Monday, December 26, 2011

Holiday di Sematan & Krismas

Baru nak berangkat dari rumah... (^_^)
Si Driver Sibuk je nak begambar... Heheheh~~~
Wahhh~~~ Best sangat2 Holiday minggu ni... Kami sekeluarga bermalam di Holiday Chalet Sematan 3 hari 2 malam... Seronok sangat... Sambil bercuti, kami boleh berjalan krismas kat rumah Dia sebab dia tinggal di Sematan... (^_^)

Selamat datang ke Sematan... (^_^)
Rumah sebelah kiri tu Chalet kami... (^_^)
Masa hari pertama sampai, cuaca baik sangat2...  Anak-anak buah dapat mandi di pantai sampai diorang hitam berkilat... hehehe~~~ Tapi, cuaca pada hari ke 2 tak berapa baik... Hujan turun tak henti2 dari pagi sampai ke malam, kampung di Sematan dan pasar Lundu banjir dengan air laut yang bercampur hujan lebat... Masa tengok banjir, lupa pulak nak ambil gambar sebab tengah blurr bila tengok banjir... Macam tak pernah tengok pulak... Tapi memang jarang tengok pun... Heheheh~~~

Cuaca sangat baik pada hari pertama... =)
Kolam renang depan bilik je... (^_^)
Bila cuaca tak berapa baik, nak pergi mana2 pun payah... Kereta semua kena parking jauh dari pantai sebab ombak dah naik macam Tsunami... Pagar besar kat kawasan Chalet pun roboh sebab ombak yang kuat dah naik menghampiri Chalet... Seram jugak bila masa-masa camni kami berada kat kawasan pantai... Tawakal je la bila dah keadaan macam tu, nak lari kemana-mana pun tak boleh. Jalan besar utama untuk balik ke kuching dah tenggelam dalam banjir... Nasib baik takde apa yang berlaku...

Keesokkan harinya, bila hujan dah turun macam biasa dan takde ribut lagi, kami semua main hujan di pantai dan berenang di kolam dari pagi sampai ke petang... Ambil peluang berendam puas2 bila takde matahari dan tak akan SunBurn... hehehe~~~ (^_^)

Sambil bercuti... Kami sempat jalan2 krismas kat rumah Dia dan kawan adik saya... (^_^) Rupa-rupanya, masa perayaan krismas pun ada hidangkan kek dan biskut. Saya ingatkan hari raya je ada macam tu... Bila balik dari rumah Dia, macam2 buah tangan yang kami dapat... Buah kelapa muda 7 biji, Nanas Besar 5 biji, Asam mempelam sebeg besar, Buah Tembikai dan telur puyuh yang kami pelihara... (^_^)

Buah nanas tinggal satu je sebab dah dimakan, tembikai pulak terus potong bila sampai rumah.. (^_^)
Holiday ni la betul2 enjoy walaupun hari hujan dan ribut kat laut... Sambil holiday, dapat ziarah krismas sekali... Kita kan satu Malaysia... (^_^)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~