Sunday, February 27, 2011

Jangan Tolong Kawan

Hurmmm... Ntah apa2 la skarang.. macam2 je jadi dunia sekarang... dari kawan orang boleh jadi musuh... semuanya gara2 lelaki... haduiiiiii.... ~~,) Saya ni pun bukannya bagus sangat, ada jugak buat benda tak baik... Tapi saya hanya nak kongsi dan bercerita....

Dulu Mimi dengan Lina ni kawan... Then, terjadi la satu hal, Mimi dengar macam2 cerita dari kawan Mimi yang lain, salah sorang tu Mimi panggil dia "Bro"... Bro pernah kacau Lina, biasa la kalau lelaki ngorat2 pompuan... Sepanjang bro layan Lina, banyak crita tak baik yang Mimi dengar... Mimi crita je lah, sebab kalau Mimi cerita pun, bukannya orang kenal siapa Lina ni... Disini hanya sebagai tempat meluah... ~~) Semua watak adalah bukan nama sebenar...

Dulu, masa bro layan Lina, bro pernah ecrita Lina ni macam nak "pau" dia... imagine sajalah, kalau baru 1st date petang tu, malam pulak Lina dah mintak duit dlm RM1000 lebih... Tak pau ke tu?? Kalau korang fikir2kan, tu pau kan??? Tak pun pisau cukur... Entah lah... Lepas tu, sepanjang bro layan Lina, dia bagitau bro, dia dah betunang dengan seorang lelaki ni... dan lelaki ni Mimi kenal amat sangat dan orang yang baik... Mimi panggil dia Anuar je... Mana pernah diorang ni bertunang...couple pun tak pernah... Anuar ni pun memang dah bertunang, tapi dengan wanita lain... Lina bagitau bro, dia nak mintak duit sebab tunang dia keja jauh, dan belum lagi bagi duit belanja...

Apa yang Mimi angin sangat....Lina mengaku Anuar ni tunang dia, sedangkan mereka tak pernah pun couple.. Cuma berkawan camtu je... apa motif Lina sebenarnya?? nak kikis ke??? Itu Mimi tak pernah tanya laa.. Mimi just buat2 tak tahu je... Tapi memang sedeh lah bila tahu cerita ni... Tak sangka pulak... Sebab Mimi ingatkan Lina ni baik...

Then one day, Anuar bagitau Mimi, yang Lina dah remove dia dari Facebook... apasal pulak?? Anuar bukan ada feeling apa2 pun.. Maybe Lina tak nak Anuar tau dia dah ada pakwe baru... tapi tu tak kisah lah kan?? biasa lah kalau nak sembunyikan dulu... Tapi, yang buatkan Mimi sakit hati sangat, Anuar pernah bagitau mimi....Beberapa hari lepas, Lina chatting dengan dia, Lina kata nak bagi balik semua barang2 masa mereka kawan.. Kenapa nak bagi balik pulak?? kawan je kottt.. simpan je lah kalau ada apa2 pun yang diberi sebelum tu... tak kan lah sebab dah ada pakwe baru, kawan2 lama semua nk di buang???... tak profesional langsung... Nak tau apa barang tu?? just CD jerr.. Anuar pernah tolong burnkan untuk letak dalam kereta.... Mimi tak faham, apa politik Lina buat camtu?? nak sakit kan hati orang??? nak jeles kan orang??

Sekarang... Lina dah ada pakwe, pakwe Lina tu anak saudara bro...  Macam kebetulan pulak kan??? Nama dia Fizul... Bila Lina dah couple dengan Fizul, tentulah bro ada dengar sikit2 cerita terbaru pasal Lina ni... Time awal2 tu, bro tak tau lagi diorang ni couple... Bro pernah crita kat member, Fizul ada mintak benda yang bukan2... Pinjam duit yang banyak dan mintak TV dari rumah bro... Bro heran, apasal Fizul mintak yang bukan2... Pasal duit, Fizul bagitau nak jumpa kawan kat sabah sedang sakit, tp bro bagi bagi, sebab bro dah was2 dan rasa macam ada sesuatu yang tak kena, bila bro tak bagi, Fizul pinjam kat kazen lain pulak...
Siasat punya siasat.. Rupa2nya Lina yang pegi Sabah, jadi tentulah hal tentang Fizul nak pegi sabah tu ada kaitan dgn Lina ni.... dan hal TV tu pun mesti ada kaitan dgn Lina ni jugak...

So, Mimi pun jadi makin bingung... apasal Mimi dengar macam2 cerita dah sekarang??? banyak sangat dan dari pelbagai sumber... semuanya crita tak baik... jadi sebagai langkah untuk menyelamat.... Bro pernah bagi nasihat kat Fizul untuk berhati2 dengan Lina tu... kalau dah nama nak bagi nasihat, tentulah bro cerita semua perkara yang dia tahu pasal Lina tu... tak kurang jugak Mimi, Mimi pun ada bagitau ckit2 perkara yg Mimi tahu kat Fizul... Sebab Mimi jadi kesian pulak dah kat Fizul, takut dia kena tipu... Mimi pun dah malas lah nak kawan dengan Lina, sebab malas dah nak dengar cerita pelik2... Mimi just ignore je dan remove dia dari friend list FB... Itu pun sebab dah malas nak masuk campur hal diorang.. Tapi sekarang lain pulak dah jadi... Fizul ingat semua orang nak fitnah sebab cemburukan dia dengan Lina... Ya Allah... buat apa la nak cemburu... niat family Fizul cuma nak selamatkan Fizul je... Tapi kerana seorang perempuan, Fizul singkirkan family... Memang bodoh sangat2... Lepas tu Lina kata semua orang fitnah dia dan buat cerita tak betul... Lina mengamuk tak tentu pasal... Kenapa??? kalau cerita tu tak betul, tak perlulah nak marah2... Mimi pun pernah di fitnah orang jugak...satu kampus tersebar cerita Mimi tido dengan lelaki...dan Mimi tahu siapa orang yang sebarkan cerita tu... tapi Mimi just ignore je...sebab Mimi tahu benda tu memang tak betul, buat apa Mimi nak marah2... kalau Mimi marah, maksudnya memang betul lah Mimi camtu... Masa tu memang la Mimi malu sangat, sana sini orang pandang... Tapi biarlah, mulut manusia tak boleh nak tutup...

Nak di jadikan cerita... Dulu, masa Mimi tak tahu lagi perangai sebenar Lina ni.....Lina penah tanya Mimi, bagus ke Fizul tu?? sbb Mimi memang berkawan dgn Fizul... Jadi Mimi beritahu la sikit-sikit siapa Fizul... bukan niat nak buka pekung orang lain, tapi masa tu Lina memang kawan Mimi, jadi Mimi tak nak lah kawan Mimi tertipu... Tapi, Mimi yang kena smash balik skarang... hurrmmm~~ manusia~~ manusia~~ tapi Mimi tak kisah lah.. Mimi dah buat apa yang patut... yang lain, Mimi tak ambik tahu pun...sampai la skarang...

Kalau Lina nak marah-marah sebab Mimi remove dia dari FB, tu terpulang lah... Mimi tak kisah... dah tak kawan, buat apa nak simpan dalam friend list?? UNTUK SIBUK BACA WALL??? baik tak payah kan.... Terima kasih je lah... Mimi tak berminat pun nak ambil tahu... sebab tu lah Mimi remove je... tapi Mimi tak pernah nak fitnah atau apa... Mimi just cakap benda betul yang Mimi tahu dengan niat nak selamatkan kawan... tu je... yang lain... terserah la kat KAU... Mimi tak kisah dan tak pernah dan tak perlu pun nak ambil tahu hal korang berdua... selama ni Mimi takde pun nak sibuk hal korang, lantak korang la nak buat apapun... Entah apa-apa lah, tiba2 diorang ni nak meletup tak tentu pasal... arrgghhh~~~ lantak korang lah... korang sendiri bodoh nak emo tak tentu pasal... kalau nak sangat... Baik cakap dan jumpa depan-depan dan bincang face two face... Masa tu baru tahu siapa fitnah dan siapa tak...

Ni pengajaran lah... Baik tak payah tolong kawan kalau ada kaitan pasal nak couple... sebab akhirnya nanti, kita yang kena balik, walaupun niat kita baik...
Wallahualam...
.
.

Kesan Produk Kecantikan pada Kulit

Kerosakan kulit yg menyebabkan pereputan Epidermis
Orang perempuan, setiap hari ada menggunakan produk kecantikan...tapi kita tak pasti apa kesannya kan??  Kalau bab ni, semua wanita harus tahu... Jangan nak cantik je, tapi tak tau kesan negative...  =)
Semua perempuan sukakan solekan, dan sentiasa mencari yang terbaik... Rasa-rasanya berapa banyak dah wang yang kita habiskan untuk membeli make-up?? untuk perempuan, tak rugi kalau melabur untuk kecantikan, tapi baik ke untuk kesihatan?? 

Kegunaan Harian?? Selamat ke??
Berapa banyak makeup setiap hari?? percaya tak kalau saya kata kita menggunakan hampir 20 jenis makeup dan bahan kimia berlainan sehari?? kalau tak  percaya, cuba tambah sendiri.. (Krim siang, Krim malam, Foundation, bedak, eye liner, blusher, lipstik, Lipgloss, eyeshadow,  Cleanser, Toner dan lain2).

Produk-produk ni menjadi menarik lebih menarik dari hari ke hari dengan bantuan bahan kimia. Bahan kimia ini akan menyerap ke dalam kulit dan menjadi penyebab kepada masalah kulit dan kesan penuaan yang cepat pada kulit. Sebahagian dari bahan kimia yang terkandung dalam produk penjagaan kulit dan makeup mungkin OK untuk digunakan, sebab tak siapa tahu apa kesan penggunaan nya pada sesorang.

Tindak balas bahan kimia pada kulit
Tindak balas kimia?? Basic kimia pun kita dah tahu, 2 bahan kimia yang di campur akan mengalami kesan tindak balas. Jadi, semua produk kecantikan yang kita sapu pada kulit pun akan mengalami tindak balas kimia dan kesan nya adalah "KURANG" positive. 

Apa boleh kita lakukan?? Sebaik2nya, kita haruslah berhati2 dalam memilih produk yang di letakkan pada kulit, lebih2 lagi product baru dan kita tak kenal, jangan terlalu suka mencuba dan akhir nya kita menyesal dengan hasilnya. Penting untuk kita memahami dan mengenali jenis bahan kimia yang digunakan, adakah ia akan mengalami tindak balas negatif jika di gabungkan dengan produk yg lain. 

Kemana perginya bahan kimia?? Kalau kita menggunakan produk yang dimakan, jadi sudah pasti akan diuraikan oleh perut dan tak dibazirkan. Tapi, kalau kita menggunakan produk yang hanya disapu pada kulit?? Maka ia akan diserap terus ke dalam darah dan kita telah merosakkan kulit tanpa kita sedari. Ketika memilih produk, perhatikan baik-baik dan ambil tahu apa jenis bahan kimia yg terkandung dalam produk tersebut, pastikan bahan tersebut tidak tergolong dalam kategori "Chemical Watch List".

Pastikan bahan selamat digunakan
Kesan penggunaan produk kimia???  kita akan kelihatan cantik selepas menggunakannya dalam tempoh masa yang singkat, akan tetapi akhirnya bahan ini akan merosakan kulit kerana sifat kimia yang menghakis akan menipiskan lapisan kulit dan membuatkan kulit menjadi lebih sensitif terhadap persekitaran. So, kulit lagi lah cepat rosak kalau dah nipis dan sensitif.. 

Sebahagian dari masalah adalah disebabkan beberapa jenis bahan kimia yang digunakan adalah dalam kategori bahan kimia kawalan, termasuk "Parabens" dan "Sodium Lauryl Sulphate". Sementara industri produk kecantikan mengatakan bahawa bahan ini adalah TIDAK memudaratkan, ini mungkin TIDAK BENAR SEPENUHNYA. Jadi, berhati-hati je lah...
Pelajari untuk kebaikan.. =D
Sekarang, berhati-hati ketika mencari produk kecantikan. Sekiranya produk tersebut mengandungi bahan kimia yngg banyak, luangkan lah masa untuk mempelajari dan mengenali apakah bahan kimia tersebut. Takkan rugi kalau belajar sedikit sebab manfaat yang kita dapat adalah lebih banyak sekiranya kulit kita sihat.

Sebaik-baiknya, gunakan produk berasaskan organik dan berasaskan sumber asli alam. Kerana bahan ini adalah lebih selamat untuk kulit berbanding dengan produk kimia. Lagipun kita boleh merasakan lebih selesa menggunakan produk organik kerana ia takkan mendatangkan masalah gatal-gatal & ruam pada kulit seperti produk kimia lain.

Gunalah Produk berasaskan organik
Berhati-hatilah memilih..... (^^)v
.
.

Saturday, February 26, 2011

Kami Celebrate Birthday

(^_^) Assalamualaikum... ada sesapa tak?? hik3~~~
Hari ini KAMI celebrate birthday... sekali nak, 4 orang sekali... kek pun ada 4... Comel2 pulak tu... tapi, yang sedehnya, sepatutnya ada 5 org yang celebrate hari ni, tapi apa kan daya adik saya tak dapat nak balik rumah, sebab uitm ada program... Sedeh tau, kekurangan sorang, rasa macam x lengkap... =(

Ada 4 kek... Kek paling kecik & comel tu sy punye... (^^)v

Actually birthday saya yang ke-23 dah lepas 5 january... hari ni birthday adik saya, 26 feb 2011, genab 21 tahun... dan birthday anak2 saudara saya, Said Hafiz Armani (5 tahun) dan Said Hariz Armani (1 tahun)... ni kali ke-2 sy celebrate birthday ramai2 kat rumah... 1st time tu masa umur 20 tahun... sekarang dh 23 tahun... seronok sgt2, tak sangka dah besar pun masih jugak nak buat ramai2 camni....

Kek umur 23tahun.. makin besar umur, makin kecik kek... (^_^)

Kek saya ni special sangat2, sebab ada penguin tu... Ada cerita di sebalik seekor penguin... =) penguin ni sentiasa ada setiap kali ada kek... kalau dia takde, tak best & tak comel... (^_^) lepas makan kek ni, penguin tu saya akan simpan balik, nanti kalau ada kek baru, dia akan duduk lagi atas kek... heheheheh~~~ Comel~~ sayang kat awak wahai penguin... (^_^)

Birthday Boy & Birthday Girl (^_^)v

Jarang la dapat celebrate dengan family beramai2... selalu nya kalau remaja skarang, mesti celebrate d luar, hang-out & ada jgak trend yang celebrate kat club (clubbing)... tapi saya lebih suka macam ni kt umah..... Family first... hehheheh~~~ lagipun lebih happening kalau d rumah, boleh jemput saudara-mara & kawan2...
betul tak??? (^_^)

Jom makan2... sedapppp~~~ (^^)v

Makanan kitorang gotong royong masak... tapi ada jugak yang abang saya tempah suruh orang tolong masak... ayam goreng tu saya suka... pandai adik saya masak, rasa mcm KFC pulak... hehhehe~~~ Majlis ni fully sponsored dari abg saya, sebab celebrate birthday anak dia... saya tumpang sekaki jer... heheheh~~~ kenyang sangat2... seronok tauuu... (^_^)

Saya sayang kamu.. (^_^)v

Sy syg kat mak bpk saya... kalau diorg takde, takde jugak la saya sekarang... Sporting kan diorang??? mak saya jadi princess, bapak saya jadi clown... hehehh~~~










Gratisan Musik

Tuesday, February 22, 2011

Doa Sebelum Makan

Salam... tadi tengah online2 FB, tetiba kawan saya bagi doa makan... maybe sebab malam tadi kitorang kuar makan kot, sbb tu la dia teringat nk bagi doa mkn ni... (^_^) apapun, sharing is loving... tak salah berkongsi kan??  Selepas membaca doa makan, korang baca la doa ni, lepas tu baru la makan...InsyaAllah berkat hidup.... =D

"Ya Allah, aku bersyukur di atas kurniaan nikmat rezeki yang telah engkau berikan... Berkatilah diri ku... Semoga dengan rezeki ini juga, kami akan mendapat kesihatan yang berpanjangan agar aku dapat lebih beramal dan beribadah kepadamu ya Allah... Lindungilah aku dan jauhkan lah diriku dari kemudaratan melainkan dengan keizinan Mu ya Allah... 
Amin, yarabbalalamin.."

Bacalah dengan tenang, ikhlas dan yakin... InsyaAllah... ^^,)

.
.

Majlis Anugerah Dekan

Ada apa pada anugerah dekan??? Saja nk share sebab malam ni, 21 february 2011, Uitm Kampus Samarahan buat satu majlis anugerah dekan, kat Dewan Jubli Uitm jerr.... Saya dari Fakulti Kejuruteraan Kimia... Ramai jugak yang datang...datang makan2 je, tak payah nak bayar2... tu la syiok... heheheh~~~ Saya ni dah agak terlewat nak join majlis ni...sebab sekarang saya dah kerja dan dah konvo pun bulan Dec 2010 lepas... Sepatutnya majlis ni diadakan 2 semester lepas, tapi disebabkan masalah tertentu, majlis ni postpone dan diadakan pada malam ni... Pihak UiTM jemput semua pelajar Dekan last semester dan bekas pelajar Dekan yang tak sempat mengikuti majlis ni termasuk saya... (^^)
Dapat duduk meja No. 38... (^^)
Pada malam anugerah ni, pelajar-pelajar yang mendapat Pointer 3.5 ke atas dan layak mendapat anugerah dekan akan diberi sijil anugerah tersebut. Kalau Tanya semua pelajar UiTM, siapa yang tak nak dapat anugerah dekan..??? semua nya berebut-rebut nak...  Mendapat anugerah tersebut bermakna kita tergolong dikalangan pelajar yang cemerlang dalam akademik. Satu penghargaan dari pihak fakulti dan universiti diatas penat jerih kami bertungkus-lumus untuk mencapai pointer terbaik dalam exam... (^_^)
Sy diantara org yg dapat... (^^)
Untuk spesis pelajar cerdik & rajin, anugerah dekan ni kira kacang la untuk diorang...tapi untuk orang yang malas sikit dan kuat main macam saya ni, payah la nak dapat... hehehhe~~~ tapi kira bersyukur la dah dapat, sebab saya memang bertungkus lumus pada semester akhir untuk dapat kan anugerah ni, akhir nya dapat jugak... Alangkah gembiranya sebab dapat merasa walaupun sekali... (^_^)v
Pen Souvenir pada malam Majlis Anugerah Dekan
Tadi rasa mcm lucu pulak... masa bergambar ramai2 kat pentas... fakulti lain naik mcm nk roboh je pentas sebab ramai giler diorang, ada sampai 70-80 student yang dapat dekan dalam satu fakulti... Bila tiba turn kitorang, nak tau berapa orang yang naik pentas??? 2 (DUA) orang je yerr... malu gilerr... course kitorg dah la ckit je budak dapat dekan, pastu tak datang dan ada yang dah sambung study kat semenanjung, sebab tu la jadi 2 je yang naik pentas... 

Saya dan Bell wakil Fakulti Chemical Engineering... (^^) Bell ni kira budak genius la... segila-gila dia, dia pandai sangat-sangat.. every sem dia dekan... pointer main 3.7 keatas jerr.. kalau saya, memang kalah la sangat... paling tinggi saya dapat pun 3.5 je.. huahuahua~~~ tapi walaubagaimana pun, gembira sangat2 malam ni sebab dah merasa majlis anugerah dekan walaupun hanya sekali.... sebab sebelum ni jeles jugak tengok member kelas dapat dekan, sekarang ni saya pulak nak merasa... bak kata orang, Jangan tak merasa... (^^)v
Sy & Bell... Bell budak pandai dalam Chem. Eng... (^^)v

Saturday, February 19, 2011

Ciri-ciri org yang mencintai kita

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli... Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tetapi dia mencuba.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan kamu, dan ambil berat tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Dan jauh disudut hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, dekat di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
.
.

Bertudung pada Wajah, Mata, Suara dan Hati

Sekadar gambar hiasan... Nurul Syuhada.
Setahun yang lepas... Bertemu dengannya merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan...

"Mengapa tiba-tiba?" tanya saya.
"Hidayah bang..." jawabnya pendek.
"Bagaimana dengan segalanya?".. Bila saya terfikirkan bidang kerjanya.
"Allah ada. Allah akan membantu segalanya."

     Setahun kemudian....
"Lihat ni..." Kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.
"Betul ke ni?"
"Apa kau ingat ni 'super-impose'?"
     Saya terdiam...kaku...
"Mana pergi tudungnya?"
"Itu..." tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.
"Itu tudung?"
"Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat."
"Bertutup tapi terbuka, tahupun..." katanya seakan menyindir.

     Bila sahabat itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang & pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannyya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

"Bang, sy dh insaf bang..."

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa...dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat, tak jarang, tak ketat, tak mengundang fitnah dan sempurna.... Sejuk mata memandang, Dingin kalbu merasakan... Betapa hidayah itu datang tanpa mengira siapa, dimana dan bila...dulu si dia terpilih, tapi sekarang tersisih??

Kini tiba2 segalanya seperti ditarik kembali. Tudungnya semakin singkat... pada mulanya di bawah paras dada, naik keparas leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan... paling malangnya, tingkah laku yang dahulunya terjaga, kini seperti lepas bebas kembali
Kata sesetengah yang bersetuju, Biarlah.... itu lambang Islam dinamik. bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yg penting adalah hati... Asal hati baik, x mengapa... Yang penting isi, kulit x apa...
Kalau begitu kenapa dahulu bertukar kulit..?? Lebih baik insaf dan bertaubat saja, x perlu bertudung...

Sy teringat kuliah yg pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:
"Syaitan terlalu kreatif..." Kreatif?? Bisik hati sy...

"Kekadang syaitanx menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam...Tetapi dia mewujudkan lebih banyak daerah "GREY" - warna yang hakikatnya bukan lagi kebenaran...

Terfikir pulak sy, ni lah jerangkap kebatilan yg dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yg dahulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada saja 'was-was' baru yg ditiupkan ke jiwa agar meminggirkan jalan Allah. 

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yg melalak dgn gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan, atau peragawati bertudung dgn langkah "catwalk" dgn mendada, make-up galak sambil mengundang pesona dan 'aura' dosa. Dan lebih 'daring' lagi kita dpt lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung... atau munculnya sekarang, Rockers wanita bertudung.. Inilah yang dikatakan daerah "GREY"...

Teringat sy pada pesan daripada seorang yg sy sangat hormati kerana ilmu & kewarakannya:
 "Tudung wanita ada 4...tudung pada wajahnya...tudung pada mata...tudung pada suara & tudung pada hati..." Apa ertinya...?? .

Tudung pada wajah.... Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki lain.
Tudung pada mata... Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yg hakiki adalah x dipandang dan x memandang.
Tudung pada suara... Jangan dilunak-lunakkan dgn tujuan memikat dan mempersona.
Tudung pada hati... mengingati Allah, dgn tasbih Siti Fatimah, Subhanallah, Alhamdulillah & Allahu Akbar..."

"Jgn la ekstrem sangat..." Tegur seorang kawan bila sy lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masa kini sudah semakin hilang 'penghormatannya' (baca betul2, bukan Kehormatan). Bagi sy kuantiti org bertudung meningkat, tp kualitinya merudum."
"Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya... Tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika x, hakikatnya mereka masih terdedah," Balas sy perlahan.

"Aku x faham. maksud kau?"
"Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan & kemungkaran. Begitu maksud Al-quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan."

"Lantas?"
"Jika solat x mencapai tujuan pasti ada sesuatu yg menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan, tentu ada yg salah dalam penutupannya."

"Jangan esktrem sgt. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik dan cantik."

"Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan x semestinya satu kebenaran..."

"Jadi kebenaran menolak keindahan?"

"Keindahan itu satu kebenaran!" balas sy cepat... Ya, atas alasan bertudung x menafikan keindahan pelbagai 'aksesori' ditokok tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sbg 'fesyen' org 'baik' dan org 'cantik-cantik' berbanding wanita yg beriman...

"Hormati, itukan era transisi" kata seorang sahabat seakan memujuk sy.

"Transisi? Apa maksud kamu?"

"Sebelum lengkap bertudung...errr...maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun baik daripada x pakai langsung."

"Transisi, kearah mana? Aku x bercakap tentang org yg x bertuduung langsung. Tapi, aku bercakap tentang org yg dulu x bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja...ini transisi ke arah mana? nak bertudung semula atau x bertudung semula?"

Dia terdiam...Bungkam.... Marah sy pun kerana sy sayang...

"Langkah pengalihan mesti diiringi dgn pengisian. Jgn tutup kepala sahaja, tapi isi kepala yg ditutup dgn ilmu. mereka yg x menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelab. Kemudian cari kawan-kawan yg sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita..."

"Kau kata mereka x ada ilmu?"

"Bukan camtu...Menuntut ilmu mesti berterusan. When u stop learning, you stop leading - maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu, kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri." kata sy.

"Sekali lagi, kau meragui ilmu mereka?"

"Ada sebab utk aku meraguinya...Maaf, aku pun bukan baik. Tapi, kita x boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata."

"Maksud kau?"

"Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kalau dia memakai rambut palsu... bayangkan apa yg org begini faham ttg hukum menutup aurat? pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernahkah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, pendapat seperti ini semakin banyak sekarang."

Aku x pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu kemudian ku luahkan disini sebagai wadahku berbicara... Antara syaitan bisu dan syaitan licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam...menjadi 'malaikat' yg diam?? Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit...

.

Thursday, February 17, 2011

Kawan atau Sahabat atau Kekasih

Kawan... biasa kita dengar dan ada dimana2 kan?? tapi adakah semua kawan disekeliling kita begelar SAHABAT??? Kawan hanya ada di waktu kita senang,  dan bila susah, kawan akan hilang... Oleh itu, carilah seorang sahabat... Alhamdulillah, hanya beberapa orang yang baru saya temui bergelar sahabat... dan itu bukan KAMU....Saya beruntung sebab memiliki sahabat, walaupun dia kurang memahami, tapi di waktu tertentu, dia ada...Dia tak hilang seperti yang lain...

KAMU.... Bagaimana kamu mengharapkan keikhlasan dan kejujuran dari seorang sahabat, begitu juga saya. Tapi kamu selalu lupa, kamu hanya pentingkan diri sendiri dan kecil hati bila saya tak fikirkan kamu... Kamu rasa dikhianati bila saya tak tepati janji...dan kamu tak pernah beri peluang untuk saya jelaskan keadaan... Kamu lupa, kamu juga pernah biarkan saya ternanti-nanti.. Kerana kamu pun ada janji yang tak ditepati. Kamu memberi alasan dan paksa saya menerima alasan kamu. Masa tu, terfikir tak kamu tentang perasaan saya? Seperti kamu, saya juga tahu rasa kecewa tau.. tetapi kamu selalu lupa...

Kenangan Berseronok bersama rakan di satu masa lalu..
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa di sisi saya pada waktu saya perlukan dia. Dia sentiasa mdengar luahan perasaan saya...Segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian saya luahkan. Dia beri saya jalan penyelesaian masalah... Selalunya kamu asyik bercerita tentang diri kamu, hingga lupa yang kawan atau sahabat kamu juga ada cerita yang ingin dikongsi dengan kamu...


Pernah tak kamu memberi saya peluang untuk ceritakan tentang rasa bimbang & rasa takut saya?
  • Pernah tak kamu menenangkan saya seperti dia pernah menenangkan saya?? 
  • Ikhlas tak kamu menjadi pendengar saya?? 
  • Mampu tak kamu menjadi sumber kekuatan saya seperti mana dia meniup semangat setiap kali saya merasa kecewa dan menyerah kalah??
  • Dapat tak kamu yakinkan saya bahawa kamu boleh dipercayai?? 
  • Boleh tak kamu dijadikan tempat untuk bersandar bila saya terasa lemah, agar tidak rebah??
  • Boleh tak kamu menjadi bahu untuk saya sandarkan harapan??
Sesekali kamu jadilah Sahabat yang mendengar dari yang hanya BERCERITA. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat, Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan. Jadilah sahabatnya... Kamu selalu melihat saya ketawa, tetapi saya mungkin tak setabah yang kamu sangkakan...  
    Disebalik senyuman terselindung seribu kegelisahan... Disebalik kesenangan, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kamu tak tahu.. Tetapi jika kamu cuba menjadi seorang sahabat, mungkin kamu akan tahu. Renung-renungkan lah wahai sahabatku...
    .
    .
    .

    Online Shopping

    Salam... (^_^)v hari ni rasa seronok... sebab dh mula keja... lama dah tinggal kat rumah, bosan la pulak.. kira rezeki la dapat keja ni... =) saya lagi seronok sebab barang online shopping dah sampai petang tadi... =)
    saya dah biasa shopping online, jadi tak takut sangat la, insyaAllah diorang ni jujur, takde lagi kena kes tipu... Alhamdulillah... kalau shopping online, pilihan ade byk, tapi kalau kat shopping komplex, limited la, tak banyak pilihan... online senang jugak, tak payah nak jalan2, klik2 je... hehehhe~~~

    Beli inner online dari shawl street...

    Ni inner loose... tak la melekap sangat dekat muka... Hodoh la pakai inner yang melekat... muka nampak mcm pinggan pulak... hehe~~ harga pun ok jgak..RM12 je satu...hari tu dh beli kat kedai, tp x best la...mahal, pastu ketat, melekat ke muka...tak cantik langsung...So, hari tu tengok adik pakai, cantik je inner dia, ada muncung... nampak comel.. tu la nak beli jugak... sekali beli, nak 3 sekali... hehe~~ inner ni best, telinga pun tak sakit... =)





    kalau nak beli, bukak la link ni ---->> KLIK disini ...harga dia berpatutan... lagipun saya dah biasa shooping online, ni kira ok, sbb delivery dia pun cepat.. =)) so, selamat bershopping... (^_^)v
    .
    .
    .
    .

    Monday, February 14, 2011

    Belanjawan Nak Kahwin

    Ayunya Pengantin bertudung... =)

     Klik DISINI untuk pengantin BERTUDUNG yg comel... (^_^)v
     
    Klik DISINI untuk pengantin BARBIE yg comel... (^_^)v


    woot..woott,... =)) akhir2 ni asyik fikir pasal nak kahwin je... hahahahah~~~ entah pa2 entah... kalau kita nk kawen, mesti ada buat bajet berapa harga majlis yang kita akan buat, betul tak?? sebelum ni, saya pernah bertunang & dah buat preparation nak kahwin, semua belanjawan dah di buat. tapi tak jadi nak kahwin.. huhu~~ belanjawan ni kira bajet mampu la.. semua orang boleh buat... tak la mahal sangat & tak la murah sangat... sedang2 je.. =)) TAPI, belanjawan ni untuk majlis area Petra Jaya, Kuching, Sarawak... kalau location lain tu, lebih kurang je kot... =))

    Kalau guna pakej, murah sikit la.. lebih baik kalau nak kawen, cari tempat yang ada sediakan pakej perkahwinan, sebab lebih jimat bajet.. ni butik pengantin yang saya suggest kalau nak ambik pakej, sini lebih murah dari tempat lain... lagipun make-up dia pun catik... KLIK DISINI-->> Teratak Spa WebSite atau Teratak Spa Facebook ...

    PICTURE UPDATE : Contoh Solekan oleh TERATAK SPA & BRIDAL sewaktu saya bersanding 28 Oktober 2012


    OK....Mari kita mulakan (^_^)v...  
    Belanjawan ni x la cun sgt, Ni anggaran jew... kalau nak tau lebih lanjut, boleh pegi terus ke butik yang saya dah bagi link kat atas tadi... ada 3 pakej... pakej A, Pakej B & Pakej C... saya ambik contoh Pekej B yang tengah2 la yerr... =))
    _______________________________________________________

    **Pakej pengantin 5 set persalinan laki & perempuan = RM2,500
    Pelamin (Dewan/Rumah)
    Facial / spa          
    Set pelamin 
    Solekan (3 jenis)




    **Kalau x ambik pakej pengantin Psalinan bsanding (laki&perempuan) = RM300 X 2pasang = RM600
    Pakaian berlulut (4 pasang) = RM200 X 4 = RM800
    facial / spa = RM200
    solekan (3 jenis) = RM300 X 3
    Pelamin + Set pelamin = RM2000
    TOTAL = RM4600




    Pelamin  DEWAN = RM1000-2000 (blh tolak dr pakej)
    RUMAH = RM600-1000 (blh tolak dr pakej)




    Dewan DEWAN HIKMAH (800-1000 org) = RM1,300
    DEWAN PUSTAKA (600 org) = RM800
    DEWAN SUARAH (800 org) = RM800




    Catering 250 SEPERAH / 1000 org = RM45 X 250 Seperah = RM11250
    RM35 X 250 Seperah = RM8750




    Kad Jmputan RM1.00 - RM1.50 sekeping = RM1.50 X 1000keping = RM1500
    _______________________________________________________

    Idola saya... Dia ni comel kan?? =))
    Dah ada nilai2 tu kan?? korang tambah la sendiri ikut mana yang korang nak.. TOTAL bajet ni tak sampai pun RM20000... jimat kan?? tapi ni cuma untuk pasangan yang belanja kecik2 macam saya je lah... zaman sekarang dah ada macam2 butik pengantin... ada yang pelamin je harga dah lebih RM10000, wahhh.... memang grand la majlis kalau camtu... untuk yang mampu memang syok, tapi untuk yang sederhana...??? hehehheh~~~ =P
    So, ni la belanjawan & survey yang saya pernah buat, saya akan simpan sampai bila2 utk kegunaan saya sendiri nak kahwin nanti... =D

    **APA-APA PUN KIRAAN KAT SINI, SEMUANYA AKAN BERUBAH MENGIKUT KEADAAN DAN EKONOMI SEMASA**

    Valentine dan Islam


    Semua orang tahu dah 14 February... Tapi kita sebagai yang beragama islam, sambut ke hari valentine ni??? Mungkin tak patut kot, sebab ni bukan budaya islam. Lagipun islam tak pernah meletakkan hari-hari tertentu untuk hari kekasih... Kalau nak berkasih, hari2 pun boleh kan??? hehheheh~~~
    Lagipun valentine ni ada kaitan dengan unsur-unsur kristian dan amalan nya ada jugak bercampur dengan unsur2 maksiat...


    Gambaran peperangan antara Islam dan Kristian
    Ni ada sikit sejarah valentine yg saya nak share kat korang...=)) Dari sudut bahasa, Valentines dalam bahasa inggeris atau Valentino dalam bahasa Italy adalah berasal daripada nama sesebuah keluarga yang berasal daripada Rom, iaitu Valentinos yang juga berasal daripada Bahasa Latin iaitu Valens yang bermaksud aktif, kuat dan seumpamanya.

    Ada 3 pendapat pasal asal usul Valentine Day :

    1. Pendapat pertama, Hari Valentines day bermula masa pemerintahan empayar Rom, dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi orang Rom. Hari berikutnya 15 februari bermulanya pesta Lupercalia, iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom dimana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis diatas kertas dan dimasukkan kedalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama yang ada didalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya sepanjang pesta berlansung.

    2. Pendapat Kedua, pada 14 Februari 270 Masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Masa itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan. Menyedari hakikat itu St Valentines dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatab tersebut St Valentines ditangkap dan diheret dan  dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada Februari 270M . Sebagai simbol Ketabahan, Keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup maka 14 Februari telah dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

    3. Pendapat ketiga, Hari Valentine diambil sempena nama seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya ditempat kedua tertinggi selepas Pope. Bila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan Kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine merupakan seorang paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St Valentines yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya untuk sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

    Renung2kan... Selamat beramal... heheheh~~~ =)

    Saturday, February 12, 2011

    Brooch Hand-Made Comel.. (^_^)

    Hari ni dok umah je.. tetiba terfikir nk buat something yang blh mengisi masa lapang... so, online2 la tgk mana tau ada yang best... buka2 blog org lain, tertgk plak pin yang comel ni... tu la trus nk buat...
    sy ambk je mesin jahit mak yg kat luar tu, sorong masuk dalam bilik... sehari2 ni ddk kat mesin jahit dok menjahit pin2 comel ni... best jgak... pasni nk juak la kat blog bisnes... blog ni la... KLIK DISINI... hik3~~~ nk tgk hasil seharian ni??? =P
    Projek separuh jalan... x siap lagi laaa... hehhhehe~~~ =))


    Ni la dh 3/4 siap... comel kan??? cakap la comel...
    hihihi~~~ butang & pin x tambah lagi... hehe~~


    best jgak buat benda ni... atleast masa seharian d
    rumah x dibazirkan... dapat jgak buat duit... ^_^)v



    Mesin jahit mak yang kat luar, sorong je masuk bilik....
    sini la sehari2 duduk...  sakit pinggang menjahit satu
    hari tau... =D
    rajin kn sy hari ni... jadi tukang jahit la pulak.... ehehhehehh~~ tp x tau lagi, bisness jalan ke x.... ^_^)v
    .
    .
    .

    Doa Mencari Jodoh

    Ni nk share doa-doa utk kita cari jodoh, doa ni boleh carik dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.

    Kalau putus cinta, tak boleh sedeh2..baca doa ni... semuanya Allah dah tentukan... kita trima jerr...sebab mungkin ada orang lain yang lebih sempurna dari dia... InsyaAllah....

    Doa ni bantu kita dekatkan jodoh dengan orang yang kita nk.. InsyaAllah... =))

    Istighfar

    ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

    1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

    2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

    Wallahualam~~~