Sunday, August 21, 2011

Al-I'tiraf Sebuah Pengakuan

Al-I'tiraf adalah sebuah pengakuan... Semalam saya tonton Drama 100 hari di TV2, mengisahkan 100 hari tanda-tanda kematian. Dalam Drama tu ada nasyid Al-I'tiraf, jadi saya pun cari... Tapi kebanyakkan yang saya jumpa kat dalam YouTube semuanya alunan baru. Saya mencari alunan muzik asal I'tiraf ni... Akhirnya jumpa jugak... Alunan baru tak sama dengan yang lama... Kalau nak dengar macam mana bunyi alunan baru, >>>KLIK SINI<<< ... Saya ingat lagi, nasyid ni kami biasa nyanyikan selepas solat berjemaah masa saya kat sekolah dulu... (^___^)

Kebanyakan kita sangat familiar dengan nasyid ni. Tapi, tahu tak dari mana nasyid ini datang dan siapa pengarangnya?
Dikisahkan seorang Sahabat yg baru kembali dari medan perang. Ketika berada di pintu rumahnya, secara tidak sengaja dia terpandang betis seorang perempuan. Perempuan itu adalah isteri sahabatnya yang ketika itu sedang duduk diruang tamu rumahnya. Ketika itu juga dia melompat keluar dari pintu dan berlari meninggalkan rumahnya dan pergi tempat yang sepi, selama bertahun-tahun, untuk bertaubat kepada Allah SWT atas perbuatan tidak sengajaannya. Rintihan taubatnya itulah yg sekarang sering kita dengar dalam lagu Al-I'tiraf.

Klik Video kat bawah ni kalau nak dengar I'tiraf ataupun Doa Taubat...

 judul itiraf
(Al-I'tiraaf)
bait 1
Ilaahii lastu lil firdausi ahlaan wa laa aqwaa 'alaa naaril jahiimi
bait 2
Fa hablii taubatan waghfir zunuubii fa innaka ghaafirudzdzambil 'azhiimi

Nyanyian dalam bahaya melayu berbunyi:
Tuhan ku aku tidak layak untuk syurgamu, 
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka mu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkan lah dosaku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar.
.
.

Saturday, August 20, 2011

Kelebihan Memeluk Agama Islam


Pelikkan tajuk entry saya malam ni??? Ni adalah entry kedua yang saya tulis dalam masa 3jam... Heheheh~~~ Malam ni rajin sikit sebab ada macam2 benda yang saya fikirkan, dan macam sayur campur pulak otak ni... (^___^) 

Nak dijadikan topik, saya ada seorang kawan yang berlainan agama... Dia ni beragama Kristian dan agak kuat dengan agamanya... Hari tu, masa kami berbual, dia telah mengajukan satu soalan kepada saya dan saya agak susah untuk menjawabnya, sebab jawapan tak boleh diberikan sebarang kalau pengetahuan kita sendiri tentang agama tu tak cukup. Adalah lebih baik kalau kita bertanyakan kepada yang lebih arif atau buat research dan cari jawapan dalam internet... InsyaAllah ada jawapan yang boleh membantu....
Soalan dia simple dan pendek jerr... Apa untungnya kalau dia memeluk agama islam... Soalan simple tu pun saya tak boleh jawab kan??? Malu sungguh... Tak pe la, disebabkan saya payah nak jawab, saya bertanya kepada yang lebih tahu dan cari jawapannya kat dalam internet...
Inilah jawapan yang saya jumpa dan saya harap boleh menjawab soalan kawan saya tu... InsyaAllah....

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri r.a. : Rasulullah SAW pernah bersabda.
”Apabila seseorang itu memeluk Islam,  lalu ia mengerjakan amalan yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah SWT akan memaafkan semua dosa-dosanya di masa lalu... Kemudian setelah itu, barulah dilakukan perhitungan pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dan dilipat gandakan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya sahaja, kecuali apabila Allah SWT memaafkannya"

Apabila memeluk agama Islam: 
Apabila orang kafir masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari sebarang dosa. Dengan kata lain, Sesiapa yang baru memeluk agama islam umpama seperti bayi yang baru lahir tanpa sebarang dosa, amat suci dan bersih...
Balasan amalnya yang dilakukan setelah memeluk Islam: 
Sesudah memeluk islam, perhitungan tentang kepercayaan dan amal-amal yang dilakukannya akan dilakukan. Tentang dosa dan pahalanya, iaitu tiap-tiap satu amal kebajikan yang dikerjakannya adakah sempurna syaratnya untuk diberi balasan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, mengikut kesempurnaan amal-amal itu dan keikhlasan orang yang mengerjakannya. Sebaliknya tiap-tiap satu amal kejahatannya, jika dikehendaki Allah, dibalas dengan hanya satu kejahatan yang sama dengannya.
 
  Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya serta dengan ikhlas, maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya." 
Penilaian Islam terhadap kebajikan dan kejahatan:
Islam memang ada kelebihannya dengan sifatnya agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai hanya dengan amal-amal yang baik,  yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah `Azza wa Jalla. 
Bagi orang yang baru masuk Islam, adalah seperti yang diterangkan dalam hadith yang diatas. Bagi orang-orang yang berketurunan Islam pula, hendaklah mereka tetap mematuhi Islam, dan mengerjakan ajaran-ajaran Islam dengan sempurna dan ikhlas. Dengan yang demikian baharulah Islamnya itu dinilai oleh Allah Taala dan diberi balasan yang berganda-ganda.

Friday, August 19, 2011

Apabila Dia Bukan Jodoh Kita

Saya dapat entry ni dari blog orang lain yang juga mengopy paste dari yang lain... (^___^) saya tulis untuk menyedapkan hati saya sendiri dan juga untuk orang lain yang sedang bersedih putus cinta atau cinta yang tak terbalas.... Huhuhuhu~~~ sangat sakit bila kita syok sendiri bila kita sukakan seseorang dan lagi sakit apabila hubungan tersebut tak direstu oleh keluarga... (~__~)

Tapi...disebalik semua kejadian ada hikmahnya... Pahit manis kehidupan itu memberikan pengalaman dan pengajaran untuk kita. Allah memberi kita ruang untuk berfikir sejauh mana kita menghargai nikmat yang diberikan. Bila kita dah dapat apa yang kita nak, pernah tak kita fikir betapa payahnya kita nak dapatkan semua tu??

Kenapa kita dipisahkan dengan seseorang yang kita sayang...?? 
Sememangnya Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya…

1. Apabila kita bertemu dengan jodoh yang sebenar, kita akan bersyukur dengan ketentuanNya.

2. Kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

4. Kita akan mendapat kasih sayang yang lebih baik, khas buat diri kita.

5. Kita sedar bahawa Allah maha pemurah dan penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Kita dapat mengumpul pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 

7. Kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.

8. Kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

9. Kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya...

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhannya, dan meninggalkan larangannya...

Percayalah sesungguhnya Allah tidak menolak permintaan hambanya yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadanya. Selagi kita terus berdoa, harapan tu tetap ada.. InsyaAllah…

Setiap yang terjadi telah tertulis. Kadang–kadang Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat hinggakan kita menangis dan tertanya–tanya ke mana hilangnya sinar. Rupa–rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Bila Allah tak beri sesuatu yang kita minta, yang kita nak sangat².. Mesti ada sebab dan yang pastinya takdir yang dah disuratkan lebih baik untuk kita.

**Saya terima perpisahan ini dengan redha dan hati yang terbuka kerana kami tahu apa yang dimimpikan amat susah untuk direalisasikan… Bukalah hati untuk orang yang lebih berhak memiliki dan mohon ampun dan maaf untuk segala kesilapan…
.
.

Thursday, August 18, 2011

Marah Boleh Membawa Kepada Malapetaka

Disaster.... Hahahhaha~~~ Dah tak betul kot... Kenapa saya suka buat keputusan melulu ketika marah dan otak tak betul.... Orang selalu berpesan kat saya, kalau marah jangan buat apa2 keputusan sebab time tu akal kita tak waras dan apa2 keputusan yang kita buat adalah tak betul. Masa kita marah, kita dikawal oleh syaitan, jadi syaitan akan hasut kita buat perkara yang jahat dan tak betul....

Jadi, pengajarannya... Otak tu adjust la sikit... Jangan nak main hentam jeerrrrrrr.... Huhuhuhu~~~ Time ni saya tahu la bercakap... Tapi nanti bila saya marah balik nanti, benda yang sama yang akan saya ulangi.... Aduiiii~~~ Sekarang ni, belajar macam mana nak kontrol marah... Macam mana ekk??? Antaranya ialah sentiasa ingat pada Allah.... Macam dalam contoh yang saya jumpa ni.... InsyaAllah saya akan cuba lepas ni untuk kawal perasaan marah saya dan mendamaikan hati... Komunikasi dengan Allah boleh membantu mententeramkan jiwa dari perasaan marah dan dapat mengelakkan diri dari sakit migrain atau sakit jantung....heheheh~~~ Panjangkan umur laaa... =)

Luahkan pada Allah, InsyaAllah marah dan geram ketika tu boleh hilang dengan cepat. Selalu doakan orang tu jadi rajin, sedar diri atau dengan nama lain berubah jadi orang yang bertanggungjawab la sikittt.... (^___^)

Contoh Ketika memandu:
“Ya Allah, kereta ni kurang ajar betullah ya Allah. Geramnya aku ya Allah. Aku buat kurang ajar nanti baru tau. Tapi buat apa kan ya Allah. Biarlah dia ya Allah. Buat apa aku peningkan kepala fikirkan pasal dia kan ya Allah. Dia nak jadi apa, lantak dialah ya Allah”

Ketika geram dengan kengkawan yang malas:
Kau bantulah aku ya Allah. Kau buatlah sesuatu, kasi budak ni rajin ke, sedar diri ke. Lembab betul aku tengok dia ni ya Allah. Kasi dia ni cerdas ya Allah.“

 **Ketika kita marahkan seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita  memalingkan muka kita ketika kita marah. Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar. Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka.

**Kerana itu Rasulullah SAW menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulullah SAW meminta kita duduk ketika marah. Semuanya adalah berkaitan dengan otak kita....

.
.

Saturday, August 13, 2011

2 Birthday Parties In 1 Night

2 birthday parties??? Actually bukan lah birthday saya... Tapi birthday dia (Eldrine) dan mak saya (Norpiah Bt Edon)... (^___^) Agak kebetulan kan??? Birthday mak saya 12.08.2011, dan birthday Eldrine 20.08.2011...

Birthday Budak Kecik... 20.08.2011
Birthday Eldrine tu kami celebrate awal sebab dah alang2 kami keluar berbuka puasa, jadi kami buat la surprise birthday party untuk dia... Dia pun mungkin agak terkejut coz dia memang tak tahu menahu pun pasal kami nak celebrate birthday dia... Dia ingatkan nak celebrate birthday adik saya,  sebab saya bagitahu birthday adik saya 04.08.2011... Hehe~~ Tipu sunat... **Tapi kan... Entah2 dia memang dah tahu tapi buat2 je tak tahu** (~__~) Kami celebrate dekat D11 steamboat... AGAINNNNN~~~ D11... Menyampah... Heheheheh~~~ Tapi takpe, tempat tu jugak la yang best... hihihihi~~~ (^___*)

Me and Him
Alololoooo~~~ Manjanyaaa... hehehhe~~~ =P
Eldrine suapkan adik saya pulak...
Kami semua malam ni... Eldrine, saya, adik2 dan putra... =)
Eldrine dan kawannya... Putra Shahzlan... hahahha~
Lepas makan2, kami merayau di WaterFront... Alasan merayau sebab nak turunkan makanan yang penuh kat dalam perut... Lepas lepak tu baru kami balik rumah... KENYANGGGGG sangat2~~~ (^___^)

Lepak2 di waterfront... (^___^)
Dah kenyang, melepak kat WaterFront... Anak sapa la ni... =)
Actually... Tak pernah lagi orang buatkan surprise Birthday party untuk saya... Tak pernah merasa walaupun sekali... Semuanya just sambut macam tu je.... Memang dah tahu pada hari tu ada hadiah dan kek.... Hurrrmmm... bila la rasanya ada orang yang sudi nak buatkan surprise untuk saya.... (~____~) Heheheh~~ Saya tak kisah pun, yang penting saya dapat buat mereka Happy pada hari tersebut... (^___^)

Sampai je rumah... Ada satu lagi Birthday... Birthday mak pulak... Masa on the way nak balik rumah, kami singgah dulu beli kek untuk mak... Chocolate CheeseCake.. Sedapppp... Tadi makan cheese cake, sekarang ni makan Chocolate CheeseCake pulak... (^___^)

Happy 58th Birthday Mak... =)
Lilin 58 tahun... (^__^)
My Family... Happy Family... (^___^)
Fuhhhhh~~~ Tak larat mak nak tiupkan lilin banyak sangat... =)
Selamat Hari Lahir Mak.... Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang optimum, Rezeki yang optimum dan keluarga kita bahagia selalu... Amin.... Walaupun bithday mak sangat simple... Tapi sangat bermakna buat kami... (^___^)
.

Thursday, August 11, 2011

Seni dan Minat Seseorang

Dah malam... saya baru balik dari melepak dengan kawan2... Melepak di Waterfront... Hehehhe~~~ Saja nak buang masa malam2 camni melepak dan melihat keindahan malam sambil menenangkan fikiran... Saya melepak dengan seorang kawan sama kerja dan kawan dia...

Bercakap pasal seni... Rasanya saya ada seorang guitarist pujaan hati... Hahahha~~~ Konon la pujaan hati... Hampeh... heheheh~~~ Eldrine~~~... Dia ni musician... Hari ni saya sempat rakam beberapa video time dia main guitar electric... Syok la jugak tengok sebab saya tak pernah tengok orang mainkan depan saya sendiri... Ada beberapa instrument yang dia pandai... Tapi yang saya pernah tengok guitar biasa dan yang hari ni... Ala2 tengok dia jamming laa.... huahuahua~~~ Ada jugak beberapa video dalam youtube dia mainkan guitar biasa... Lagu budak2 je... Nak tengok??? Kat bawah ni... =)


Menurut dia, video kat atas tu dia ambil masa baru2 je nak pandai main... Tapi sekarang saya tengok dia dah agak Profesional... Cuma saya tak boleh nak post Video yang saya ambil tu kat dalam ni, sebab dia kata video tu private & confidential.... heheheh.... (^___^) Guitar kat bawah ni la yang saya tengok dia main tadi...


Ni kira first time kenal dengan orang gilaaaa muzik... Sebelum ni ada jugak sorang kawan sama kerja, dia gilaaa sangat dengan lukisan... nak tengok lukisan2 dia??? >>>Klik Sini<<<... Nampak macam dia gemar lukis potret muka seseorang... Bila agaknya dia nak lukis muka saya pulak??? Hihihi~~~ Bawah ni lukisan paling latest yang saya tengok kat blog dia tadi... hehehhe~~~

Semua orang ada minat spesifik dan tersendiri... Saya pulak??? saya minat apa ekk??? Saya tak ada yang spesifik, sebab semua benda saya suka buat asalkan dapat isi masa... Entah laaa... Kadang2 ingin jugak nak cari sesuatu yang tersendiri macam kawan2 saya tadi... Tapi saya tak tau apa yang saya minat sebenarnya... Nanti satu hari saya akan tau jugak kot... nanti laaa... Bukan sekarang... hehehhe~~~ Sebelum ni saya agak minat menternak haiwan seperti tikus... Tikus dirumah saya dan ada lebih 30 ekor rasanya, sebab tak henti2 beranak... Tapi sekarang minat tu dah agak menurun... Hahhahah~~~ kan tadi saya dah kata?? Saya tak ada minat spesifik... Bila2 je boleh berubah... Huhuhuu~~~ Sekarang ni saya dan abang saya tengah cari jalan nak jual tikus2 tu... Boleh buat duit... Hehehehhe~~~

Hurrrmmm~~~ dah... malam dah nak fikir nak tulis apa pulak kat perenggan seterusnya... Esok2 la saya buat lagi... Selamat malam kawan2... (~___~)
.
.

Sunday, August 7, 2011

Software CintaKasih.exe

Baca dan fahamilah....

CS: Ya, ada  perkara yang boleh saya bantu ?
P: Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstal software cinta-kasih. Bolehkah anda menolong saya menyelesaikan prosesnya?
CS : Ya, saya dapat membantu anda.  Adakah anda sedia melakukannya?
P : Baik,tetapi saya tidak mengetahui caranya, tetapi saya bersedia untuk menginstalnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?
CS : Langkah pertama adalah membuka hati.html anda. Tahukan anda di mana hati.html anda?
P : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya boleh menginstalnya sementara program-program lain masih aktif?
CS : Program apa  yang sedang aktif?
P : Tunggu kejap saya tengok dulu, program yang sedang aktif adalah sakithati.exe, minda.exe, dendam.exe dan benci.tmp.
CS : Tak apa. cinta-kasih.exe akan menghapus sakithati.exe dari minda.sys anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan diganti oleh program lain. cinta-kasih.exe akan menggantikan minda.exe dengan modul yang disebut percayadiri.sys. Tetapi anda harus membuang benci.exe dan dendam.exe. Program tersebut akan menyebabkan cinta-kasih.exe tidak terinstal secara sempurna. Dapatkah anda membuangkannya ?
P : Saya tidak tahu cara membuangkannya. Dapatkah anda menolong  saya?
CS : Klik di  Start menu dan aktifkan memaafkan.exe. Aktifkan program ini sekerap yang mungkin sampai benci.exe dan dendam.exe terhapus.
P : OK, sudah. cinta-kasih.exe mulai terinstal secara automatik. Apakah arahan ini betul ?
CS : Ya, anda akan menerima pesan bahwa cinta-kasih.exe akan terus diinstal berterusan dalam hati.sys anda. Apakah anda melihat arahan tersebut?
P : Ya. Apakah sudah selesai terinstall?
CS : Ya, tapi ingat bahawa anda hanya ada program dasarnya saja. Anda perlu mulai menghubungkan hati.sys yang lain agar mudah untuk mengupgradekannya.
P : Oops. Saya mendapat arahan error. Apa yang harus saya lakukan?
CS : Apa arahannya?
P : ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT". Apakah ertinya?
CS : Jangan khuatir, itu masalah biasa. Ertinya,program cinta-kasih.exe diset untuk aktif di hati.ext (hati external) tetapi tidak boleh aktif dalam hati.int (hati internal) anda. Ini adalah salah satu masalah pemprograman, tetapi dalam istilah teknikal ini bererti anda harus men-"CINTA KASIH"-i komputer anda sendiri sebelum men-"CINTA-KASIH"-i orang lain.
P : Lalu apa yang harus saya lakukan?
CS : Dapatkan anda klik pada direktori yang disebut "PASRAH"?
P : Ya, sudah.
CS : Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori "MYHEART". MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC,dan MENYEDARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem akan menggantikan file-file error dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P : Sudah.  HATI saya sudah terisi file-file baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM sudah dicopy ke HATI. Apakah ini betul?
CS : Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk mendownloadnya.Jadi CINTA.KASIH telah terinstal dan aktif. Anda harus boleh mengendalikan sendiri. Ada satu lagi hal yang penting.
P : Apa dia?
CS : CINTA.KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada oranglain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.
P : Ok. Terima kasih atas bantuan anda.

Tuesday, August 2, 2011

Puasa Yang Kesunyian

Hari ni adalah hari kedua berpuasa... Saya tak pernah lagi berbuka puasa dirumah... Setiap hari saya berbuka di luar... Saya takde rasa nak berbuka dirumah... Hati terasa kosong, kesunyian dan tak gembira... Saya taknak lah tunjuk muka Bad Mood dengan family.... So, cara terbaik saya berbuka diluar dengan kawan...

Dah dua hari ni saya berbuka dengan Eldrine, budak sama kerja saya... Nasib baik dia nak luangkan masa untuk saya... Sejujur-jujurnya, terasa kesunyian sangat sejak berstatus single 2 minggu ni... Hidup terasa kosong... Tapi tu bukan kehendak kami, hubungan tak direstu keluarga, memang payah nak teruskan... Nasib baik ada Eldrine yang sudi nak temankan saya setiap masa dan kemana sahaja saya pergi, sampai nak berbuka pun dia temankan... Kalau saya dibiarkan sorang2, mahunya menangis saya ni... Masa kerja pun saya dah tak menentu, payah nak senyum dan tak seceria dahulu... Kadang2 muka ni masam, nak berbual pun macam takde mood... Tak tahu sampai bila nak macam ni....


Tapi, nasib baik ada insan yang boleh ceriakan saya masa kerja... Masalahnya, kalau dah baik sangat nanti mesti jadi gosib panas... Tapi masa ni saya tak kisah pasal gosip... Sebab hati sekarang tak tenang, saya perlukan seseorang untuk jadi teman.... Budak ni sendiri kata kami Kawan Baik... So, kami jadi kawan baik laaaa...

Masa dah nak raya ni la jadi hal macam2... Sunyi la raya ni nampaknya kalau saya sorang-sorang... Harap2 seseorang sudi jadi teman saya masa raya nanti... Sekarang ni saya cuba nak buka hati untuk orang lain... Saya tak boleh teruskan macam ni... Nanti diri sendiri merana dan sakit... Saya doakan begitu jugak dengan dia... Semoga dia berjumpa dengan seseorang yang lebih sempurna daripada saya dan boleh membahagiakan dia.... Amin... Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dia... Kalau dah ditakdirkan kami ada jodoh, bila-bila masa pun akan bersatu balik... Tapi kalau dah nama bukan  jodoh, dipaksa2 pun tak akan menjadi.... Doakan kebahagiaan dia dan saya... Amin...
 .
.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~