Tuesday, December 27, 2011

My Dream Wedding... Butterfly...

Perkahwinan Impian.... Butterfly Wedding... Comel kan rama-rama??? Perkahwinan impian saya berkonsepkan rama-rama... Simple tapi cantik... (^_^)


Agaknya macam mana Wedding Dress Butterfly yang saya nak???  
Baju tu la yang akan membuatkan pengantin nampak lebih anggun...Kalau kahwin nanti, saya nak pakai tudung. Walaupun bertudung, masih boleh pakai dress cantik-cantik dan comel... (^_^) Saya nak dress yang penuh dengan rama-rama macam ni... (^_^)
 

Untuk melengkapkan Dress yang dah cantik, kena ada bunga tangan... Saya sangat sukakan bunga kemboja... Tapi apa boleh buat takde dress bunga kemboja... Bunga tangan je jadi la... Hehehhe~~~ Cantik sangat-sangat kalau Bunga Tangan tu diperbuat dari Bunga Kemboja Hidup... (^_^)


Dress Butterfly dan Bunga Tangan dah ada... Sekarang ni kasut pulak... Saya nak kasut rama-rama jugak.... Nampak ayu je bila ada rama-rama di kaki... (^_^)


Kalau dah ada Pakaian dan Pengantin, mestilah ada pelamin untuk tepung tawar pengantin... (^_^) Kalau saya kahwin, saya tak nak buat besar-besaran... Cukup sekadar akad nikah dan majlis doa selamat bersama keluarga terdekat... Saya tak minat majlis besar-besar walaupun orang kata perkahwinan cuma sekali seumur hidup... (^_^) Kalau nak kenangan, ambil la gambar banyak2... Hehhehe~~~ Tak salah walaupun kita buat majlis kecik-kecik, tapi pakai pakaian cantik-cantik untuk menyambut tetamu dan bergambar, betul tak?? Jadi kita cuma perlukan Pelamin Kecik, Elegan dan Comel... (^_^) Saya suka sangat bila tengok pelamin ni masa online, tapi takde pulak jumpa pelamin rama-rama...


Kalau dah bersanding, tak lengkap kalau takde cincin perkahwinan... Cincin perkahwinan tentulah saya nak ada rama-rama comel kat atas tu... Walaupun ada orang kata Cincin Rama-rama macam cincin mainan dan kebudak-budakan, tapi itulah yang saya nak satu hari nanti... Saya akan tempah cincin macam ni... (^_^)


Malam sebelumnya...mesti ada malam berinaikan??? Inai yang saya impikan pun nak rama-rama jugak... Inai Rama-rama lebih kurang macam ni la... Tapi kalau ada yang lebih cantik nanti, saya akan pilih yang lagi cantik... Hehehhe~~~


Perkara paling last sekali dalam sesuatu majlis... Tentulah potong kek... (^_^) Saya nak Kek Rama-rama jugak... Kalau biasanya kek kahwin sampai 3 ke 4 tingkat, saya nak satu tingkat je... Hehehehe~~~ Rasanya kek tak perlu kot... Tapi kalau saya teringin pun, saya nak setingkat je... (^_^)


Rasanya saya dah dapat imagine macam mana majlis perkahwinan saya nanti... Serba sederhana tapi nampak comel... Pengantin bertepung tawar pakai Wedding Dress Butterfly, Duduk bersimpuh di atas pelamin dan Potong kek sambil duduk... (^_^) Hehehhe~~~ 
Nampak comel dan macam majlis kahwin pondok-pondok pulak... Tapi itu la yang saya nak... Merealisasikan impian berkahwin seperti dizaman kanak-kanak bertemakan rama-rama dan bunga kemboja... (^_^) Amin~~~ Semoga dimakbulkan Allah~~~
.

1 comment:

Anonymous said...

kalau semua rama2..kena pegang la masa bersanding. takut terbang la pulak..hihi.. kek tu nmpak sedapp..

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~