Saturday, December 3, 2011

Isu HIV dalam Minuman isu Palsu

Sejak kebelakangan ini saya banyak terima e-mail dan SMS dari kawan2 yang dibuat oleh seseorang untuk menakutkan pengguna... Kalau nak difikirkan logik, ada tak orang nak mengaku diri sendiri ada HIV dan masukkan kat dalam tong air?? Tak ke letak sendiri kat kandang harimau kalau dia buat macam tu??? Hurmmm~~~


Kenapa maklumat ini PALSU???

Sebab ia berasal dari fitnah yang pernah dibuat melalui e-mail dan SMS berantai di Amerika dan UK pada tahun 2004 dan diubahsuai mengikut produk dan keadaan semasa.

Di bawah ni ialah salinan dari status FB, e-maill dan SMS seiras yang dah pun tersebar di Amerika, UK dan Australia pada Julai 2011. Dikumpul oleh Brett M. Christensen.


Perasan tak dalam SMS yang kita terima, perkataan NDtv (Notre Dame University television) ditukar kpd NTV7 apabila mesej ini sampai di Malaysia?
**Saya sendiri menerima SMS yang ditulis NDtv, tetapi SMS kawan saya ditulis NTV7... (^_^)

SMS yang saya terima tertulis NDtv
Lagi satu, Virus HIV tidak boleh merebak melalui makanan dan air minuman walaupun darah pesakit AIDS berada di dalamnya. Apatah lagi air Pepsi yang mampu mengilatkan duit syiling dgn asidnya. Klik >> Info HIV

Pengetinan dan pembotolan air minuman di kilang2 mengambil masa 800 tin/minit.. Masa tu terlalu pantas untuk sesiapa saja nak menyentuh air pepsi dan mencemarinya sebelum dipek. Lagipun didalam kilang, air dibancuh oleh mesin dan disalurkan terus melalui paip, jadi ia langsung tak dpt disentuh oleh sesiapa.

Video bagaimana Pepsi dikilangkan :


Jadi terpulanglah untuk kita percaya atau tidak... Ini semua seperti satu propaganda untuk memusnahkan perniagaan orang... Wallahualam~~
.
.

2 comments:

faizura rahman said...

setuju dgn artikel ni..org malaysia ni mmg suka bergosip smp menutup periuk nasi org lain..masalahnya yg menyebar fitnah tu pun bodoh..kaji la dulu mcmana life cycle virus b4 nak buat cerita..HIV tersebar melalui air minuman? nonsense!

Kak Yatt said...

itu la... tak habis2 nak jatuh kan org... Itu la yang jadi... (-_-)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~