Monday, December 19, 2011

Kesian Rambut Bila Tuannya Bosan


Ok tak rambut camni??? Hujung minggu sangat bosan kalau takde buat apa d rumah... Duduk sana, duduk sini, keluar masuk dapur, makan, tidur, tengok TV... Aduiii... Apalagi nak dibuat kalau dah bosan??? Hehehhe~~~ Jeng3~~~ Ini la yang boleh kita buat... Modified rambut sendiri... (^_^)

Kalau sebelum bosan, rambut cantik je... Heheheh~~~ Cantik ke??? =P

Panjang...
Panjang lagi... =)
Tengah hari tu... Masa tengok TV dalam bilik, ternampak gunting kat atas almari... Hehhehe~~~ Apa lagi, duduk depan cermin dan potong sikit...sikit...sikit... Lepas tu, terus pendek kat depan... Macam buruk je mula2 tengok... Tapi apa boleh buat, lambat lagi nak tumbuh... =)


.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~