Thursday, December 29, 2011

Takde Plan nak Keluar

Hari ni keluar takde rancang apa-apa pun... Tetiba je petang Firdaus mesej tanya saya dan Kak Ramziyah free tak dan ajak keluar jalan-jalan... Memandangkan saya memang takde nak buat apa kalau balik rumah, kitorang pun setuju nak keluar petang tu... (^_^)

Rancang jumpa kat The Spring pukul 4 petang... Mula-mula semangat je kata nak tengok wayang, tapi langsung takde cerita best yang nak di tonton... Huhuhu~~ Tengah jalan-jalan, ternampak satu deretan kedai baru kat situ, rasanya sebelum ni takde kot... Kedai Game Token... hehheheh~~~ (^_^) Syok je kami main token... Firdaus tukang main, Kak Ramziyah ambil gula-gula, Saya sendiri tengok dan mintak anak patung yang dapat... Hehhehe~~~

Big Sweet Land Game... =)
Firdaus, saya dan Kak Ramziyah... (^_^)
Lepas main-main kat Game House The Spring, kami terus ke Boulevard. Saja je jalan-jalan tak tau nak buat ape... Hehhehe~~~ Sebelum ni saya pernah nampak gerai jual Doughnut Chocolate Fountain, tapi tak pernah nak beli sebab tak tau sedap ke tak... Tapi hari ni saya dah rasa, Firdaus yang belikan untuk kami bertiga... Sedap jugak rupanya... Ayat trademark, "Barang free nang nyaman"... Hhahahah~~~

Sedap jugak Donut Chocolate Fountain ni... =)
Jalan-jalan makan donut... =)
Jalan-jalan kat dalam boulevard betul-betul buat kaki saya penat... Bukan beli apa pun, saja je nak menyemak ruang... Hehhehe~~~ Jalan pun jalan jugak, surau jangan lupa... Hehheh~~~ Singgah solat maghrib dulu, lepas tu terus gerak pergi makan sebab lapar gilerr... Saya dari balik kerja tadi tak makan2 lagi... (^_^) Diorang ajak pergi makan di Satay Kajang, di Kampung Ajibah Abol... Sedap la jugak kat situ... Boleh tahan... (^_^) Lepas makan, singgah beli Grilled Burger dan terpaksa balik terus sebab mak Kak Ramziyah dah call... Hehhehe~~~ Anak dara mana boleh pulang lewat... (^_^)

Light Stick beli kat Boulevard tadi.. =)
Seronok jugak keluar macam ni, takde plan langsung nak jalan-jalan, tapi tetap enjoy... Kadang-kadang kalau kita rancang lebih-lebih belum tentu lagi menjadi kan??? Macam ni lagi seronok, mana rasa nak pergi, pergi la... Tak payah rancang-rancang... (^_^) Tapi...yang sedihnya, masa balik baru saya perasan Santa Claus yang saya dapat dari token tadi dah hilang dari beg, tak tau mana pulak dia jatuh... (-_-) Sedih betul... Nasib baik sempat bergambar dengan dia.. Hehhehe~~~
Wassalam....
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~