Wednesday, March 30, 2011

Wanita Angkat Berat Sexy & Sihat

Siapa kata wanita yang bermuscle tak cantik?? Sebenarnya perempuan jenis ni nampak lebih sexy, sihat, cergas dan potongan badan mereka pun lebih cantik... =)) Saya dah setahun tinggalkan aktiviti ni, sebab dah takde tempat yang sesuai dan masa kerja yang tak menentu. Tapi, sekarang dah jumpa tempat baru, jadi dah boleh start balik...(^___^)



Wanita perlukan suntikan Hormon
Testosteron utk otot mcm ni... =)
Gym...Pelik ke kalau perempuan pergi?? Tak kan?? Tapi jarang tengok perempuan pergi gym, kalau ada tu, memang terbaik laa... =)) Biasanya kalau pompuan pergi gym untuk melakukan latihan kardiovaskular, contoh macam larian trademill, berbasikal & stepper.

Tapi, kalau di ajak untuk angkat berat, biasanya diorang mesti tak nak, dengan alasan takut badan berketul2 mcm lelaki... JANGAN risau dengan badan berketul, walaupun perempuan tu boleh angkat berat macam yang lelaki boleh buat, tak semudah tu otot pompuan nak berketul, sebab pompuan tak ada Hormon Testosteron yang cukup untuk membina otot macam lelaki.. Perempuan perlukan suntikan hormon untuk menghasilkan otot yang besar. Jadi, tak perlu lah risau atau jadikan alasan ini untuk tidak melakukan aktiviti angkat berat... =)


Kenapa perempuan yang buat angkat berat mempunyai potongan badan lebih CANTIK?? Sebab...aktiviti angkat berat boleh membantu membina "lean muscle" yang boleh memperbaiki potongan badan pompuan. Apabila ada "lean muscle", kadar pembakaran lemak dalam badan akan meningkat, walaupun time tu kita sedang rehat2 tengok Tv..

Potongan Badan Lebih Menarik & Sexy

Angkat berat baik utk KESIHATAN Wanita?? Angkat berat jugak boleh membantu menguatkan tulang pompuan untuk mengelakkan Osteoporosis. Latihan angkat berat yang teratur dan sesuai serta pengambilan kalsium yang cukup akan meningkatkan kekuatan dan ketumpatan tulang...

Menjaga Kesihatan Tulang
Jadi, kesimpulannya... Aktiviti angkat berat adalah baik untuk perempuan dan jangan la takut nak buat sebab tak nak badan berketul... (^_^)
.

Tuesday, March 29, 2011

Kenapa Kita Harus Tersenyum

Senyum... Ku tersenyum... Kau tersenyum... Kemesraan Menguntum... Kenapa kita mesti senyum??? (^_^)
Sebab.... (^_^)

Senyuman itu Indah... Manis dipandang...
Senyuman itu sebuah Ibadah... Senyuman itu satu Sedekah...
Senyuman itu Mententeramkan Jiwa yang Resah... Penenang jiwa...
Senyuman itu menyatukan semua Perbezaan... Mengeratkan Silaturahim...
Senyum lah untuk Pencipta...
Senyum lah untuk yang Dicinta... Kepada Ibu-ibu dan ayah-ayah kita...
Maka... Tersenyumlah kawan... Ajak mereka semua agar mereka mampu merasa bahawa kita adalah satu tubuh yang begitu Indah... (^_^)

Dan... Senyuman tu awet muda dan Senyuman yg Menawan boleh menggoda org sekeliling kita tau... So, senyumlah selalu...=))


Gratisan Musik

Saturday, March 26, 2011

Expo Selangkah ke UiTM 2011

Expo Selangkah Ke Uitm 2011

Hari ini...ada Expo Selangkah Ke UiTM 2011....berlangsung pada 26-27 March 2011.... Mari la ramai2 datang sini... saya dari pagi tadi lepak kat UiTM... lepak kat booth HEP... hehehhe~~~
Booth Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Expo ni adalah utk pelajar lepasan SPM mencari maklumat tentang apa jurusan yang diorang nak ambil kalau nak sambung belajar nnti... kalau nak daftar terus dari sini pun boleh jugak. Sebab bahagian pentadbiran UiTM dah sediakan tempat untuk pelajar2 mendaftar masuk ke UiTM ni...

Kaunter Pendaftaran Online ke UiTM

Sebagai bekas pelajar Chemical Engineering, mestilah saya promote student masuk Fakulti Kejuruteraan Kimia (EH110)... Subjek dlm kejuruteraan kimia merangkumi byk subjek kejuruteraan dari fakulti lain seperti kejuruteraan awam, elektrikal & mekanikal. Kalau asas sains & math tu kuat, masuk lah engineering yerr... =) Ramai orang datang tadi, ada yang dengan kawan2, ada yang dengan parent... Meriah la.. macam tengok jom heboh plak... hihihi...
Suasana Ketika Expo

Jumpa balik lecturer2 lama, seronok pulak. Yela, sebab pernah menjadi student mereka... Tanpa mereka ni, saya tak kan jadi macam sekarang... Sayang sangat dengan mereka ni... Junior2 saya pun baik2, respect kat senior... Lama dah tak jumpa & lepak2... Saya habiskan 1 hari kat sini untuk luangkan masa dengan member2... Love U all... Mwwuuuaaahhh~~~
With my Lecturer, Miss Lydia, kat Booth Chemical Eng.

My Sporting Junior.. =))
Miss Lydia tgh buat explanation kat parent... =)
 .
.

Thursday, March 24, 2011

ASB... Saki Baki Tahi Unta...


Rasa macam geli hati pulak nak cerita... hahahhaha~~~ penyata ASB ni baru sampai rumah petang tadi.... bila saya bukak, tekejut tengok baki duit kat dalam tu.... mana pulak datang duit2 ni??? sedangkan balance dalam tu sikit jee tinggal... fikir punya fikir, dah tau dahhh~~~ ^^,)
Rupa2 nya... tu duit faedah time saya simpan duit hantaran bertunang dulu... masa tu saya ada masukkan RM11,000 kat dlm akaun ASB, bila dah putus, duit tu saya keluarkan habis  & bagi balik... Dah lama dah... tiba2 penyata ASB ni datang, tu la syiok... rupa2nya ada jugak faedah saya simpan duit tu kat dalam ASB dulu... hek3~~~
Jadi korang, kalau nak simpan duit, baik simpan dalam ASB, banyak faedahnya tau...

Faedah dia x banyak laa, tp cukup buat hati ni tergelak bila tengok tadi... Hik3~~~~
Penyata Faedah ASB

Wednesday, March 23, 2011

Kenal Pasti Botol Susu Polycarbonate (PC)

Botol PolyCarbonate (PC), mesti dah tahu kan??? dalam berita dan radio semua dah warning pasal botol ni.... Menteri Kesihatan DS Liow Tiong Lai dah umumkan pengharaman botol susu bayi polycarbonate (PC) ni sebab ada bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) yang boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf start pd 1 Mac 2012... Before tu, nk bagi clear dulu apa kesan penggunaan botol PC ni kat kanak2...

Kesan penggunaan botol PC pada kanak2...
* Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak perempuan.
* Masalah kegemukan atau obesiti.
* Kecacatan pada bayi baru lahir.
* Menambahkan risiko kematian bayi.
* Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya.
* Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung.
* Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif.
Sayangi anak anda... =)
Dh tahu botol susu ni tak baik untuk kesihatan budak2, jadi baik jangan gunakan lagi...Sekarang banyak botol susu bebas BPA kt pasaran... tak salah kalau berbelanja lebih sikit kalau utk kesihatan dan masa depan anak2 kan???
Ni cara nak mengenal pasti macam mana rupa botol susu PC tu... tengok kat bawah botol tu, kalau ada tulis PC, jangan la pakai lagi & kalau ada kat rumah skarang ni, baik tukarkan je botol tu... (^_^)

Kalau masih ada ibu bapa yg mahu menggunakan botol susu PC ni, Ni adalah panduan cara menggunakan botol ini dgn selamat SEDIKIT..

1. Steril botol susu bayi PC ni mengikut arahan pada label atau yang diberikan oleh pengeluar kalau ada. kalau xda, rendam botol susu bayi PC ni dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2. Jangan gunakan air panas secara terus ke dalam botol susu bayi PC untuk membancuh susu.

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang betul mcm span dan berus yang lembut utk mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Selalu periksa permukaan dalam botol susu & kalau ada kesan calar atau rosak, jangan gunakan lagi. Kalau botol tu tak rosak pun, botol tu tak boleh pakai lagi kalau dah 6 bulan, Jadi, tukar je yang baru... =)

Ni adalah kod2 Pada plastik yg semua org mesti tau dan pastikan:

1. PETE - PolyEthylene Terephthalate
* Untuk sekali pakai & tak tahan panas.
* Kesan terkena panas --> mencairkan polimer --> melepaskan zat karsinogenik --> menjadi penggalak cancer
* Ciri2 botol - Plastik jernih atau transparan, untuk botol jus & air mineral

2. HDPE - High Density PolyEthylene
* Untuk sekali pakai
* Lebih tahan terhadap panas dibandingkan dengan PET, tetapi tetap melepaskan zat karsinogenik
* Ciri2 botol - Kuat, keras, tahan suhu tinggi. Contoh : botol susu, bekas air minum, tupperware

3. V - PolyVinyl Chloride
* Untuk sekali pakai & tak tahan panas
* Mengandung DEHA --> akan terurai pada 150°C --> Bertindak balas dengan makanan --> Berbahaya bagi ginjal dan hati
* Digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap)

4. LDPE - Low Density PolyEthylene
* Boleh dipakai berulang & tahan panas
* Sukar berinteraksi dengan makanan
* Ciri2 plastik - Kuat, tembus cahaya, fleksibel, permukaan agak berlemak. Contoh: banyak dipakai sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembut

5. PP - PolyPropylene
* Boleh dipakai berulang & tahan panas
* Ciri2 plastik - Botol transparent tapi tak jernih (berkabut), kuat, ringan, stabil suhu tinggi. Contoh: banyak dipakai untuk botol susu bayi

6. PS - PolyStyrene (untk tapau mkn kat kedai2)
* Nama populer - styrofoam
* Sekali pakai & x tahan panas.
* Mengganggu hormon estrogen dan bagi perkembangan saraf

7. Lain Jenis Plastik - styrene acrylonitrile (SAN), acrylonitrile butadiene styrene (ABS), polycarbonate (PC)
* SAN - Tahan suhu tinggi, tahan pada banyak reaksi kimia & kuat. Contoh: mangkuk mixer, pinggan, alatan makan, pembungku termos, berus gigi.
*) ABS - Tahan suhu tinggi, tahan pada banyak reaksi kimia, kuat. Contoh: paip.
*) PC apabila dipanaskan akan melepaskan Bisphenol-A yg boleh merosak sistem hormon, penurunan produksi sperma, mengubah fungsi imunitasi. Banyak digunakan pada botol susu bayi, bekas makanan dan minuman...

Untuk keselamatan anak2... baik jangan digunakan botol PC walaupun ada cara yg selamat menggunakannya...
.
.

Monday, March 21, 2011

Terkenang... Ada Hikmah di Sebalik Kejadian

Firstly, saya tulis entry ni sebab nak orang tahu hal sebenar dan stop fitnah kawan2 sekeliling saya... saya rasa bersalah sangat dengan diorang tau tak??

Hari ni dah 21hb Mac 2011... Pejam celik, pejam celik, tak berasa pulak hari dah nak dekat rupanya... 27 Mac 2011 nanti..satu majlis sepatutnya berlangsung... Tapi apa nak buat, disebalik suatu kejadian, ada hikmah dan kebaikan nya... Nak tau apa ada pada 27 Mac 2011??? Sepatutnya tarikh tu adalah tarikh perkahwinan saya... Persiapan dah byk di buat, tapi semuanya cancel... Kami terputus ditengah jalan... kami bertunang 7 bulan je... dah bukan jodoh, apa boleh buat..Kalau tak, tentu dah tamat zaman bujang saya kan??? hehehhe~~~ Tapi saya langsung tak kesal, gembira lagi la ada... Sebab, saya rasa ni adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat sepanjang hidup ni, selain dari keputusan yang saya buat masa tak nak sambung belajar lagi... (^___^) Saya lebih gembira dan bahagia dengan hidup saya sekarang...


Tapi, satu perkara je yang membuatkan saya rasa kesal... Perpisahan kami menjejaskan orang lain disekeliling saya time tu... Saya dah rosakkan nama diorang... Ada yang dituduh sebagai "perampas tunang orang", ada yang dituduh "penghasut", ada yang dituduh "bomohkan" saya, ada yang terima cemuhan serta surat layang, dan mcm2 lagi.... rasa bersalah sangat dengan diorang, tapi apa boleh buat, mulut manusia payah nak tutup, tapi lama2 akan diam jugak... InsyaAllah....
Sabar dan Senyum itu mmg susah
insyaAllah boleh sekiranya mencuba
dan memohon kekuatan drpd Allah
Tak tau la dari mana datang nya cerita2 karut ni... Mungkin sebab saya banyak kawan, jadi org pun salah faham dan mula buat fitnah... Masalah nya, saya putus bukan disebabkan orang lain, itu adalah kehendak saya sendiri... Saya dah rasa takde persefahaman lagi, asyik berselisih faham, masing2 dah bawa haluan sendiri dan kami ada masalah kami sendiri... Jadi, jalan yang terbaik, berpisah je lah, walaupun berat untuk orang lain terima... Tu adalah keputusan saya sendiri. Apa yang saya buat, ada sebab tersendiri, dan sebab tu hanya KAMI berdua dan org tertentu je yang tau... Selebihnya, terpulanglah dengan orang nak kata apa...

Saya nak mintak maaf kat kawan2 yang dah terkena tempias masa tu... Memang kecoh sangat2 n macam2 cerita tersebar. Terima kasih sebab banyak bersabar untuk saya...dan Thanks jugak sebab ada masa saya susah & senang... =))
.

Sunday, March 13, 2011

Oreo-Blueberry Cheese Cake

Hari ini, saya buatkan kek... Nak tahu cara2 buat Oreo-Blueberry CheeseCake??? Resipi ni saya reka sendiri, nasib baik lah jadi, hehehe~~~ tengok2 dari macam2 web cara nak buat, pastu campur2kan cara diorang... =D Cara nak buat senang je, asalkan tak silap saiz acuan mcm yang saya buat... =))

Bahan-bahannya adalah,

Crust (bottom layer):
- 5 paket biskut oreo bersama inti (blend atau hancur sampai lumat)
- 100g butter

Cheese (upper layer):
- 1kg cream cheese
- 100g gula pasir
- 100g butter
- 100g tepung gandum
- 1 paket biskut oreo dibuang inti (hanya patah-patahkan menjadi cebisan kecil)
- 4 biji telur
- Lemon
- 1/2 tin susu manis (tin kecil)

Blueberry topping:
- Blueberry jem
- Jelly

Cara-cara membuat Crust:
Cairkan 100g butter dengan api perlahan, jangan sampai hangus tau.
Blend sampai lumat 5 paket biskut oreo. Pastu, campurkan butter cair dan biskut oreo, adun sampai sebati dan padat kat dalam acuan macam dalam gambar di bawah ni. Kemudian, simpan kat dalam peti sejuk sementara nak sediakan adunan untuk buat cheese layer.

Cara-cara membuat cheese layer:
Gunakan mesin pemukul, pukulkan Cream cheese dengan gula sampai kembang.
Pastu masukkan telur, butter, sesudu air lemon, secubit kulit lemon, susu manis dan tepung.
Kalau semua dah sebati, stopkan mesin dan masukkan biskut oreo yang telah dipecah kecil, gaul dengan sudu.
Kemudian, tuangkan ke atas lapisan oreo yang dah disiapkan tadi. Gunakan acuan saiz 9x9 inci, bakar selama 1jam 30minit, suhu 150'c.

**Jangan salah saiz acuan tau, kalau kecik sangat, nanti kek jadi mcm gunung berapi & pecah-pecah, sebab terlalu tinggi dan lambat masak. Macam yang saya buat dalam gambar kat bawah ni. Confident je saya tuang dalam acuan saiz 6x6... hehehhe~~~  (^___^)

Cara-cara buat BlueBerry Topping:
Masakkan sedikit jelly dan campurkan dengan jem Blueberry, tunggu sehingga sejuk, kemudian tuangkan kat atas kek yang dah siap masak... =))

Ni la hasilnya... Sedap tauuu~~~ =)) jum la try buat... (^_^)v

Thursday, March 10, 2011

Buah menyebabkan Kegemukan???

Kamu pernah dengar tak bahawa buah boleh menyebabkan masalah kegemukan???? sedangkan buah adalah makanan yang sihat, penuh serat, vitamin, mineral, rendah lemak dan kalori. So, jom tengok perkara sebenar tentang buah dan mitos bahawa buah membuatkan kita gemuk... (^_^)v
Tubuh kita hanya dapat menyerap momosakarida (glukosa, galaktosa atau frustosa). Selepas diserap melalui usus kecil kedalam vena portal, dan kemudian mengalir ke dalam darah melaui hati sebagai glukosa darah. Glukosa didalam darah bekerja melalui 3 cara:

1. Glukosa boleh dibakar serta merta menjadi tenaga sekiranya kadar glukosa dalam darah adalah stabil, iaitu 20gram (20g) glukosa dalam darah sejam.

2. Sekiranya glukosa tak diperlukan untuk tenaga serta merta, maka ia akan diubah menjadi glikogen dihati atau diotot. Hati mempunyai keupayaan utk menyimpan 100g glikogen. Manakala, otot mampu menyimpan antara 250g - 400g glikogen, bergantung pada jisim otot dan keadaan fizikal. Glikogen hati membekalkan tenaga bagi seluruh tubuh dan glikogen otot hanya membekalkan tenaga untuk otot sahaja.

3. Sekiranya tubuh memiliki tahap glukosa yang berlebihan dan semua tempat penyimpanan glikogen telah penuh, surplus glukosa akan diubah menjadi lemak oleh hati dan disimpan sebagai lemak (bodyfat) ke suluruh badan. Jika diperlukan, asid lemak boleh dibakar menjadi tenaga tetapi lemak tak boleh diubah menjadi glukosa semula.

Sekarang dah tahu macam mana tubuh menggunakan glukosa kan??? Jika tujuan kita adalah untuk mengurangkan lemak dalam tubuh, kita disarankan untuk mengambil karbohidrat yang lebih kompleks. Karbohidrat kompleks akan mengisi glikogen otot, makala buah-buahan hanya akan mengisi glikogen hati yang menyebabkan pertambahan lemak.
**Contoh karbohidrat kompleks : Kanji (nasi, roti, ubi dan lain2)

Mungkin ada yg tertanya-tanya, knapa pulak buah yang dikenali sebagai makanan yg menyihatkan boleh menjadi pilihan yg buruk??? apabila fruktosa (gula buah) memasuki hati dan glikogen hati telah penuh, maka ia tak boleh digunakan oleh otot utk pengeluaran tenaga. Jadi, ia akan bertukar menjadi lemak dan dilepaskan semula ke dalam aliran darah yg akan disimpan sebagai lemak tubuh.
**gula buah mudah ditukar menjadi lemak

Kalau ada silap dalam post ni, betul2kan yerr... Sharing is loving... =D
.

Wednesday, March 9, 2011

Kopi Mengecilkan Payudara

KOPI...??? Suke sangat minum kopi kan??? haaaa~~~ nak tauh kesan kat organg pompuan??? ish3~~~ macam tak best je... nasib saya tak berapa suka minum kopi... hihihi~~~ (^_^)

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya. Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka. Hampir 300 wanita yanga mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur. 

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka. Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yg diminum. Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.
“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan. Wanita yang minum kopi x perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Kerana ia hanya akan menjadi lebih kecil tetapi tak terus menghilang. Namun, ada yang berpendapat mereka boleh meneka golongan wanita peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam, mereka akan silap. Ini kerana, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit, jadi tak semudah itu untuk kita meneka.

Wanita yang minum lebih 3 cawan kopi sehari mempunyai purata 17% saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang 3 cawan sehari. Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar mempunyai risiko yg paling tinggi. Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yg banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. 

 .
.

Sunday, March 6, 2011

A Picture of Someone Who Inspires Me

Orang-orang yang memberi inspirasi sepanjang hidup saya, Tentulah FAMILY.... Saya SAYANG kamu.... Ni gambar Mak & bapak sy... (^_^) sayang sangat dgn diorang...

My Parent (Morshidi & Norpiah)... I LOVE YOU...

My Parent & My Siblings

>>>>> Ni gambar adik bradik saya.... Ada 8 orang semuanya... ada yang dah berkahwin, ada yang belum... (^_^)v

1st... Bro Zamri & Family

2nd... Bro Nazari & Family

3rd... Sis Marlini

4th... Bro Muhd Najib

5th... Bro Said Omar & Family

6th... My Self (Nurhayati)

7th... Adikku Nureziyati

8th... Adikku Bongsu Nurmuliati
.
.

Saturday, March 5, 2011

Wahai Wanita....Bersyukurlah

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yg penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yg takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) dan diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah akan memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Bagi wanita yang taat akan suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
.
.

20 Perkara Perlu tahu Pasal Lelaki

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita

6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap "..Emm, tengoklah dulu..", itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama
11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini

14..Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan.. (** Ni benda paling sy x suka)

16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah.
17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang

18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Dah habis baca dah?? hehehhe~~~ Harap2 post ni boleh jadi panduan utk korang... (^_^)v peaceee~~~~
.
.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~