Sunday, April 24, 2011

Tips Menjaga Tikus

Sahul baru je melahirkan anak, tetapi semuanya mati. Jadi saya search kat dalam internet dan tanya kawan-kawan macam mana nak jaga mereka ni. Kebanyakan kita dah buat silap, sebab tu semua anak-anak tikus dimakan oleh ibunya.  (^___^) Sekarang ni, bila tikus saya melahirkan anak sampai 11 ekor, semuanya hidup dan tak ada lagi yang mati... (^_^)

Sahul menjaga anaknya
Tanda-tanda Tikus Betina nak Mengawan:
  • Sering mengangkat punggungnya ke udara.
  • Sering mengalihkan bahagian punggung apabila kita menyentuhnya.
  • Menjadi terlalu gelisah atau mencicit apabila disentuh.
  • Sering menggoyangkan telinga.
  • Suka berjalan dan sering terhenti.
  • Kesimpulannya, sering nampak gelisah.  

 

Apa yang harus dilakukan sebelum pembiakan: 
  • Pembiakan harus dilakukan dengan hati-hati dan elakkan tikus berpenyakit kerana ia mempunyai kesan yang membunuh bayi.
  • Tikus yang dijangkiti penyakit tidak mendedahkan gejala sehingga mereka berumur 3 bulan.
  • Jangan biakkan tikus berumur di bawah 4 bulan, kerana tubuh mereka terlalu kecil dan kelahiran boleh menimbulkan komplikasi dalaman yang boleh mengancam kehidupan dan mereka terlalu muda dan tidak memperdulikan bayi
  • Ibu muda cenderung tidak memiliki naluri ibu dan tidak akan menjaga bayi mereka, kadang-kadang mereka tidak akan pedulikan bayi selama beberapa jam pertama atau bahkan berhari-hari, tetapi mereka akan datang dan menjaganya.
  • Hanya biakkan ibu yang kuat dan makan dengan baik, dan yang tidak mempunyai masalah kesihatan.
  • Tikus akan menopause ketika berusia 18 bulan, jadi elakkan kehamilan bagi tikus ini bagi mengelakkan kecacatan dan kematian tikus. 
  • Jangan memperkenalkan tikus baru ketika tikus sedang hamil, kerana mereka sangat agresif dan akan bergaduh. 
  
Elakkan Pembiakan Sedarah:
  • Pembiakan sedarah (Sesama saudara) tidak digalakan kerana menyebabkan masalah genetik dan penyakit keturunan.
  • Ia juga menyebabkan warna dan jenis tikus tidak berubah. Tikus akan menghasilkan warna bulu yang lain jika dikahwinkan dengan spesis yang berlainan.
  • Jangka hayat bagi tikus pembiakan sedarah juga lebih singkat daripada pembiakan dengan spesis lain.

Tips Persediaan Kelahiran Tikus:
  • Tikus mengandung selama 21-28hari.
  • Elakkan tekanan pada bahagian perut tikus yang sedang hamil.
  • Elakkan tikus hamil dari melompat, kerana ia akan menyebabkan kecederaan pada bayi.
  • Sediakan kandang khas bagi tikus hamil seminggu sebelum bayi dilahirkan.
  • Gunakan Akuarium sebagai kandang bagi tikus yang akan melahirkan anak untuk keselamatan bayi.
  • Sesetengah tikus hamil boleh dicampurkan bersama tikus hamil lain, tapi kadang kala ia akan menjadi sangat ganas unntuk menjaga keselamatan bayi mereka.
  • Tikus hamil makan lebih banyak dari tikus biasa dan harus sediakan makanan yang cukup untuk mereka.
  • Tikus hamil akan merapikan bulu di bahagian puting mereka untuk persiapan melahirkan anak agar bayi senang menyusu. Tapi jika tikus tidak berbuat demikian, itu adalah petanda bahawa ibu itu kurang sayangkan anak mereka.
  • Sesetengah tikus akan mula membuat sarang apabila hari kelahiran semakin dekat.
  • Sediakan rumah kecil, pondok atau igloo sebagai tempat untuk melahirkan anak, kerana mereka memerlukan tempat yang lebih gelab dan tidak diperhatikan.
  • Apabila hari kelahiran semakin dekat dan menunjukkan tanda-tanda, sediakan makanan yang banyak dan cukup untuk sekurang-kurangnya seminggu, agar tikus yang telah melahirkan anak tidak perlu diganggu untuk beberapa hari.
  • Tikus akan memakan anak-anak mereka sekiranya ruang rumah mereka terlalu kecil dan perlu bersaing dengan tikus2 lain.
  • Elakkan meletak roda permainan didalam kandang tikus melahirkan anak, kerana ibu yang aktif mungkin akan terpijak anak2 mereka.
Tips Kelahiran Tikus:
  • Tikus kebiasaannya melahirkan kira-kira 6 ekor bayi,
  • Tikus akan mengeluarkan air seperti cecair bercampur darah beberapa jam atau sehari sebelum melahirkan bayi.
  • Tikus hamil akan mengalami pendarahan ringan sebelum melahirkan.
  • Tikus hamil akan bergerak-gerak dan duduk denga cara yang aneh apabila hendak melahirkan. 
  • Jangan tonton tikus yang melahirkan kerana ini menyebabkan tikus takut dan mengakibatkan bayi mati ketika dilahirkan apabila si ibu stress.
  • Si ibu akan menggunakan kaki dan tangan untuk mengeluarkan bayi dan memakan temunik bayi tersebut.
  • Masa kelahiran mungkan dalam 1-2jam sahaja. Sekiranya terlalu lama, tikus anda mungkin menghadapi masalah.
  • bayi yang sihat dilahirkan akan terus berbunyi atau berdecit. Ini menunjukkan bayi itu hidup.
  • Sekiranya ternampak si ibu memakan anak yang dilahirkan, jangan risau, kerana si ibu mungkin tahu bahawa anak itu mati ketika dilahirkan atau sakit. Hanya bayi yang sihat sahaja tidak dimakan. 
  
Tips Mengendalikan Bayi yang Baru Lahir:
  • Memegang anak tikus yang baru lahir tidak menyebabkan si ibu memakan anaknya.
  • Sekiranya hendak memegang bayi tikus untuk membersihkan kandang atau mengalihkan tempat, pastikan semua bayi dipegang termasuk si ibu agar bau semua adalah sama. Bau yang berbeza menyebabkan si ibu tidak mengenal anaknya.
  • Sebaik-baiknya, bawa atau pegang bayi tikus dengan menggunakan sudu kecil dan elak untuk menyentuhnya.
  • Si ibu akan memakan atau menimbunkan anaknya didalam sarang, sekiranya si ibu tahu bahawa bayinya sakit dan tidak dapat hidup lama.
  • Buang semua bayi yang mati sekiranya ada.
  • Letakkan makanan jauh dari tempat ibu dan anaknya agar tidak merasa diganggu dan selamat.
  • Sang ibu boleh menjadi hamil akan selepas melahirkan anak.
  • Sebaik-baiknya, jangan biakkan si ibu dalam tempoh 2 minggu agar si ibu menjaga anaknya.
  • Ibu muda tidak akan memperdulikan anaknya kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
  • Jika si ibu tidak mahu menyusukan bayi, cari ibu lain yang boleh membantu menyusukan, berhati-hati kerana ibu lain mungkin akan memakannya.
  • Ketika hendak mencari ibu lain untuk menyusukan bayi, gosokkan bayi atau gulingkan bayi di sarang ibu baru supaya bau mereka sama.
  • Jika ibu lain menolak, alihkan bayi dan cuba lagi 2-3 jam kemudian.
  • Jika ibu dan ibu lain tidak mahu menyusukan bayi, anda sendiri harus menyusukan bayi tersebut.

Perlu Diketahui Tentang Bayi Tikus:
  • Bayi tikus sering memcicit.
  • Bayi hanya berguling pada minggu pertama dan kemudian baru merangkak.
  • Jangan mengganggu bayi dan ibu sekurang2nya 2 hari kecuali perlu dan hanya sekejab.
  • pastikan pada perut bayi ada "kantung susu" berwarna putih atau krim, ini menunjukkan bayi tersebut ada menyusu dan perut tersebut penuh susu.
  • Tikus dilahirkan tanpa bulu dan pink untuk 3 hari.
  • Pada hari 3 anda boleh mula melihat petunjuk dari tanda-tanda bayi, dan beberapa pertumbuhan bulu ringan, secara berperingkat semakin mudah untuk melihat tanda setiap harinya.
  • Tikus dilahirkan dengan mata dan telinga tertutup.
  • Telinga tikus melekat pada kepala ketika lahir dan akan terbuka perlahan-lahan dan melebar.
  • Bayi akan menjadi sangat aktif selepas mereka membuka mata mereka, dan menjadi sangat ingin tahu dan mula menjelajah.
  • Bayi  mula menggigit makanan di sekitarusia 2 minggu.
  • Ibu dan bayi tidak boleh dipisahkan sehingga 4-5 minggu.
  • Disarankan untuk meletakkan akhbar di dasar kandang dan kemudian menutup bahagian bawah dengan cebisan kayu atau benda yang tidak mencederakan bayi

Menyusukan Bayi tikus:

Ini hanya dilakukan sekiranya si ibu enggan menyusukan anaknya dan tiada ibu pengganti.
  • Bayi boleh diberikan susu anjing, susu kambing, susu kucing, formula bayi dan susu soya.
  • Susu bayi berformula harus mengandungi zat besi paling sedikit.
  • Gunakan syringe atau pipet mata yang berisi susu dan halakan ke dalam mulut bayi. Mereka akan bergoyang-goyang dan berbunyi dan mungkin air susu akan keluar dari mulut mereka. Bersabar dan susukan dengan perlahan-lahan.
  • Selepas bayi menyusu, pastikan anda menggosok perut bayi untuk membantu bayi mencerna susu.
  • Bayi perlu diberi susu setiap dua jam untuk minggu pertama, kemudian semakin jarang dalam 3-4 jam.
  • Perut bayi perlu diusap selepas menyusu untuk membantu pencernaan
  • Setelah bayi membuka mata, mereka akan mula makan lebih banyak makanan kering dan anda boleh meletakkan sebuah piring kecil susu di kandang dan membiarkan mereka minum dengan cara sendiri.
  • Bayi agak susah meneruskan hidup dengan cara begini, tetapi kita harus mencuba selagi bayi masih boleh hidup.
  • Pastikan tempat bayi hangat dan elakkan meletak kandang di tempat yang sejuk.
 .
.

Saturday, April 23, 2011

Beg yang Selesa Untuk Bawa Haiwan Berjalan


Bawa haiwan jalan2?? (^___^) hehehhe~~~ saya suka bawa tikus (Sahul) saya kalau saya keluar jalan2... suka2 je nak bawa, kesian dia duduk dalam kandang je.. Kalau dulu, saya slalu bawa Sahul jalan2 guna beg "Sugar Glider" je, tapi kesian pulak tgk dia dalam beg tu, sempit dan tak selesa.

Yang kat atas tu la beg "Sugar glider"... Sempit la... kesian tgk sahul, bergulung2 je badan dia dalam beg tu... Haiwan pun tahu rasa selesa jugak, jadi apa salahnya kita sediakan tempat yang besar dan selesa sikit untuk bawa diorang jalan2... =D
Jadi, sebab tu lah saya jahitkan beg baru untuk sahul... Comel tau.. Rasanya kalau saya jual, ada org nak beli tak??? hehehe~~~

Ini bahan2 untuk buatkan beg sahul. Mula2 tu kena dah sediakan bekas plastik dulu, jadi barulah kita tahu saiz beg yang kita perlu jahit... Saya buatkan beg 2 lapis, kat dalam tu saya guna kain sweater lama yang saya dah tak pakai lagi. kalau dua lapis, baru lah nampak cantik beg tu dan tebal.. =D


Kalau nak jahitkan beg, kena sukat betul2 ikut saiz bekas, kalau tak, nanti bekas tu tak dapat nak masuk dalam beg... Hujung beg pun kena sesuai dan buatlah mulut beg yang senang di buka dan tutup. Beg yang saya buat ni, hujung dia ikat pakai tali je, senang sikit nak buka.
Saya gunakan bekas untuk letak "Cornflakes", memang saya beli khas untuk sahul, sebab bekas tu ada mulut yang boleh di buka kat hujung, jadi udara boleh la masuk dan tak melemaskan haiwan kat dalam tu... (^____^)

  
Macam ni la rupa dalam bekas tu, luas dan tak berhimpit.. Dalam bekas boleh letak cebisan kayu dan Sahul boleh tidur dengan selesa.. =D



Ini lah beg yang dah siap... Saya suruh anak saudara saya pakaikan untuk contoh.. tali tu boleh dilaraskan... saya buat tali sangkut stail Riben, jadi kalau nak panjangkan atau nak pendekkan tali tu pun boleh, cuma buka je ikatan riben kat bahagian bahu tu...
Macam handbag kan??? comel dan boleh bawa ke mana2 je... Saya suka bawa sahul pergi ke ofis..sbb dia comel dan suka tido dalam air-cond... (^___^)
.
.

Tuesday, April 19, 2011

Sahul Tikus yang Comel

Sahul dan Sahul Kecik tikus tu nama tikus (Mickey Mouse)... diorang ni comel sangat... Saya slalu bawa mana2 je saya pergi, nak ke ofis, ke pasar...semua diorang ikut... (^___^)
Ni la Sahul dan Sahul Kecik... Sahul warna Hitam dan Sahul Kecik yang warna Coklat... Sahul liar sikit dan tak suka sangat dipegang, mungkin sebab sekarang ni Sahul sedang mengandung, jadi dia tak suka di kacau... kalau saya sentuh, mesti dia marah.. (-_____-)

Tengok perut Sahul ni... Dah agak bulat dah.. saya tak tau dia ni dah brapa lama pregnant. Sedar2 je dah buncit. Tikus pregnant 2 bulan je, jadi tak lama lagi, ada baby la tu.. (^___^) Comelll~~~~

Sekarang ni, saya selalu bawa Sahul Kecik je jalan2 dan pergi ofis. Sebab tak nak ganggu Sahul yang tengah pregnant... Sahul emosi... heheheh~~~ =P
Comel kan Sahul Kecik jalan2 kat atas keyboard?? Sahul Kecik tolong saya buat kerja tau... heheheh~~
Sahul kecik tengah nak carik huruf apa yang dia nak tekan... Dah macam Little Steward pulak... comel... (^___^)

Kalau kat ofis, Sahul kecik suka tido.. Tikus kan suka tido siang?? jadi saya buatkan bakul comel untuk Sahul Kecik ni tido...
Mula2 saya letak, Sahul tak suka sangat, asyik nak keluar je.. Tapi saya biarkan dulu, saya masukkan anak patung kecil kat dalam bakul untuk teman kan Sahul Kecik tido... Dah lama2 tu, dia suka la jugak, tido nyenyak tauu~~~ =D

Cuba tengok betul2 kat dalam kertas tu, Sahul Kecik sedang nyenyak tido... Comel sangat2... Macam baby... Ni la teman2 saya time saya sunyi...Jinak dan manja diorang buat saya happy... (^___^)
Semoga selamat melahirkan baby baru buat Sahul... =D
.
.

Thursday, April 14, 2011

Petua Nuffnang

Nuffnang??? Blogger senior semua dah pro pasal ni... Untuk yang baru mula, ni ada petua dari Kak Kiki, dia bagitahu kat saya hari tu, sebab saya tanya dia pasal pendapatan nuffnang... (^____^)


Ini la yang Kak Kiki bagitahu...
(^___^)
"Saya dah tengok blog awak, rasanya takde masalah pun. Memang keluar iklannya. Kiranya setting awak betul dah tu. Hehe... Tapi mungkin satu je saya nak komen, mungkin blog awak tu banyak sangat benda la. Jadi orang tak perasan sangat pun dengan Nuffnang tu, maksud saya kalau benda tu jelas, orang lagi rasa nak klik kalau dia nak klik la..."

"Kalau awak tengok blog saya, saya letak Nuffnang jelas di tepi sidebar & tak pasang banyak widget. Macam awak, ada zirafah, bunga nuffnang, counter anda pelawat tu. Benda-benda tu semua sebenarnya tak penting sangat, buat lambat loading blog je dan buat orang tak perasan Nuffnang awak"

"Lagi satu, untuk Nuffnang large rectangle awak tu, macam sekarang kedudukan dia di bawahhhh sekali. Patutnya awak letak di atas entry."

"Tapi suka la nak diingatkan, waktu saya dulu, lama baru dapat earning. Slowly tapi pasti akan dapat kalau kita improve..."
----------------------------------

(^__^) Itu saja lah yang kak Kiki bagitau kat saya... Sekarang ni, saya dh buang widget yang tak berfaedah dalam blog saya dan letak Nuffnang kat atas sekali blog... Kalau nak tengok blog kakak ni, klik http://destroyhellokitty.blogspot.com atau http://www.chokilala.com/... Harap2, benda ni dapat membantu blogger yang baru nak mula... =D
.
.

Wednesday, April 13, 2011

Letupan Loji Nuclear Jepun Vs. Chernobyl 1986

Loji Nuklear di Jepun Meletup disebabkan Tsunami...ni adalah salah satu kesan Tsunami di jepun seperti yang kita tahu, iaitu bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) telah meletup. Keadaan ini memaksa kerajaan jepun memindahkan 45,000 penduduknya ke tempat yang lebih selamat. Akibat dari kejadian ini, penduduk negara ini berhadapan dengan kebocoran radioaktif yang boleh membawa maut... Doakan semuanya selamat... Amin...

Letupan Loji Nuklear di Jepun
Apa kaitan Kejadian Letupan Loji Nuklear di Jepun dengan Kejadian di Chernobyl 1986???

Bencana Chernobyl adalah kemalangan nuklear yang berlaku pada tarikh 26 April 1986 di Chernobyl Nuclear Power Plant di SSR Ukraine. Sebuah letupan serta kebakaran yang menghasilkan pencemaran radioaktif ke atmosfera dan telah tersebar di sebahagian besar Russia dan Eropah Barat. Kejadian ini dianggap kemalangan loji nuklear terburuk dalam sejarah.

Kejadian berlaku ketika ujian sistem diadakan pada 26 April 1986, di reaktor nombor 4 yang terletak berdekatan dengan kota Pripyat. Lonjakan tenaga elektrik telah berlaku secara tiba-tiba dan ketika "emergency shutdown" dilakukan, lonjakan tenaga elektrik yang lebih tinggi berlaku, yang telah mengakibatkan kemusnahan reaktor dan beberapa letupan. Kejadian ini telah mendedahkan "grafite moderator" kepada udara dan  menyebabkan ia menyala. Kebakaran telah menghasilkan gumpalan asap radioaktif yang tebal dan tersebar ke atmosfera sekitar kawasan termasuk Pripyat. Debu-debu asap tersebut melayang di atas sebahagian besar Kesatuan Soviet barat dan Eropah. Dari tahun 1986 hingga 2000, sebanyak 350,400 orang dipindahkan dari daerah yang paling parah tercemar iaitu Belarus, Russia, dan Ukraine. Menurut data pasca-Soviet rasmi, sekitar 60% daripada debu-debu asap radioaktif jatuh di sekitar Belarus.

Bandar Usang Chernobyl
.........(-_____-).......

Tu adalah sedikit sebanyak maklumat tentang kejadian di Chernobyl 1986... Kini bandar Chernobyl telah menjadi bandar mati sejak kejadian bencana Nuklear Chernobyl 1986, yang telah meragut hampir 50,000 nyawa. Cuba bayangkan kalau kejadian tu berlaku lagi kat jepun. Wallahualam.... 
Kita berdoalah bersama-sama supaya kejadian Chernobyl 1986 tak berulang Jepun ...
.
.

Tuesday, April 12, 2011

Bunuh Ikan Guna Ridsect

Dodo, nama ikan Arowana saya... Kesian Dodo, tak lama hidup dia. Saya sempat jaga Dodo 5 bulan je... Masa baru beli, panjang Dodo baru 3 inci, masa dia mati panjang dia dah 6 inci... Sedih sangat... (-____-)
Saya pelihara Dodo kat dalam bilik je... Tengok Dodo berenang dan dengar bunyi air jatuh dalam akuarium boleh jadi penenang hati time tensyen dan penat balik kerja.. Ni ada gambar masa Dodo masih hidup.



Macam mana Dodo mati???
Malam tu, saya terlupa nak tutup tingkap bilik, tiba2 ada cengkerik hijau masuk dari tingkap.. Cengkerik tu besar sangat dan benda paling dekat ada kat saya masa tu cuma ridsect je. Saya terlupa yang akuarium Dodo tu penutup berlubang, saya sembur je ridsect tu dgn slumber dan kejar mana je cengkerik tu terbang sampai la cengkerik tu mati. Saya langsung tak ingat pasal Dodo... Mesti masa tu Dodo dah mabuk tercium bau ridsect tebal, dan esok hari tu saya tengok Dodo dah mati dan timbul kat permukaan air...  Kesian Dodo... Kerana kecuaian saya, Dodo mati... Ikan2 kecil dalam tu pun semua mati... hurrrmmm~~~ Tu la, lain kali agak2 la kalau nak sembur racun dalam bilik...Ingat la haiwan tersayang... =(
Ni saya ambik gambar Dodo yang dah mati, saya balut Dodo guna kertas balut hadiah, lepas tu letak dalam peti sejuk... hehhehe~~~ Nanti la saya kuburkan, nak simpan dulu puas2... (^___^)


Jangan tiru macam saya tau, kesian kat haiwan...mati kena racun.... Ish3~~~
.
.

Sunday, April 10, 2011

Kuda Ferrari Sangat Sexy

Petang tadi on the way nak pergi ke rumah makcik, terjumpa la pulak dengan kereta ferrari F430 Spider atas jalan (QSS949)... Ni la first time saya tengok ferrari life... (^___^) macam jakun pulak dah... hehehhe~~~ Tapi memang salute lah sangat, sebab yang drive ferrari tu adalah orang melayu... Kawan saya kata, harga ferrari ni dalam RM930k... Huuuiiisshhh~~~ (-_____-)


Saya dapat ambik sikit je dari belakang, sebab tak dapat nak kejar... kami dah nampak kereta tu dari jauh, lepas tu saya bagitau adik saya yang tengah drive, suruh bawa laju sikit dan kejar ferrari tu, nasib baik sampai kat simpang bulatan, kereta tu dah slow, jadi dapat la nak ambik gambar... (^___^)


Memang sexy la kereta ni... kalau tuan dia tahu saya ambik gambar ni, mesti kembang hidung dia... (^___^)
.
.

Amaran Dari Allah Di Dalam Mulut Bayi

Dipetik daripada teman2...
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI.... Tolong baca ye kawan2..

Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanya kata , dia terbaca berita dalam akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnya seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnya berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut....Nak tahu ape dia?? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannya bertulis dalam tulisan cina.. nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnya Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Gambar Hiasan
Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya??? Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contohnya lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnya. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnya sebenarnya hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila....Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu berita ini akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnya berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat...... (-____-)

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat, iaitu timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama-sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....Sekian...

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)
.
.

Baik Tak Payah Bertudung

Gambar Hiasan Semata-mata
Wahhh~~~ Isu ni panas sikit... Sekarang ni banyak lah tengok perempuan pakai tudung, tapi perangai tak serupa bikin... Kat dalam internet pun melambak cerita pasal perempuan bertudung tapi buat maksiat sana dan sini. Golongan macam ni la yang memalukan golongan yang betul2 bertudung... Mereka ni nak bertudung betul ataupun sekadar fesyen diorang je bertudung???

Saya sendiri bukanlah baik sangat, ada jugak buat silap.. Tapi kalau saya sedar saya tak baik, saya takkan pakai tudung sebab tak nak bagi malu kat golongan bertudung betul... Kalau orang sarawak cakap, golongan ni "palak betudong, dalam ngerobong"... Yang semenanjung, kalau tak faham, tanya la dengan kawan2 sarawak ye..

Bukannya nak kutuk, tapi memang betul lah, buat apa nak bertudung kalau peribadi tak senonoh. Lagi baik tak payah pakai kalau belum bersedia betul2. Kalau nak pakai, biar la perangai pun elok.. Ini tidak, ada yang segelintir kepala bertutup, tapi boleh pulak buat maksiat, masuk tangan sana, masuk tangan sini... Kepada golongan yang betul2 baik, kesian kat diorang sebab kena tempias penghinaan.
Sekadar gambar hiasan

Saya sendiri pernah merasa, sebab tu lah dulu saya malas nak pakai tudung, orang boleh pulak cakap "kalau nak bertudung setakat fesyen, baik tak payah" sebab tu saya bukak.. bila dah rasa agak Slow Down perangai dan terfikir nak jadi baik, baru la saya pakai tudung semula... Biar la orang nak kata saya ON OFF pakai ke, ape ke...Just apa yang saya fikir, saya tak nak bagi malu kat golongan yang bertudung betul2...

Banyak sangat dah saya jumpa yang bertudung, tapi kaki buat maksiat. apa la makna nya kalau camtu... memang la kita ni kubur lain2, tapi perangai pun agak2 la dengan rupa kita... Pernah ada seorang hamba Allah bagitahu saya, LEBIH BAIK PAKAI SEXY DARIPADA KEPALA BERTUDUNG TAPI BUAT MAKSIAT, benda tu lebih hina...dan saya ingat sampai sekarang...

Kalau ada sesiapa yang marah bila baca entry ni, saya mintak maaf la... saya cuma nak kongsi apa yang saya fikir dan kebanyakkan orang fikir... Biar kita tahu apa pandangan orang lain kat kita.... Kita pun tak nak orang yang betul2 baik terkena tempias hinaan disebabkan segelintir orang...

Kalau nak komen ataupun maki post sy ni pun, saya tak kisah... Ini hanyalah pendapat, lain orang ada lain pandangan... kan??? (-____-)
.
.

Saturday, April 9, 2011

Rabbit...Bunny...Arnab...Comel sangat...

Petang tadi temankan adik2 pergi pasar minggu... nak cari Kiki betina... terkejut pulak tengok banyak giler Kiki, banyak dari biasa... slalunya takde la banyak sangat camni... comellll sangat2... geram rasa nak picit... =)) Saya beli Kiki betina...saya & adik punya... =D

Kiki di pasar minggu satok

Tengah pilih Kiki yang comel.. =)

Ni yang adik saya pilih..
Sampai rambang mata nak pilih Kiki mana nak ambik... sebab semuanya comel2... seekor RM25, masih kecik lagi... Comelll~~~ Betull~~~ (^_^) kalau korang tengok pun mesti geram... =D
Lepas beli Kiki tu, saya beli Mickey mouse pulak... hehhehe~~~

Nama dia sahol.. =)
Kiki dengan Sahol saya bawa ke UiTM... nak bagi kat orang, sebab dia ada Kiki jantan & saya yang ada betina, jadi nk suruh diorang couple dulu... hehehhehe~~~

Lepaskan kat batas bunga
Time kat UiTM, saya lepaskan kat batas pokok bunga je, seronok tengok Kiki lari2 bebas kat batu... masa tu, takde lagi orang datang tengok... tapi setengah jam lepas tu, banyak giler orang datang, dah macam pameran Kiki pulak kat situ... hehhe~~~


Mula2 yang datang, seorang 2 je... Tak lama lepas tu datang lagi...dan datang lagi.... (^_^) Seronok pulak diorang ni main dengan Kiki... siap ambik gambar pulak tu... =D

Makin ramai yang datang... =D

Ambik gmbar & main dengan Kiki
Bila tengok student ramai datang & bermain dengan kiki tadi, saya pun terfikir... UiTM ni selalu buat Expo, Karnival & jualan.... Kalau time karnival kat UiTM, Kiki ni boleh buat bisness jugak... Buat la kandang guna pagar plastik rendah, letak la beberapa ekor kat dalam tu, pastu sapa yang nak main & ambik gambar dgn kiki2 ni, kena bayar RM1 or RM2... hehheheh~~ Sekarang ni, apa2 pun boleh buat duit kan??? (^_^)
.
.

Kami Kembar 3... =))


Banyak orang kata kami macam kembar... Yeke??? Best nyer kalau betul boleh jadi kembar... =)) Kami bukan kembar... Umur pun jauh2... tudung merah (19tahun), Tudung purple (23tahun) & tudung biru (21tahun).. Kami macam kembar sebab badan kami lebih kurang je sama besar & sama tinggi... kalau boleh, semua nak sama... =) Handphone, pakaian, kasut, tudung & mcm2... =D
Tgk handphone kami ,semuanya sepasang... (^_^)

Sony Xperia X10 mini
Nokia 1202
Cover Xperia mini yang comel
Handphone ni je la yang mampu kami pakai sepasang... Kalau nak yang mahal sikit, kemudian la kot... tunggu ada bajet lebih... hehehhe~~~ tak kisah laa...janji sepasang... Warna tu x boleh la sepasang, nanti tersilap ambik, macam yang selalu berlaku kat nokia kami, selalu je salah ambik... hehehhe~~~


Actually gambar ni edit.. Sebab kami keluar bertiga pergi ke pasar minggu satok, jadi takde orang nak tolong ambik kan gambar kami bertiga...jadi saya edit la sikit2 & masukkan saya sekali dalam gambar tu...saya tak pandai la nak edit gambar..tu la jadi macam ni... =D


Gambar kat atas ni ambik masa raya 2010... =) baju kami sepasang... cuma design je lain2 untuk bezakan... kalau tak buat camtu, nanti tersalah pakai pulak mana satu baju kakak, mana satu baju adik... =D


Ni kasut kami yang sepasang... kalau nak sepasangkan design ada payah ckit... sebab kami bertiga semua pakai saiz 9... kalau nak beli 1 design, pastu semua sama size 9, mana dapat.. kedai pun takde stok camtu... so, terpaksa la beli lain2 rupa, tapi sama yang warna... =)) janji boleh sama...(^___^)




Ni pun gambar kami bersama... Tapi ni takde la sama....just saya suka tengok jer... heheh~~~ Banyak lagi yg sama...tapi takde la ambik gambar... Ni je yang teringat nak ambik... (^_^) Selamat membaca... =D
.
.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~