Tuesday, December 6, 2011

Terlebih Excited Pulak

Hehehe~~~ Alahai... Kenapa la terlebih excited pulak??? Hehehhe~~~ Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada kawan saya, Abbie yang tak lama lagi akan melangsungkan perkahwinannya... Saya dapat tahu pun dari status FB...Lepas tu cepat je nak "Poret".... hehehhe~~ Bukannya apa, seronok bila dapat tahu kawan kita dah nak menamatkan zaman bujang diorang... Selain Abbie, ada lagi kawan-kawan lain yang dah sibuk pergi ke kursus perkahwinan, mesti diorang ni pun dah tak lama lagi... (^_^)

Saya sendiri bila pulak??? Eheheheee~~~ Sabar la dulu, tak perlu gopoh... Kalau ada jodoh dan dah sampai seruan untuk mendirikan rumah tangga, nanti kamu dapatlah berita baik... =)


Lepas je dapat tahu Abbie nak kahwin, saya terus post status kat FB... 

"Kawan saya nak kahwin, saya yang excited"

Tak lama kemudian, ada kakak sepejabat saya komen...

"Ni mesti BFF awak..seronok kan bila dengar kawan nk kahwin.."

Saya pun mula terfikir... BFF??? Rasa macam pelik dengan ayat BFF... Sebab actually kami bukan BFF... Cuma kawan yang pernah kerja sekilang dulu di MEMC... Kami kenal betul pun seminggu sebelum saya berhenti kerja...  

Seminggu sebelum saya berhenti, Abbie di letakkan ke section dimana saya berkerja bersama dengan Kiong, sebab section tu tak cukup orang pada minggu tersebut... Dalam masa seminggu tu lah kami bertiga kenal betul2, keluar makan dan rehat pun sama... Saya, Abbie dan Kiong... Sebelum ni kami tak pernah duduk semeja pun, kalau ada pun sekali dua je sepanjang saya berkerja kat situ dan tak pernah bercakap... Tapi dalam seminggu tu, saya dan Kiong dapat merasakan Abbie ni seronok untuk dibawa berkawan dan kerja pun rajin... (^_^) Yaaa~~~ Sangat rajin, sebab Abbie suka gosok "Wet Cart" kotor yang hitam sampai bersih dan putih... Hehhehe~~~ Mungkin cepat serasi sebab kami bertiga sekepala... Dia pun jenis yang periang, tak cakap hal orang lain, atau dengan kata lain "Poret", mungkin sebab tu selesa bila kami dengan Abbie... Saya dan Kiong jenis tak banyak kawan dan lambat nak serap dengan orang masa di MEMC. Tapi dengan Abby ni kami sangat selesa... 


Walaupun kenal rapat cuma dalam seminggu tu, tapi saya rasa macam dah rapat betul2. Sampai dia nak kahwin ni pun saya bersungguh2 nak tolong dan promote itu ini... (^_^) Tak sabar saya nak hadir hari perkahwinan dia... Sebab hari tu lah kita menjadi paling cantik dari mana2 hari dan menjadi raja untuk satu hari... 
Wahhh~~~ Seronoknya... Dapat saya bayangkan betapa sibuknya mengatur persiapan, sebab itulah yang pernah saya rasakan dulu sebelum perkahwinan kami dibatalkan... 

•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸

Perkahwinan... Hari yang sangat indah... Hari kita dilepaskan tanggungan dari ibu bapa... Segala2nya akan dikongsikan bersama suami... Pelayaran duka atau bahagia...kita yang tentukan segalanya... Saya doakan Abbie bahagia bersama suami hingga ke anak cucu... (^_^) Amin~~~

•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~