Tuesday, October 25, 2011

Meja Kosong Lagi

Meja Kerja di SMK Padungan
Meja kosong?? heheh~~~ saya dah ada meja sendiri.. Seronok... Boleh hias2 dan letak apa je yang saya nak... Tapi cermin dia hitam la pulak, tak boleh nak letak gambar kat bawah cermin... Heheheh~~~
Last saya ada meja sendiri masa kerja di perangkaan dulu. itu pun bukan meja kekal, lepas tamat kontrak, meja kena kemas balik... =) tapi sekarang dah ada meja permanent... (^__^)

Nak tengok meja saya dulu??? heheheh~~~ Sangat semak & tak macam ruang kerja pun... (^_^)

Meja penuh dengan makanan & ada pet... =)
Si comel sahul ikut saya kerja =)
Si montel Jagung ikut saya ke ofis (^_^)
Comel kan meja saya dulu... Ada pet ikut saya kerja... (^_^) Tapi sekarang tak boleh dah nak bawa2 pet... Kena kerja betul2... Hehehhe~~~
Meja sekarang masih belum ada apa2 lagi, nanti la saya kemaskan dan letak sesuatu kat situ, sebab ni adalah rumah kedua saya... Sedap mata memandang, barulah seronok bekerja... =)
.
.

Monday, October 24, 2011

Hari Pertama Masuk Sekolah (^_^)

Klik >>> Lokasi SMK Padungan mengikut Google Earth
Dah tengah hari la nampaknya sekarang... Mata saya dah mula mengantuk, sebab tadi makan ayam banyak sangat kat KFC... Heheheh~~~ Masa saya menulis blog ni, saya berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Padungan... Nama lama sekolah ni adalah "SMK Lumba Kuda"... Hari ni saya melapor diri sebagai Pembantu Makmal di sekolah... Hari pertama kerja la maksudnya ni... Awal2 lagi saya dah online dan tulis blog... Hehehheeh~~~ Hampeeehhhhh betul staff macam saya ni... Saya bukan nya melepak or dengan kata lain sarawak "MENGULAR"... (^_^) sekarang waktu lunch, jadi boleh la saya online kejab kat perpustakaan sementara nak mengisi masa...

Masa pertama kali sampai tadi, rasa macam pelik pulak. Masa sekolah dulu datang sekolah pakai uniform. Tapi sekarang masuk sekolah sebagai seorang staff, pandu kereta sendiri dan pakai pakaian formal, semua student tengok macam pelik. Mungkin sebab saya staff baru dan tak pernah nampak sebelum ni... Tapi blurr dan tak tahu apa nak buat tu cover je la... Buat2 cool... Heheheh~~~ (^__^)

Pejabat Residen Dan Daerah Kuching
Actually, saya belum start berkerja lagi. Lepas melapor diri pagi tadi, saya mintak kebenaran keluar kat pengetua.. Saya pergi angkat sumpah dan buat medical check-up, tengah hari baru settle semuanya.. =) Tadi angkat sumpah kat pejabat Residen, pastu terus pergi Klinik Tanah Puteh untuk buat check-up. Tapi tak habis lagi, tadi baru pergi ambil air kencing je, next week 31 Okt 2011 datang appoinment balik.... =D


Habis settle semua tadi, saya pergi jumpa Ayong, lunch kat KFC Boulevard dan jalan2 kejab. Masa pergi KFC tadi, duit cukup2 je, maklum la tengah bulan, tapi sibuk jugakkkk nak makan dekat KFC... Heheheh~~~ Bukannya apa, masa tu KFC je yang paling dekat nak makan, kawasan batu 3 semuanya gerai makan cina, sebab tu la nak ke tak nak kena pergi KFC jugak... hihihi~~~

Lepas makan baru balik ke sekolah. Sekolah ni kecik je... Student dlm 600++ dan ada 2 blok kelas je. Majoriti student sini adalah cina, hampir 90% la, tapi guru pun 90% juga melayu... (^_^) Harap2 kerja kat sini baik2 je dan takde masalah. Sebab saya akan berada lama kat sini, boleh dikatakan 40 lebih tahun akan berkerja disini kot sampai pencen, tu pun kalau tak diubah jabatan atau sekolah... Jadi BEHAVE & kerja baik2 OK... Heheheh~~~ Try nak motivate diri sendiri... =)

So, ni je kot... Doakan semuanya baik2 je untuk saya dan kamu juga... Daaa~~~ (^_^)
.
.

Wednesday, October 19, 2011

My Baby is So Pink

Hello... (^__^) Sekarang pukul 8.30 malam... Saya excited nak tulis entry malam ni... =) Hehehhehe~~~
Kenapa??? Sebab hari ni saya ada belikan accessories yang semuanya warna pink untuk kereta saya... (^__^) Kereta?? bila pulak tu??? hehe~~~ Esok saya dah dapat kereta sendiri... Saya suka sangat2, sebab itulah harta pertama paling berharga yang saya ada setelah saya berkerja... (^___^)

Kereta... Bukanlah kereta baru... 2nd hand jerr... =( Actually, tu adalah kereta kakak saya. Tapi, sekarang ni saya take-over sebab kakak dah nak beli motosikal "scrambler" (tak tahu ejaan sebenar). So, kereta tu akan jadi milik saya sepenuhnya... Lepas ni, saya jaga, saya bayar bulan2 dan saya boleh buat apa saya nak dengan kereta tu... hehehee~~~ Mula2 terfikir jugak, baik beli kereta baru je kalau dah berkerja dan mampu bayar. Tapi, bila fikir2 balik....tak baik membazir, lagipun kakak dah offer benda baik, tak kan nak tolak... Lagipun 5 tahun je tinggal saya nak bayar... Jimat la bajetttt... (^__^)

Hantar kereta pergi mandi... (^___^)
Esok pagi saya dah melapor diri untuk kerja baru. Jadi, saya akan guna kereta sendiri. Myvi Putih, (QAL 1151). Cehhh~~~ Eksyen pulak daaa... Takde lah, bukan nak tunjuk lebih2, cuma happy sangat2 sebab akhirnya boleh capai perkara pertama yang saya nak dalam hidup ni ketika usia 23tahun... Lepas ni nak capai impian yang seterusnya pulak... (^__^) Nak tahu apa??

1. Pergi melancong, tak kisah la dalam atau luar. Ikut kemampuan saya sendiri buat masa sekarang
2. Nak memiliki rumah sendiri
3. Nak kahwin... Hehehhe~~~ Entah2 kawen dulu baru ada rumah kottt... teteteetttt~~~ =P 
4. Tak terfikir lagi... nantilah update... hehehhe~~~

Jadi... Nak tengok apa yang saya dah beli untuk Baby saya??? (^__^) Ni je Accessory kereta warna pink yang saya jumpa... Tadi ada yang jual satu set, tapi macam tak best pulak kalau semua sepasang, saya nak ada macam2 jenis patung... hehhehe~~~  yang saya jumpa hari ni... yang lain, nanti2 la ekk~~~ =)

Tissue Cover, Mashi Maro comel sedang tido... =) saya pasangkan terus tadi... (^_^)
Safety belt cover, ada teddy bear comel kat situ... =D
Car neck support cushion, ada ayam comel.. hehehe~~~
Non-slip dash pad, saya jumpa warna pink... =)
Butterfly yang tak berapa nak pink... Hehehe~~~
Itu je la yang saya jumpa hari ni... Tak nak la letak banyak2, nanti macam zoo pulak... Actually, saya nak buat kereta saya nampak ladies sikit... Sebab kakak saya ni sangat ganas dan samseng ketika memandu. Jadiiii~~~ saya takut kalau orang yang dah biasa jumpa kereta ni, nanti mereka ingatkan pemandu lama yang bawa, hurmmm~~ tak tau la macam mana... Sebab tu la saya nak ubah... Hehehee~~~
.
.

Tuesday, October 18, 2011

Jika Kamu.... Begitulah juga...


Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail..
Hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu..
Dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...
 

Begitulah juga..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu..
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu..



Jika kamu MENADAH air biarlah berpada..
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja..
Kerana apabila ia mulai RETAK, tidaklah susah untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula..
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja..

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang..
TERIMALAH dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN.. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
Dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan berTERUSan hingga ke akhir hayat..
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya..
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……  




Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..
Yang kamu pasti BAIK, MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ..
Mengapa kamu berlengah lagi dan cuba mencari makanan yang lain??
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN..
Akhirnya nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi..
Kamu akan MENYESAL ..

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ..
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu...

MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU..dan MENCINTAIMU..
Mengapa kamu berlengah lagi dan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain??
Kerana terlalu mengejar KESEMPURNAAN..
Akhirnya dia BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi..



Oleh itu, janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN, kerana ia bukanlah faktor utama dalam KEBAHAGIAAN..

“Yang patah Kan tumbuh, yang hilang Kan berganti... Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”....

.
.

Monday, October 17, 2011

Moist Chocolate Cake

Hari ni, saya bosan duduk rumah, jadi tengah hari saya buat kek coklat untuk minum petang... (^___^) Bahan2nya saya reka sendiri, tapi bila dah jadi, sangat sedap... =D
Bila dah siap, saya hias macam kat bawah ni sebab nak bagi kat someone... Hehehhe~~~ =D


Bahan2 Kek:
500g ButterCup
1 gelas gula
4 biji telur
2 gelas tepung
1 gelas serbuk koko
1 tin susu cair
1 sudu esen vanilla
2 sudu kecil "baking powder"

Bahan2 Topping:
150g ButterCup
1/2 gelas gula ising
10 sudu besar tepung koko
1 gelas susu tepung


Cara membuat kek:

1. Cairkan mentega dan sejukkan.
2. Mentega cair dipukul bersama gula, telur dan susu cair.
3. Masukkan tepung gandum, "baking powder", serbuk koko dan esen vanilla kedalam bahan (2).
4. Pukul semua bahan selama 10 minit sehingga kembang.
5. Masukkan kedalam acuan saiz 9x9.
6. Kukus selama 3 jam 30 minit.

**Kek boleh juga dibakar, tetapi saya kukuskan je sebab saya tak suka kek bakar... (^___^)

Ni topping yang saya sapu je suka hati, sebab nak makan sendiri je... Hehheheh~~~ (^___^)
Cara membuat topping:

1. Pukul butter sehingga kembang selama 5 minit.
2. Masukkan gula, serbuk koko dan susu tepung. Pukul selama 5 minit sehingga kembang.
3. Kemudian, bolehlah disapu kat atas kek yang sudah siap...
**Masukkan kek kedalam peti sejuk selepas di sapu topping, kalau dah sejuk sikit barulah boleh dipotong. =D

Sedap tau.... Boleh jadi kek hari jadi jugak... Nyum3~~~ (^__^)
.
.

Dah Lebih Sebulan.... (-___-)

Salam dan selamat petang kawan2.... (^___^) cehhh... sopan nyerrr.... heheheh~~~ rasanya dah lebih sebulan saya tak ada tulis entry... Sunyi sepi je blog ni... Actually, masa untuk menulis tu tak ada. Asyik sibuk memanjang, macam mana la nak tulis... Alaaaa... Alasan je tu, bukan nya sibuk, tapi MALAS... Hihihihi~~~ =P

Pejam celik, pejam celik.... Dalam masa sebulan lebih ni, macam2 perkara dah berlaku tanpa sedar.... Bulan puasa dah berlalu, Syawal dah berlalu DAN perkara yang paling penting sekali berlaku sepanjang saya senyap ni adalahhhh~~~ Jeng3~~~ Saya dah berhenti kerja... (^___^) Saya dah tak bekerja di MEMC lagi... Hari ni dah masuk 4 hari saya menganggur di rumah... Huhhh~~~ Bosan tauuu....

Kenapa saya berhenti, banyak yang tanya... Sebabnya, saya dah dapat tawaran kerja lain... Khamis nanti, pada 20 oktober, saya akan melapor diri di jabatan pelajaran Negeri Sarawak, sebagai PEMBANTU MAKMAL... Kat mana??? Saya sendiri masih tak tahu lagi... Khamis nanti baru saya akan tahu... Suspen jugak, sebab takut kena tempat kerja jauh dari rumah... (-___-)

Bercerita pasal saya berhenti dari MEMC, rasanya saya sedih tak??? Mula2 saya fikir tak, sebab saya kerja di MEMC tak lama, baru je masuk 4 bulan... Tapi rupa2nya saya sedih jugak, sebab baru je mula nak serasi dengan kawan2 kat situ... Nurul, Kak ros, Kak Syiela, Kak Flo, Kak Mas, Nazirul, Siti, Abby dan yang lain2, kalau ada yang saya tak sebut jangan kecik hati yerr... Banyak sangat... Hehehhe... (^___^) Sebulan lepas, saya dipindahkan ke Section Process... Bila masuk Process, saya kerja dekat dengan Eldrine... Sebab saya boleh pergi kat mana-mana bahagian... Baru je nak happy kerja, saya pulak dah nak keluar... Aduhaiii.... Ni dah kali ke-2 saya berhenti kerja secara rasmi...

Lagi satu, Abbigail dah masuk Islam... Nama islam dia Abby Afina... Saya tak pasti betul tak ejaan tu... Tapi yang penting, dia dah Islam... Syukur Alhamdulillah, pintu hati dia terbuka dan hidayah datang padanya... Dia memeluk agama islam lebih kurang seminggu sebelum saya berhenti kerja... (^___^)

Dalam kesunyian saya tak menulis blog ni jugak, nenek Eldrine meninggal pada 14 Oktober 2011 lepas... Lebih kurang lepas maghrib camtu kami dapat berita dari mak dia yang telefon dari kampung... Pada hari yang sama dengan nenek dia meninggal, dalam jam 3 petang tu, kereta baru Eldrine baru je kami ambil dari perodua.. Viva Putih.. Saya penumpang pertama yang naik.... (^___^)

Memang kebetulan sangat, kereta dia keluar dan nenek dia pun meninggal... Nenek dia cina, jadi dikebumikan mengikut adat cina jugak, tak sempat saya nak jumpa nenek dia. Kalau diikutkan plan, hujung minggu tu, saya dan dia nak balik kampung di Sematan untuk melawat nenek. Tapi bukan rezeki saya nak jumpa nenek... Takpe lah... Ajal dah sampai...

Esok lusa tak tahu lagi apa nak buat kat rumah... Hari ni saya bosan sangat, jadi saya masak >>>Klik>>> Moist Chocolate Cake <<<.... Nyum3~~~ Sedap tauuuu... (^___^) Ni gambar masa saya baru je lepas bancuh tadi... Lepas ni nak masukkan kat dalam oven... Kalau nak rasa, jum datang rumah saya dan kita makan ramai2... heheheh~~~ (^___^)

http://tamankemboja.blogspot.com/2011/10/easy-moist-chocolate-cake.html
Esok2, kalau saya rajin semula... Saya menulis lagi yerr... Hehehheh~~~ Daaaa~~~ Selamat minum petang semuanya.... (^___^)
.
.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~