Friday, December 30, 2011

Lepak Satay Kajang

Lepak kat Gerai Makan kat Satay Kajang ni sambungan dari entry "Takde Plan Nak Keluar"... Kat hujung entry kami pegi makan-makan, tapi tak nak campur pasal gerai makan kat dalam entry tu, sebab kalau bab-bab makan ni kena masuk dalam entry khas... Hehhehe~~~ 

So... Ini lah dia Gerai Satay Kajang, Lokasi gerai ni kat area Kampung Ajibah Abol (Kampung Nombor) ataupun Jalan Dagok... Suasana gerai ni biasa-biasa je... Specialnya kat sini adalah satay dia... Sedap dan Lembut... Nyum3~~~ Saiz pun boleh tahan, takde la kecik sangat macam kedai biasa... (^_^)

Satay Kajang Kampung Nombor

Menu dia pun Ok jugak kan??? Tak mahal... harga makanan sesuai la dengan jenis gerai dan lokasi... Kami order benda wajib kat sini, Satay... (^_^) Lain-lain tu mee... Secara jujurnya, rasa minuman agak kurang...
Pertama, saya dah frust dengan air... Air dia rasa macam tak sampai... Order lemon peng, tapi masam lemon takde... Sekeping je lemon, sebab tu rasa tak sampai kot... Hurmmm~~~ Takpe, ni first time datang...


Rasa satay memang kami puas hati... Sebab daging lembut dan sedap... (^_^) Boleh tahan... Tapi masih tak dapat lawan kuah satay yang di jual kat kantin MBKS... Kalau nak tau macam mana rasa kuah satay dia, datanglah sarapan kat kantin MBKS... Sebab satay ada jual pagi je untuk menu sarapan... Serius saya kata sedap... (^_^)

Satay Ayam... (^_^)
Kalau bab makanan OK laaa... Cuma memandangkan badan saya ni agak besar dan kuantiti yang kena masuk pun kena banyak, jadi saya rasa kuantiti makanan dia dalam pinggan tu agak sikit, sebab saya tak kenyang bila makan... (^_^) Hehhehe~~~ Pelahap... Nak kata apa la kan??? Hahhaha~~~


Walaubagaimana pun... Sambal cili kat sini sedap, itu yang buka balik selera saya masa makan... Hehhehe~~~ Nyum3~~~ Jemput makan... (^_^)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~