Wednesday, December 14, 2011

Rezeki Halal... Syukur...



Hari ni, banyak rakan-rakan saya berhenti dari MEMC, tempat kerja lama saya... Mereka berhenti secara paksa rela, melalui VSS (Voluntary Separation Scheme)... Kata mereka, kalau tak ambil VSS, mereka akan akan melalui MSS (Manager Self Service), iaitu mereka dipilih untuk dibuang...


Ini semua disebabkan keadaan ekonomi kilang yang tak stabil kebelakangan ni dan seperti hampir nak bankrupt... Perkara ni bukan baru lagi, tapi sebelum saya berhenti dari situ keadaan memang dah tak stabil dan asyik Shut-Down. Lebih 150 orang yang dibuang... Kilang tu baru je dibuka dan belum sampai setahun pun... Agaknya apa masalah kilang tu sampai tak boleh nak maju??? Barang tak laku ke??? Hurmm~~~

Bukannya apa, cuma kesian dengan pekerja yang berhenti dan menganggur. Kalau masih bujang, takpe la jugak. Sebab mereka masih ada mak bapak untuk support perbelanjaan... Tapi, yang dah berumah tangga dan beranak pinak??? Macam mana mereka nak tanggung anak bini.. Kesian betul kat diorang sebab sekarang ni susah nak cari kerja dengan cepat... Apapun, saya doakan supaya mereka murah rezeki dan dapat kerja lain dengan cepat... Amin...


Sebab tu lah saya sangat bersyukur, lebih-lebih lagi dapat kerja kerajaan... Walaupun banyak yang kata saya ni rugi, sebab sekarang ni saya kerja guna sijil SPM dan tak pakai Diploma yang saya ada. Saya patut bersyukur, sebab ada banyak lagi lepasan SPM dan IPT yang tak dapat kerja sekarang ni... Sambil saya kerja sekarang, saya pohon la jawatan kosong Diploma lain. Kalau rezeki saya ada, dapat lah tu... (^_^)
Contoh terdekat sekarang, kawan saya sendiri... Sekarang ni nasibnya nyawa-nyawa ikan di MEMC... Dia terpaksa berkorban di kilang tu sebab payah sangat nak cari kerja lain... Sekarang ni saya sendiri tengah bantu dia cari kerja. InsyaAllah kalau dah dapat tawaran di tempat lain, dia pun akan keluar dari kilang tu jugak. Amin...

•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.

Walau apa pun kerja sekarang, kita mesti bersyukur tau tak... Kita selalu merungut jawatan yang kita dapat tu tak setimpal dengan sijil yang kita ada dan tak berbaloi belajar tinggi-tinggi... Tapi boleh tak kita fikir macam mana orang lain yang masih belum dapat kerja??? Kebanyakkan penganggur pun dikalangan graduan jugak kan?? Kalau kita rasa tak berbaloi, kita usahalah dengan cara lain, sambil bekerja, sambil tu memohon jugak ditempat lain yang kita rasakan lebih baik...TAPI jangan sesekali merungut... Kalau kita merungut, rezeki semakin jauh dari kita. Sebab tu kita perlu belajar untuk bersyukur... InsyaAllah semakin murah rezeki kita... Amin~~~
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~