Thursday, June 30, 2011

Setiakah Kita???

Petang2 camni, terfikir pulak tentang sesuatu... Terfikir tentang HATI... Hati... Bukan makanan yerr... tapi Hati atau Feeling atau Perasaan.... Heheheh~~~ (^___^)
Susah kita nak huraikan dan terangkan pasal ni... Hanya kita sendiri yang tahu dan faham dengan apa yang kita rasa... Kenapa kita senang jatuh hati?? Itu ke yang dinamakan TAK SETIA?? Munkin lah kot... Tapi maksud SETIA tu sendiri kita payah nak huraikan... Kamu tahu ke maksud SETIA??? Kalau tahu, bagitau laaa... Kita berkongsi... =D
Ada yang kata mereka setia, tapi rapat dengan "kawan" berlainan jantina lain... Ada yang kata mereka setia, tetapi sering berSMS dengan kawan yang lain... Dengan alasan KAWAN jerr, bukan ada apa2 pun, mereka tetap SETIA pada yang SATU... TAPI...tanpa kita sedari, ketika sering melayan SMS dari "kawan", hati kita boleh terdetik suka kalau ada ketika si "kawan" pandai mengambil hati dan mengambil berat tentang kita lebih dari pasangan kita sendiri... Akhirnya, berlakulah saat2 berbunga dihati yang menyebabkan berlakunya CURANG... Itulah yang pernah berlaku kepada saya dan saya agak Fobia kalau BF saya berSMS dengan kawan perempuan lain... Saya dah serik dilakukan begitu. Makan hati berulan jantung bila dapat tahu dia curang dan akhirnya kami putus tunang sebab saya pun jadi budak jahat jugak sebab nak balas dendam... Bodoh la saya ni... (~____~)

Payah lah nak terangkan... Sebab saya sendiri jenis yang banyak kawan lelaki kalau dibandingkan dengan perempuan... Saya lebih selesa berkawan dengan lelaki sebab Lelaki tak banyak mulut, jarang mengumpat dan tak jaga tepi kain orang... Kalau dengan perempuan, faham2 sendiri je lah macam mana mulut kaum perempuan. Saya sendiri pun perempuan, jadi saya tau laa... =D
Kalau saya dah rapat dengan "kawan" ni, saya suka berSMS... Tapi hati sendiri kena jaga, takut pulak TERsuka kat "kawan" ni... Parah jadinya... hahhahah~~ Tapi, ada jugak yang salah faham, mereka ingat bila berSMS, maksudnya untuk nak jadi couple... Rapat bukan bermaksud couple... Bak kata orang, berkawan biar Beribu, bercinta hanya Satu...

TAPI...saya ni ada masalah dengan hati saya sendiri... Saya MUDAH untuk suka dengan seseorang kalau saya tengok dia baik... Tapi, bila dah tau suka tu, pandai2 la saya kontrol... Pertama sekali, niat tu kena betul... (^___^) Saya dah serik dan fobia nak mainkan hati orang... Cukup lah dah merasa putus tunang SEKALI... Jangan biarkan pisang berbuah dua kali...
Saya sendiri tak tahu DEFINISI setia... Ada yang kata setia tu kita tak boleh "berkawan" dengan orang lain, tak boleh berSMS dengan "kawan" lain... kalau dah macam tu, kita ni serupa je dengan golongan Anti-Sosial.... Huuurrrmmmm~~~ Ntah laaa... Fikir2lah sendiri yerr... (^___^)
.
.

Poret Pasal Kerja Baru... =D

Hari ini hari ke-4 saya berkerja di MEMC... Saya masih lagi rindu kat kawan2 di JP... Rindu sangat... Yela, kawan lama takkan sama dengan kawan2 baru, betul tak? Mungkin sebab saya tak jumpa lagi kawan yang saya betul2 serasi...(^___^)

Kat sini saya belajar banyak benda baru yang saya tak akan dapat kalau kerja di JP.... Saya rasa lebih seronok berkerja sebab memang inilah bidang kerja saya, bukan nya duduk di pejabat 8 jam... Cukup jam je saya buat air liur... Mak aaaiii~~~ Kalau bertahun kerja camtu, mahu nya jadi lembab otak ni... Hehehhe~~~ (^___^) Suasana kerja dalam industri memang sibuk dan mencabar, ini lah pertama kali merasa kerja dalam industri pembuatan dan pengeluaran. Dari dulu dah saya cari tempat, tapi tak jumpa yang sesuai dan berminat, sampailah saya tahu pasal MEMC ni... InsyaAllah saya akan cuba bertahan disini... =D



Kerja kat sini akan jadi lebih seronok kalau dah dapat ramai kawan, buat masa ni tak berapa nak rapat sangat, sebab baru je nak kenal... Budak2 kat sini banyak hensem-hensem dan comel-comel tau... Menggatal... =P

Ada sorang budak dekat kilang ni comel laa, tapi tak sama bahagian..... Suka saya tengok... Ish3~~ ape niii... tak baik... Tapi takpe, yang penting niat tu betul... Nak berkawan~~~ Yela kawan... Tak salah kan??? =D Hihihi~~~

First day kerja saya dah dapat syif malam, sebulan lah kerja malam... Orang kata, kalau tak biasa kerja malam, memang payah nak jaga mata dari tidur. Tapi saya rasa OK jerr...xde lah nak mengantuk pun.. Cuma KAKI je sakitttt.... hehehhehe~~~ Jarang dapat nk duduk. Tapi tak pe, tu la namanya lumrah bekerja... Lama2 biasa la tu... Kalau asyik nak senang je, bila la nak majuuuu oiii~~~ (^___^)

Ni je kot yang saya nak poret... Sekarang ni jam pukul 10.00pagi, saya baru je balik kerja malam, tak tidur lagi ni dari semalam... Mata dah mengantuk sangat2... Tapi tak boleh nak tidur, sebab lepas ni nak turun kelas lagi... HUuuurrgggghhhh~~~ Mengantuk siottt... Takpe, malam nanti saya tidur puas2... =)
Tata..Titi...Tutu~~~~

**Budak yang saya suka tengok tu dah pun jadi suami saya sekarang ni... Alhamdulillah... bertemu jodoh di MEMC... (Update entry : 17.10.2012)
.

Saturday, June 18, 2011

Chemistry atau Serasi...

Reactions occur when a chemical get mix with other chemical, where electron (Positive and Negative) being push and pull by energy, react, and give a spark. Then it will slowly settle and the chemical is theoretically stable.

Love is one of chemical reaction. We meet, attracted by each other, try to understand and share our feelings. And when we admit that both of us in love, we are practically stable.
That's what they call "chemistry"

 
Serasi atau Chemistry..... Apa makna "Chemistry"? Chemistry seseorang boleh dipandang? Biasanya secara mentaliti kita akan katakan chemistry itu adalah persamaan pada pasangan...
Tetapi melalui kajian, chemistry atau serasi dalam erti berpasangan adalah perbezaan (Positive dan Negative) yang menjelaskan tentang sifat kedua pasangan tersebut.

Contohnya, kalau seorang dari pasangan itu adalah seorang yang pemarah (Negative), jadi yang seorang lagi adalah seorang yang penyabar dan pemaaf (Positive). Jika kedua-duanya adalah pemarah (Negative dan Negative), saya rasa tidak akan wujud keserasian diantara mereka, sebab tak ada yang nak mengalah, asyik kedua-duanya nak menang.
Jika seorang dari pasangan itu pelawak tidak semestinya seorang lagi juga adalah pelawak. Cuba bayangkan kalau kedua-duanya pelawak, dah tentu tidak ada sikap serius dalam hubungan tu.

Jadi, bersyukurlah dengan pasangan kita sekarang. Faktor dalam keserasian sebenarnya adalah sifat saling menyokong antara satu sama lain. Dengan menjadikan kekurangan yang ada pada pasangan kita sebagai suatu kekuatan pada diri kita. Kalau nak teruskan hubungan yang serasi, kita mestilah saling mengisi ruang kekosongan yang ada supaya hubungan yang kita bina itu menjadi lebih erat dan berkekalan.

Bagi golongan yang bergelar suami, bersyukurlah sekiranya mendapat seorang isteri yang kuat berleter. Kerana begitu indah ciptaan yang Maha Esa itu menjadikan kamu seorang yang sabar melayani kerenah isteri yang suka berleter.
Kamu mungkin akan merindui leteran isteri ketika berjauhan. Tetapi menerima setiap baris leteran isteri bukanlah bermakna anda hanya perlu akur dengan setiap kata-katanya, sebaliknya kamu perlulah bersifat tegas dan mungkin inilah yang dinamakan serasi dalam perhubungan...

TETAPI, kalau isteri yang kuat berleter sampai pijak kepala suami, agak-agak la.... hehehhehe~~~ (^___^)
.
.

Bila Cinta itu... Dot..Dot...Dot...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yang telah pun terbuka untuk kita.

Teman yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Kita tidak akan tahu apa yg kita ada sehinggalah kita kehilangannya dan kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan hilang ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah keikhlasan hati seseorang.

Carilah seseorang yang dapat membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Mimpilah apa yang kita inginkan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yg kita mahu kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang kita ingini.

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang didalam hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba, kerana hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan seseorang yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berasaskan kehidupan lalu yang telah dilupakan, kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia dan akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kita membuatkan seseorang menyintai kita sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kita hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja.
Walaupun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kerana hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, sekiranya kita benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati, sehingga kita kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

Perkara yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bermakna, dan akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi.
Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan. Jangan mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman. Mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha. Tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW.

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit oleh karana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kita mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kita tidak ikhlas menyintainya. Kerana amat kejam meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita.

Cinta akan menyakitkan ketika kita berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kita dilupakan oleh kekasih lama, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kita sayangi tidak tahu apa yang kita rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...
.
.

Wednesday, June 15, 2011

Hari Terakhir Bersama Teman Sepejabat

Hari ni, 15 Jun 2011... Hari terakhir saya kerja kat Jabatan Perangkaan sebagai pekerja sambilan... Saya berhenti kerja sebab saya dah dapat tawaran kerja di tempat lain di Klik >>> MEMC Kuching. Sedih tu memang ada, walaupun sebelum ni kami pernah juga berpisah ketika tamat kontrak kerja, lepas tu kami akan jumpa balik kalau ada kontrak baru. Tapi saya berhenti hari ni, saya tak jumpa mereka lagi, jumpa pun kalau nak lepak kat luar sama-sama...

Dari Kiri : Kak Ziah, Kak Ita, Ajis & Saya
Minggu lepas, Kak Ziah yang berhenti sebab dapat tawaran menjadi kaunselor kat Kolej Tun Abdul Razak, minggu ni saya pulak yang berhenti... Masa kat pejabat tadi tak terasa lagi sedih, sebab masih gurau2 dan happy2 dengan diorang. Tapi bila dah sampai kat rumah, tetiba rasa sedih pulak bila terkenangkan kawan2... kalau kerja tempat baru belum tentu lagi dapat kawan yang gila2 macam sekarang... Serius tadi rasa macam nak menangis bila dengan Kaban buka lagu Klik >>> Saat Terakhir by ST12, tapi tahan  je laaa.... Hahahhahah~~~ Adoiii~~~ Sengal betul laaaa...
Dari Kiri : Aman, Ajis, Daus

Terasa rindu kat semua kawan di pejabat, terutamanya Daus, Ajis, Kak Ita, Kak Ziah, Aman & Nana... Sebab diorang la kawan rapat saya masa kontrak ni...

~Ajis budak sengal dan ceria, suka buat lawak kat ofis. Kalau dia senyum, mata terus tak nampak... heheheh~~~.
~Kak Ita gila2, suka buat lawak, suka sakat kawan2 dan suka tidur masa kerja... hehehe... Kalau pergi kerja, saya selalu  tumpang kak ita...
~Nana lucu macam budak kecik dan selalu disakat ajis, rajin buat kerja dan banyak stok BP.. hehehe~~~
~Kak Ziah baik dan selalu kena buli. Kak ita jodohkan kak ziah dengan Daus... hehehe~~~ Kalau nak jalan2 mesti kami naik kereta kak Ziah, sebab MyVi besar boleh muat kami 6 orang sekali gus... heheehh~~~
~Aman budak baik jugak tapi kalau makan dia memilih, selalu sakat kak Ziah dan kalau dia gelak, ofis sebelah pun boleh dengar... ehhehe~~~
~Daus....rasanya yang paling rapat, sebab kami dah kawan dari kontrak lepas.. kalau ada apa2 memang saya share dengan daus.. Sengal macam Ajis jugak sebab diorang ni adik beradik... ehhehehe~~~ Kalau jalan2 kat pasar dia jumpa kerusi "Rest&Go", dia mesti singgah dan bayar RM1... (^____^)

Hari ni kami dapat makan ramai-ramai 6 orang, kami ambik Kak Ziah dari Kolej dan makan kat Rumah Hijau, Satok... Best sangat-sangat, lepas ni tak tau lagi dapat ke tak pegi lepak makan macam tu, sebab saya kerja kilang, payah nak keluar... Betul-betul SAYANG kat korang... Walaupun dah berhenti, itu tak bermaksud tak jumpa lagi... Nanti masih boleh "hangout" sama2, tengok wayang dan keluar makan... (^____^)

Dari Kiri : Daus, Kak Ziah, Ajis & Saya

Kat MEMC nanti, saya jadi pelatih selama 6 bulan dibawah program Pemerkasaan Siswazah... Kalau dalam tempoh 6 bulan tu saya bagus buat kerja, insyaAllah diserap sebagai pekerja tetap... Kerja kilang pun kilang lah... Sebab masa belajar dulu, saya ambik Chemical Engineering, jadi bidang kerja memang tertumpu kepada bidang Prosesan dan Pengeluaran.. Kalau nak harapkan kerja pejabat, memang tak banyak la peluang... Heheheheh~~~ (^____^)
20 Jun 2011 ni saya melapor diri, Harap-harap kat sana nanti baik semuanya..
.
.

Friday, June 3, 2011

Suami Terminum Susu Isteri???

Topik ni saya nak share sebab banyak menjadi tanda tanya. Saya banyak tanya dengan kawan-kawan, tapi mereka pun tak pasti dan tak pernah dengar tentang perkara ni. Jadi saya pun cari la jawapan sendiri...

Sebelum ni, saya pernah dengar bahawa sekiranya Suami terminum air susu badan Isteri, maka mereka haruslah BERCERAI, kerana Isteri telah di anggap sebagai Ibu susu kepada suami... Tetapi, jawapan yang saya jumpa lain, sebab tu saya nak share kat semua, supaya perkara ni jadi jelas... (^___^)


Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab penyusuan menyebabkan pengharaman dalam tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa....

Rasulullah S.A.W bersabda: 
“Penyusuan akan menyebabkan HARAM sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum bayi berusia 2 tahun.” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini sahih dan kebanyakan para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W, mereka mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sebelum tamat tempoh 2 tahun. Penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman. (At-Tirmidzi sahaja meriwayatkan hadith ini dengan jalur rijal yang memenuhi syarat sahihan)

Rumusan:
Umur yang mempengaruhi susuan ialah bayi yang belum mencapai umur 2 tahun. Ini Ijma' sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214 ; Imam Ibn Rushd, Bidayah Almujtahid: 2/36).
  • Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuatkan oleh Imam Ibn Hazm.
  • Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan.
  • Madzhab Maliki bayi 2 tahun beberapa hari. 


TAMBAHAN:
Jawapan yang saya dapat daripada kawan-kawan yang tahu sedikit sebanyak tentang ni. 

1) TIADA hukum tertentu bagi suami yang secara tidak sengaja atau sengaja meminum susu isterinya, iaitu suami tidak menjadi ‘anak susuan’. 
.
Ini kerana syarat anak susuan adalah seorang bayi berusia kurang daripada dua tahun dan meminumnya lebih daripada lima kali kenyang. Bagaimanapun, suami dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak sendiri yang memerlukan susu ibunya.
.
Sekiranya dilakukan secara sengaja atau dibiarkan perbuatan itu, dikhuatiri suami menjadi ‘ketagih’ atau melakukan tabiat buruk
.
Secara fitrahnya Allah SWT menjadikan susu ibu untuk anak kecil dengan khasiatnya yang tertentu dan bukannya untuk suami.
.
Sumber: Fikrah Dr. Salam -- Harian Metro --

2) Semestinya TAK HARAM, sebab syarat untuk menjadi anak susuan mestilah berumur kurang 2 tahun. Suami tentunya berumur dah lebih 2 tahun. Semoga terlerai dari segala kemusykilan ~INsya Allah~

Kesimpulan:
~Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman.
~Dengan ini jelas hukum meminum atau terminum susu isteri adalah HARUS.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~