Wednesday, December 7, 2011

Hati Tenang di Pagi Hari..

Pagi ni... pkl 4.40 pagi saya dah bangun tidur... Semata2 nak buat bekal pergi kerja... Saya buat Cucur Carrot... (^_^) Sedap tau... Nyum3~~~

Bahan-bahannya saya gunakan 3 batang carrot yang diparut memanjang, sebatang sosej, sebiji bawang besar, sebiji bawang merah, 1 kiub ayam, serbuk cukup rasa, tepung kunyit, 2 biji telur, 2 biji cili padi cincang, 500g paket tepung gandum... Serius saya katakan sangat sedap... Kalau tak percaya boleh cuba buat sendiri... Ehehehe~~

Dalamnya sangat cantik dan SEDAPPP... (^_^)
Tengok Luaran nampak sangat hodoh

Apa yang membuatkan hati saya tenang pagi ni...  Hurmmm~~~

Tadi saya sampai disekolah dalam pukul 6.20pagi... Datang macam biasa jugak... (^_^) Tengah saya mengemas barang (HandBag, Laptop & Bekas makanan) kat dalam kereta, ternampak pulak pak cik guard yang syif pagi baru datang... takde pulak nak fikir panjang, saya bagi je satu bekas kecik yang ada cucur kat pak cik tu... Sebab saya ada bekal 2 bekas, satu besar dan satu kecik... Mula2 fikir nak makan bekas kecik tu waktu minum petang, bekas besar untuk minum pagi... Tapi hati tergerak nak bagi kat pak cik tu pulak... Lepas bagi, rasa tenang pulak hati ni... Alhamdulillah... (^_^)

Hari ni je saya rajin sikit nak masak2 pagi dan bangun awal... Selalunya mak yang akan bangun awal untuk buatkan bekal saya pergi kerja... Ehehehhhh~~~ Anak bertuah... (^_^)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~