Wednesday, December 28, 2011

Isi Perut di Atok Kopitiam

 

Ini dia Kopitiam padungan... Atok Kopitiam... Tempat dia kat area padungan, belakang HSBC bank, area Travillion untuk yang kaki clubbing... (^_^) Senang je nak carik..


Saya baru je tahu tempat makan ni, tu pun sebab kakak sama kerja yang bawa pergi sini. Kalau tak kerana kerja di kawasan ni, rasanya saya pun tak tau kot... (^_^) Suasana dalam kedai ni pun menarik dan selesa, boleh dikatakan nampak antik la... Nampak lebih kurang macam Old Town, Ipoh Town dan Kaya Toast... (^_^)

Ini la kakak yang suka bawa kami Jalan-jalan cari makan... Kak Norlia... Hehheheh~~~ Kalau ada tempat baru yang saya tau, Kak Norlia la yang ajak... Kehkehkeh~~~ (^_^)


Lupa nak bagitau, ada wifi jugak tau... Hehehhe~~~ Buka dari 7.30pagi - 10.30malam... Ni waktu perniagaan terbaru rasanya, sebab sebelum ni sampai 6.30 petang je... Jadi boleh la datang makan malam jugak... (^_^)



Harga makanan pun boleh tahan jugak... Tak la mahal sangat dan tak la murah sangat... Sedang-sedang je... Tapi yang pasti masakan kat sini semuanya SEDAP-SEDAP... (^_^) Harga air je yang saya rasa mahal sikit... Cuba tengok kat bawah ni kalau korang nampak... Hehhehe~~~


Tapi setakat ni, yang lain-lain memang best termasuk servis diorang yang Superb Cepat... Kalau saya datang sini, saya suka makan Nasi Lemak Sambal Sotong atau Bihun Goreng Seafood... Sedap... Nyum3~~~ (^_^)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~