Wednesday, November 30, 2011

Tips Menjaga "Wiper" Kereta

Wiper~~Wiper~~Wiper~~~ Mesti kena tahu macam mana nak jaga tau.. Sebab tu adalah penyokong yang boleh dikira penting untuk keselamatan pemandu. Wiper yang dah pun mengeras maksudnya dah tiba masanya untuk ditukar baru, sebabnya nanti ia akan mencalarkan cermin kereta dan pembersihannya pun nampak kabur.


Apa yang menyebabkan Wiper rosak??

Cahaya matahari yang terik membuatkan suhu pada cermin kenderaan meningkat. Bila wiper dilampirkan pada cermin depan, haba kat cermin akan mengalir pada wiper. Secara umum kita tahu yang haba boleh merosakkan getah. Kesan perubahan suhu panas dan sejuk membuatkan getah kembang dan kempis serta akhirnya mengakibatkan kerosakan pada getah.

Selain haba, penggunaan cecair pembersih cermin seperti RainX pun boleh merosakkan wiper. RainX membuatkan cermin nampak bersih dan kalis air bila kita sapukan. Tetapi, bahan asas RainX adalah silikon, silikon akan melekat pada permukaan kaca dan sampai suatu masa, ia akan melekat pada getah dan mengurangkan keupayaan getah untuk membersih cermin.

Apa perlu dilakukan??

Ketika meletak kenderaa di tempat yang panas, angkat batang wiper dalam keadaan menegak supaya getah tidak nenyerap haba dari cermin. Untuk lebih mudah, letak kenderaan di tempat yang sejuk supaya tak perlu mengangkat batang wiper. Ini boleh membantu memanjangkan jangka hayat getah wiper dan mengelakkan getah dari perubahan drastik suhu secara berterusan.

Elakkan penggunaan bahan pembersih seperti RainX, sebaik-baiknya cari Wiper yang diperbuat daripada getah berkualiti. Sebelum menggunakan apa-apa larutan pembersih cermin, baca label dan pastikan bahan tersebut tidak merosakkan getah dan cermin kereta.
.
.

Tuesday, November 29, 2011

Cinta Beribu Lemon


Pada suatu petang... Sepasang kekasih sedang berbual kosong... 

Perempuan : Dear sayang kat saya tak???

Lelaki : Mestilah saya sayang... (^_^)

Perempuan : Dear sayang berapa banyak???

Lelaki : ??? ..... (-_-) dapat ke kira banyak mana??? (-_-)

Perempuan : Mestilah dapat... Beribu-ribu lemon ke...atau apa-apa je lah... (^_^)

Lelaki : Ohh~~ !! Tak boleh!!!

Perempuan : (T_T) Dear tak sayangkan saya ke??? =(

Lelaki : Mestilah sayang... (^_^)

Perempuan : Habis tu??? =(

Lelaki : 10 biji lemon je... (^_^)

Perempuan : (-________-) ok....
.
.

My First Salary

Gaji oh gaji... Macam seronok kan bila kita dah terima gaji pertama berkerja?? Hehehhe~~~ Seronok memang seronok, sebab 1st masuk tu biasanya besar dan banyak... Tapi kannn??? Bulan pertama kerja, mesti kita belum ada duit belanja lagi... Seperti biasa hulurkan tangan ringan kan beban dengan MAK... hehehhe~~~ Mak jugak yang jadi Along untuk pinjam wang saku... Heheheh~~~ Part pinjam meminjam ni la yang tak best... Hujung bulan, habis duit untuk bayarkan hutang jee... Haduiiii~~~ (-_-)

Baru je keluarkan dari bank dan sedia untuk diagihkan
Masuk je gaji bulan ni, dah panjang list apa yang perlu dibuat dan dibayar... Sedih menengoknyerrr... Hehehhe~~~ Bayar kereta, Renew Road Tax, Servis kereta dan tukar tayar belakang, Hutang Along (EMAK), bayar itu ini dan macam2 lagi... Hehhehe~~~ Normal la tu... Lumrah gaji pertama... (^_^)
Nasib baik la Si Myvi Putih saya tu pandai pilih tarikh lahir yee... Tau2 je dia nak birthday lepas gaji pertama saya masuk... Hehheheh~~~ (^_^)

Resit lepas bayar apa yang patut
Pandai kereta saya pilih tarikh lahir... (^_^)
Nyawaku... =)
Dah lepas habis semua hutang dan bersihkan duit dengan buat apa yang patut... Barulah lega hati... Dah takde fikir hal duit lagi... Harap2 bulan 12 ni bonus masuk penuh, supaya saya dapat langsaikan baki semua hutang saya dengan sesiapa yang berkenaan... Lepas langsai semuanya, barulah tenteram hidup dan duit yang kita belanjakan pun bersih dan berkat... (^_^) InsyaAllah...
.
.

Sunday, November 27, 2011

Twilight With Him

Seronok pulak nak tulis entry malam ni... (^_^) Sepanjang cuti minggu ni di habiskan dengan hari2 yang seronok dan bermakna... Bersama keluarga dan si dia... =) Dari hari jumaat sampai la sabtu iaitu semalam, saya habiskan masa bersama keluarga. Seperti yang saya tuliskan dalam entry yang sebelum ni, Santubong Resort dan Family... Hari ni pulak saya habiskan bersama si dia... Gembira sangat2... (^_^)
Pagi2 lagi kami dah keluar breakfast, minum pagi kat Old Town White Coffee... Nyum3~~~

Si Dia... =)
Dia makan nasi lemak supreme... =)
Saya tengah diet walaupun memang dah gemuk... heheheh~
Lepas minum, jalan2 pusing tengok sales yang sangat banyak kat The Spring... (-_-) Dia ada belikan satu gaun kecik dan comel untuk Alea, anak saudara dia yang berumur setahun lebih... Gaun merah berbunga putih tu comel sangat2... =)
Tapi sedeh la jugak, sebab saya tak boleh nak beli sesuka hati bulan ni.. Kebetulan sangat bulan ni Birthday kereta saya... 1 Disember 2011... Aduhaiii... Tak pe la... next month belanja la puas2 yerr... hehehehee~~~ (-_-)

RoadTax mati la pulak... (-_-)
Walaupun tak boleh shopping, tetap happy dan seronok... Jumpa ramai sangat orang yang dikenali hari ni... Jumpa Hafiz (MEMC), jumpa kawan sekampung dia dan banyaklah.... (^_^)
Malamnya pulak pergi tengok wayang... Termakbul jugak hajat nak tengok Twilight Breaking Dawn... Heheheh~~ Memang tak jemu tonton Twilight dan dah tak sabar nak tonton part 2... Duhhh~~ lamanya nak tunggu...

Dia buat muka macho tak nak begambar... Hehehehe~~~
Twilight Breaking Dawn... (^_^)
Happy sekarang memang la happy... Tapi saya tak mengharap untuk happy selama2nya... Sebab bagi saya agak mustahil untuk yang berlainan agama... Huhuhu~~~ Tawakal je laa...
Anyway... Be Happy untuk kamu semua... (^_^)
.
.

Saturday, November 26, 2011

Santubong Resort And Family

Hujung minggu ni dihabiskan bersama keluarga... (^_^) Seronok sangat... Kebetulan masa ni cuti sekolah dan cuti Awal Muharram, jadi tak risau la kalau penat hari isnin sebab memang public holiday... =) Kami tinggal di Santubong Resort 3 hari 2 malam bersama parent, adik beradik dan anak2 saudara... Agak ramai la jumlah kami, tapi tak kisah sebab kami tinggal dalam Suite yang besar... Jadi bebas macam dalam rumah sendiri... (^_^)

I Love My Family... =)
Bangun je pagi2, terus terjun dalam kolam renang sebab malas nak mandi dalam bilik air. Lagipun yang kecik2 awal pagi dah sibuk nak mandi kolam. Jadi, kami yang besar ni la tolong tengok2kan diorang... (^_^)

Jaga yang kecik2 mandi kolam... (^_^)
Panas dan surnburn (-_-)
Saya, adik2 dan baby fruit... (^_^)
Lepas mandi, memang kepenatan dan lapar... Saya dan adik2 pun dah tak larat nak jaga yang kecik2 ni... Buat je maggi dan lepas tu semua masuk tidur... Hehehehh~~~ Petang nanti boleh sambung balik aktiviti sampai ke malam... (^_^)

Malam pulak kami makan di Teo Seafood, tempat kedai tu kat dalam Kampung Buntal... Nyum3~~~ Makan sampai perut dah tak larat nak masuk... =) Actually nak pergi Beach Seafood, sebab hidangannya dalam kuantiti yang banyak dan lagi sedap. Tapi, malam tu banyak sangat bas pelancong yang datang, sampai dah tak ada tempat nak duduk... Hehehehe~~~



Menu malam ni kami order Sambal Sotong, Black Pepper Crab, Prawn Tom Yum, Mix Vegetable, Kangkung Belacan, Ochien, Salt Prawn dan Bawal Hitam Sweet and Sour... Semuanya sedappp... Nasib baik tak order dalam kuantiti yang banyak, sebab pernah dulu order ikut bilangan orang tapi tak habis makan... Jadi malam ni order sikit je... Itu pun perut pun dah tak larat lagi nak isi... Kenyang air sebenarnya.... Heheheh~~~

Muka Kenyang dan Blurrr... (-_-)

Dah habis makan dan semuanya... Terus balik dan tidooooo (-_-) Mengantuk... Esok boleh buat aktiviti lain pulak... heheheh~~~
.
.

Thursday, November 24, 2011

Ajar Aku Mendalami Islam...

Ya Allah... Itulah permintaannya dariku... Aku sendiri Jahil tentang agama Islam, bagaimana aku hendak mengajar orang lain pula untuk mendalami Islam??? Ya Allah.... Terus berlinang air mataku bila mengenangkan diri sendiri yang tak sempurna...


Sayang memang sayang, tapi halangan agama terlalu kuat... Dia sendiri sangat kuat dengan pegangan agama Kristiannya... Sebagai orang yang pernah menjadi penceramah Kristian bebas, sudah tentu kamu sendiri pun tahu betapa kuat asas agamanya... Kalau nak ditandingkan dengan aku yang................entah macam mana nak terangkan.. Ya Allah... Aku hanya mampu berdoa agar Engkau bukakan ruang pintu hatinya untuk mendalami Islam Ya Allah...

Katanya mungkin susah untuknya menerima Islam, jadi itulah sebab kenapa dia mohon bantuan untuk ditunjukkan bagaimana hendak mendalami agama Islam... Jawapanku??? ..................
Aku mohon agar dia bertanya dengan rakan2 rapat yang kuat asas agama Islam dan rakan2 sekampungnya yang pernah seagama dengannya yang kini dah ramai memeluk Islam. Selain itu, aku meminta supaya dia mendengar siaran radio IKIM (93.6).

Kalau tak silap....
Pada jam 6.30 pagi ada Tafsir Al-Quran yang banyak menceritakan pengajaran dan kisah perjuangan Nabi2 dan pada petangnya dalam jam 5 hingga 6 petang rancangan luahan dan pengalaman orang2 yang telah memeluk islam. 

Masa siaran tu agak tak pasti walaupun hari2 mendengar, sebab tak pernah terfikir nak pandang ke arah jam untuk mengetahui jam siaran... Hurmmm~~~ Sangat lalai....


Sebelum ni jugak, aku ada berikan buku bacaan santai yang ada terselit tentang Islam didalamnya, dan dia pun nampak berminat untuk membacanya... Alhamdulillah... Cuma masa membaca tak banyak disebabkan faktor masa berkerja... (-_-)

Aku tak tahu apa lagi yang harus aku lakukan untuk dia mendalami Islam... Kalau nak di ajak berjumpa Ustaz, mungkin belum masanya lagi... Aku hanya mampu berdoa agar dibuka pintu hatinya oleh Allah dan aku akan membantunya mendalami apa itu Islam... Aku percaya yang aku diperkenalkan kepadanya oleh Allah merupakan hidayah kepadaku supaya aku lebih mendekatkan diri kepada Allah..
Syukur Alhamdulillah....
.
.

Tuesday, November 22, 2011

Dinner yang Kekuningan... (^_^)

Kekuningan.... Hehehhe~~~ Betul ke tatabahasa??? tak sure laa... (^_^) Annual dinner SMK Padungan, tema diorang tahun ni warna kuning... Saya masuk sekolah ni last minit dapat tahu pasal Annual Dinner diorang... Jadiiiii~~~ Tak sempat nak sediakan baju berwarna kuning... Aduhhh~~~ (-_-) tak best nyerr... 

Sebahagian Guru-guru dan Staff SMK Padungan... Semuanya Vouge dan pakaian Mahalll gilerrr.... (-_-)
Tapikannn~~~ Memandangkan saya ni agak kreatif... Saya pakai je baju yang saya pernah pakai masa Dinner Retro Malam Perangkaan dulu... Ubah je sikit2, dah jadi dah... Hehhehe~~~

Kiri : Dinner SMK Padungan       Kanan : Malam Retro Perangkaan
Malam tu pakaian Cikgu2 dan staff semuanya cantik2... Macam mak datin pun ada... Ada sorang kakak ni, nama dia Kak Ros, saya suka sangat tengok baju dia... Baju kurung moden yang Kak Ros tempah harga dia hampir RM800... (o_o) Hanya mampu melihat je lah... kalau saya sendiri nak buat baju dengan harga tu, memang tak mampu lah... (^_^)

Baju Hitam : kak Norlia               Baju Kuning : Kak Ros
Makanan yang disediakan OK laaa... Chinese Style.... =) Berbaloi makan sebab meja kami tak penuh 10 orang dan ada yang tak boleh makan seafood.. Hehehhe~~~ (^_^) Makan sampai perut kembung malam tu... =)
Masa makan, ada di selang-selikan dengan acara nyanyian dari guru dan cabutan bertuah... Tak sabar2 nak tunggu hadiah sendiri... Hehehhe~~~

Menu untuk malam ni... (^_^)
Budak gelojoh makan... Heheheh~~~ (^_^)
Asparagus Crab Meat Soup
Thai Style Midin
Butter Prawn
BBQ Chicken
Nasi Goreng Udang
Fish Fillet Belacan Sauce
Longan Peach Syrup
Last Sekali, selepas makan.... Saya akhirnya dapat jugak hadiah cabutan bertuah... Hehehhe~~~ Dapat hamper makanan jerrr... Dari semalam lagi angan2 nak dapat hamper set container plastik, tapi orang lain yang dapat... hehhehe~~~ (^_^) tak pe la... Makanan pun Ok kan??? Hehheh~~~


Dinner habis dalam pukul 10 malam... Lepas tu terus balik rumah.... (^_^)
.
.

Thursday, November 17, 2011

McD dan Bapak yang Lucu... (^_^)

Malam ni pegi makan kat mcD sebab celebrate adik2 saya yang dapat result yang baik masa final exam lepas... Mak dah janji dengan diorang, jadi kena la tunaikan. Walaupun tak seberapa, tapi dah cukup bermakna sebab kami dapat berkumpul dan lepak sekeluarga... (^_^)

Saya dan adik2... =)
Nak tau apa yang lucu??? Hehehhe~~~ Tak tau la untuk korang benda ni lucu ke tidak. Tapi tadi kami tergelak macam nak terbalik je meja sebab dah tak terkawal... heheheh~~~ (^_^)
Tau tak Sos Dispenser kat mcD tu??? Kepala dia macam paip kan??? Terfikir tak orang akan buat sesuatu yang pelik kat situ??? heheheh~~~

Lebih kurang macam ni la Sos Dispenser mcD... =)
Tadi, tangan bapak saya kotor, jadi dia nak ke sinki cuci tangan. Dia tak jumpa pulak kat mana sinki, jadi ternampaklah Sos Dispenser tu kat tepi tangga... Dengan confidentnya bapak saya letak tangan kat bawah muncung sos dan tunggu air paip keluar... Sebab dia ingat tu macam paip automatik kat The Spring... Hehheeh~~~ Punya la malu bila dapat tahu tu paip sos dan bukan paip air... Terus tak jadi bapak nak cuci tangan dan balik ke meja semula... Hehheheh~~~ Kesian bapak... Actually bukannya tak pernah pergi ke mcD, tapi dulu2 mcD guna sos paket je. Mana ada guna paip macam sekarang.. Orang2 tua jarang pulak nak pergi ke tempat makan fast food, manalah dia tahu yang sos mcD dah guna paip... Jadi dia fikir memang tu la paip air... Memang kesian, tapi tergelak macam nak mampus bila tengok... heheheh~~~ Jahatnya saya dan adik2... (^_^)

Mak dan Bapak tersayang... (^_^)
Bapak bersama cucu2.... =)
Happy hour bersama family... =)
Tapi apapun memang seronok dan happy sangat bila bersama keluarga... Takde saat yang lebih indah dari saat bersama keluarga... (^_^)
.
.

Birthday Baby Fruit Ke-6 Tahun

Happy birthday Nana... Ni anak buah perempuan pertama saya, yang lain kebanyakkan lelaki... Semua macam spiderman... heheh~~ Umur Nana baru 6 tahun... Nama dia Farah Dayana, comel tapi takde gigi.. ehhehe~~~

Mamandangkan anak mak ni semuanya pemalas dan tak nak ke dapur... Jadi, semuanya express... Mee goreng main beli jerr, lepas tu ayam yang sepatutnya dipanggang, kami masuk je kat dalam microwave dan ada yang mak sendiri gorengkan... Tak jadi nak BBQ sebab semuanya pemalas... heheheh~~~ (^_^) Dan kek tu semestinya di beli... =)

Anak mak yang tau nak makan jerr, tapi masak tak nak... =)
Ayam panggang dah jadi Ayam Oven... Hehehehhe~~~
Ayam panggang dah jadi Ayam Goreng... Hik3~~~

Tengok mak... Akhirnya semuanya mak buat, dah jadi macam kes buli pulak... Heheheh~~~ Takdelah... Sayang kat mak... (^_^)  Bapak saya pun 2x5 je, tunggu je makanan siap kat depan TV dengan perut buncit... Heheheh~~~

Bapak yang duduk melepak tunggu makanan... Hehhehe~~~
Si Kecik Kiki main mee goreng yang di beli Si Usu...=)
 Setelah sekian lama menunggu makanan siap terhidang, barulah Nana dapat meniup lilin Birthday nya... heheheh~~~ Saya pulak tak sabar2 nak potong kek, sebab saya HANTU kek dan berebut jugak dengan Strawberry yang sebijik kat atas tu... hehehhe~~~ (^_^)

Nana tiupkan lilin 6 tahun
Kiki pun nak tiup jugak... =)
 Dah habis cerita dongeng untuk malam ni... Hehhehe~~~ Wassalam... (^_^)
.
.

PC Terpakai Untuk Dijual

Ni saya tolong abang saya promote PC dia... Dah pakai lebih kurang setahun dan ada 8 unit semuanya... (^_^)  Kalau berminat nak beli, boleh inform saya... =)

Spec A = 5 Units
  • Intel Dual Core E5200 2.5GHz
  • 2GB DDR2 RAM
  • G31 Motherboard
  • NVDIA GeForce 8400GS
  • 320GB SATA2 hard Disk
  • 19" LG Widescreen LCD

Spec B = 3 Units
  • Intel Dual Core E5200 2.5GHz
  • 1GB DDR2 RAM
  • G31 Motherboard
  • NVDIA GeForce 8400GS
  • 160GB SATA2 hard Disk
  • 19" LG Widescreen LCD

**Semua pembelian akan mendapat Mouse, Keyboard & USB Speaker secara percuma... (^_^)

Harga:
  • Spec A = RM850  (RM800 tanpa graphic card)
  • Spec B = RM750  (RM700 tanpa graphic card)

.
.

Wednesday, November 16, 2011

Si Puteh ku Sedih =(

Haduiii... Awal pagi lagi saya dah tensen2... Sebelum gerak ke tempat keja pagi tadi, saya singgah bank dulu sebab nak bayar kereta... Tapi, boleh pulak mesin tu reject payment... Hurmmm~~~ Memang padan la muka kena reject. Kereta tu dah 3 bulan tak bayar. Nak ke tak nak kena pergi kaunter RHB kalau nak bayar... Satu hal lagi nak pergi kaunter, nanti diorang mesti mintak payment untuk 2 bulan plus interest... Haduiii~~~ sakit kepala dohhh~~~

Berbaiklah dengan saya OKKKK!!! 
Actually bukan sengaja tak nak bayar. Tapi saya baru je tukar kerja baru, gaji tak masuk lagi... Macam mana la saya nak bayar??? Gaji tempat kerja lama pun masih tak masuk2 tau... Kalaulah saya ada gaji sekarang, dah lama saya bayar je kereta tu sekali gus.. Huhh~~~ Apalah nasib beberapa bulan ni... Hopefully next week gaji keluar, ringan sikit beban... Kalau tak?? Mampus laaa... Tadi pun buat loan dengan mak untuk bayar kereta ni sebab bank dah asyik call... Maaf la yerr Bank, saya bukan tak nak bayar kereta, tapi diorang yang tak nak bayar gaji saya... Uwwaaaaa~~~~ (T_T)

Doakan gaji saya keluar next week, walaupun agak mustahil untuk pekerjaan kerajaan terima gaji pada bulan pertama kerja... Wish for a miracle... (^_^) Wink!! Wink!!
.
.

Tuesday, November 15, 2011

Puyuh ku Bertelur pada 11.11.11 (^_^)

Hehehhe~~~ Happy sangat2 tau... Sebab burung puyuh yang saya dan Kiong pelihara dah bertelur... (^_^) Lama dah tunggu, mula2 ingatkan burung tu tak nak bertelur... Tapi akhirnya ada jugak walaupun cuma 3 biji untuk first time... heheheh~~~ (^_^) Saya beli anak burung puyuh tu pada 17.09.2011, kemudian mak dia call bagitau burung tu dah bertelur pada 11.11.2011... Cantiknya tarikh dia bertelur... heheheh~~~

Pasangan anak puyuh pertama kami beli pada 17 . 09. 2011
Pasangan ke-2 & ke-3 beli pada 02 . 10 . 2011
Telur puyuh pertama keluar pada 11 . 11 . 2011
Sekarang ni, dia sedang buat pengeraman secara manual, sebab tu lah ada mentol. Mak puyuh ni tak nak mengeram telur dia... Harap2 telur puyuh ni akan menetas dalam masa lebih kurang 17 hari... Amin... Tak sabar nak tengok anak2 dia yang comel... (^_^)
.
.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~