2 family...

Disebabkan kebosanan melampau, malam tu saya lepak di lobby hotel sampai tertidur sambil TV tengok saya... hehehh~~~  Dekat nak pukul 11 malam baru saya gerak ke bilik dan tido lagi... Huahuahua~~~ =)

Paginya pula, pukul 7 semua dah diganggu dan dibangunkan... Sebab nak pegi breakfast... (^_^) Kelam kabut je kami bangun dan tak mandi pun... Hahahha~~~ Salin je baju tidur dan terus gerak. Mamai2 lagi anak buah yang kecik... (^_^)

Tak nak bangun & degil nak tidur atas lantai... Angkat je lah... Hehehhe~~~
Adik saya sibuk buatkan Susu untuk yang kecik2... =))
Kedai yang nak dituju dah tahu, sebab abang saya memang dah biasa breakfast kat gerai tu... =)) Kami sambung sampai 3 buah meja sebab terlalu ramai... Kakak yang ambik order tu pun pening kepala sebab kami asyik order dan non-stop.. Tapi dia tetap tersenyum melayan kerenah kami... Hehehhe~~~ Lapar awal pagi katakan... (^_^) Boleh dikatakan seorang makan sampai 2 pinggan... Order telur goreng sampai 10 biji, ada yang makan Mee Jawa, Roti Canai, Mee Kolok dan Mee Goreng.. Masakan dia pun boleh tahan sedap.. =) Tapi tak ingat pulak nama gerai tu... Yang saya pasti gerai makan tu jugak adalah pengusaha Kek Lapis Sarawak di Kampung Buntal. Jadi kira senang jugak la nak cari tempat tu... Hehhehe~~~

Saya dan Adik2.. =)
Mee Jawa yang SAYA makan.. =))
Roti Canai Cornbeef yang SAYA juga makan... =))
Mak dan Bapak sibuk melayan kerenah Cucu.. =))
Lepas makan, apa lagi... Terus balik Hotel dan anak2 abang terus terjun dalam kolam renang... hehehheh~~~ Minggu depan tak tau lagi mana abang saya nak bawa kami pergi... Tunggu dan lihat je lah update yerr... (^_^)
.
.

2 comments:

Anonymous said...

like sebab adamuka kmk! hahahaha

Kak Yatt said...

Mulia or ezi anonymous tok??? Mulia ka??? hheheh~~~ Muka bangun tido pun jadi laa... Lelah jak org suruh pose kacak2 dgn botol susu ya... Keh3~~~

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~