Friday, December 30, 2011

Juicy Prosperity Burger

McValue Lunch... Lai~~ Lai~~ Lai~~ Hehehe~~~ Lunch dengan Kak Ramziyah hari ni... Terkejar-kejar dengan Prosperity Burger... Dah berapa lama Prosperity Burger keluar, baru hari ni dapat makan... Nasib baik sempat... Kalau tak, kempunan telur ikan temakul... Heheheh~~~ (^_^)

Prosperity Burger dan Kak Ramziyah
Sodappp betul kan?? Daging nya yang juicy ditambah dengan sos lada hitam... Wahhh~~~ Nyum3~~~ (^_^) Kak Ramziyah makan lebih awal, tapi memandangkan saya ni pelahap, saya jugak yang habis dulu dan menunggu kak Ramziyah habis makan... Hahahah~~~

Nyum3~~~ Sayang pulak nak habiskan last bite... Heheheh~~~ (^_^)
 .

Grilled Burger Hunter

Memburu Grilled Burger yang sodap.... Nyum3~~~ Besar, gemuk dan mengenyangkan. Sedap tak??? (^_^) Saya dan adik buat survey gerai mana yang sedap... Tapi tak semua la... Cuma try 3 tempat terhangat yang banyak orang recommend wajib makan... Diorang kata sedap sangat, tu la nak tengok sendiri apa yang sedapnya tu... (^_^)

★★ Bintang
Gerai pertama... Gerai depan Sekolah Cik Buyong, area Kampung Lintang... 
Burger dia agak kering dan nipis... Daging dia hanyir sikit, tak tau la lidah saya je yang rasa atau orang lain pun sama. Rasa ok la, boleh tahan, cuma daging je tak berapa... 


Cik Buyong Grilled Burger

★★★★ Bintang
Gerai kedua... Astana Grilled Burger... Lokasi kat tepi Jalan nak pergi ke Kampung Astana... 
Burger dia Juicy dan tebal... Tapi, tetap ada rasa hanyir sikit, tak tau la kenapa dengan lidah saya ni. Mungkin sebab Juicy tu buatkan daging dia hanyir... Tapi memang sedap... (^_^) Selain tu ada menu sampingan, Grilled Hotdog... Lebih kurang rasa macam Coney Hot Dog jugak... Sedap... Nyum3~~~


Astana Hot Dog
Astana Grilled Burger

★★★★ Bintang
Gerai terakhir... Burger DuakBelas a.k.a Burger Choo-bi atau Chii-bi... Bunyi dah macam Chibi Maruko Chan pulak... heheheh~~ Lokasi kat tepi jalan Kampung Ajibah Abol
 Kedai ni yang nampak paling simple... Macam stall burger biasa je kalau tengok dari tepi jalan... Burger dia tebal, cukup masak dan tak kering. Daging dia langsung tak rasa hanyir dan betul-betul sedap... (^_^) Daging dia just nice... Tak kering, tak lembab, tak nipis, tak hanyir... Nyum3~~~ (^_^) Cuma sos je agak tak melimpah macam burger2 lain... Hehehhe~~  =)


Burger Gemok

Dah makan 3 Burger Grilled yang Top 3... Jadi, rasanya yang paling sedap ialah Burger Gemok, kedua Burger Astana dan ketiga Burger Cik Buyong... (^_^)



Jadi....Selamat makan burger.... =) Syok makan burger sambil tengok cerita Shaun the Sheep dan Jus Nanas.... Hehehhe~~~
.

Lepak Satay Kajang

Lepak kat Gerai Makan kat Satay Kajang ni sambungan dari entry "Takde Plan Nak Keluar"... Kat hujung entry kami pegi makan-makan, tapi tak nak campur pasal gerai makan kat dalam entry tu, sebab kalau bab-bab makan ni kena masuk dalam entry khas... Hehhehe~~~ 

So... Ini lah dia Gerai Satay Kajang, Lokasi gerai ni kat area Kampung Ajibah Abol (Kampung Nombor) ataupun Jalan Dagok... Suasana gerai ni biasa-biasa je... Specialnya kat sini adalah satay dia... Sedap dan Lembut... Nyum3~~~ Saiz pun boleh tahan, takde la kecik sangat macam kedai biasa... (^_^)

Satay Kajang Kampung Nombor

Menu dia pun Ok jugak kan??? Tak mahal... harga makanan sesuai la dengan jenis gerai dan lokasi... Kami order benda wajib kat sini, Satay... (^_^) Lain-lain tu mee... Secara jujurnya, rasa minuman agak kurang...
Pertama, saya dah frust dengan air... Air dia rasa macam tak sampai... Order lemon peng, tapi masam lemon takde... Sekeping je lemon, sebab tu rasa tak sampai kot... Hurmmm~~~ Takpe, ni first time datang...


Rasa satay memang kami puas hati... Sebab daging lembut dan sedap... (^_^) Boleh tahan... Tapi masih tak dapat lawan kuah satay yang di jual kat kantin MBKS... Kalau nak tau macam mana rasa kuah satay dia, datanglah sarapan kat kantin MBKS... Sebab satay ada jual pagi je untuk menu sarapan... Serius saya kata sedap... (^_^)

Satay Ayam... (^_^)
Kalau bab makanan OK laaa... Cuma memandangkan badan saya ni agak besar dan kuantiti yang kena masuk pun kena banyak, jadi saya rasa kuantiti makanan dia dalam pinggan tu agak sikit, sebab saya tak kenyang bila makan... (^_^) Hehhehe~~~ Pelahap... Nak kata apa la kan??? Hahhaha~~~


Walaubagaimana pun... Sambal cili kat sini sedap, itu yang buka balik selera saya masa makan... Hehhehe~~~ Nyum3~~~ Jemput makan... (^_^)
.

Thursday, December 29, 2011

Takde Plan nak Keluar

Hari ni keluar takde rancang apa-apa pun... Tetiba je petang Firdaus mesej tanya saya dan Kak Ramziyah free tak dan ajak keluar jalan-jalan... Memandangkan saya memang takde nak buat apa kalau balik rumah, kitorang pun setuju nak keluar petang tu... (^_^)

Rancang jumpa kat The Spring pukul 4 petang... Mula-mula semangat je kata nak tengok wayang, tapi langsung takde cerita best yang nak di tonton... Huhuhu~~ Tengah jalan-jalan, ternampak satu deretan kedai baru kat situ, rasanya sebelum ni takde kot... Kedai Game Token... hehheheh~~~ (^_^) Syok je kami main token... Firdaus tukang main, Kak Ramziyah ambil gula-gula, Saya sendiri tengok dan mintak anak patung yang dapat... Hehhehe~~~

Big Sweet Land Game... =)
Firdaus, saya dan Kak Ramziyah... (^_^)
Lepas main-main kat Game House The Spring, kami terus ke Boulevard. Saja je jalan-jalan tak tau nak buat ape... Hehhehe~~~ Sebelum ni saya pernah nampak gerai jual Doughnut Chocolate Fountain, tapi tak pernah nak beli sebab tak tau sedap ke tak... Tapi hari ni saya dah rasa, Firdaus yang belikan untuk kami bertiga... Sedap jugak rupanya... Ayat trademark, "Barang free nang nyaman"... Hhahahah~~~

Sedap jugak Donut Chocolate Fountain ni... =)
Jalan-jalan makan donut... =)
Jalan-jalan kat dalam boulevard betul-betul buat kaki saya penat... Bukan beli apa pun, saja je nak menyemak ruang... Hehhehe~~~ Jalan pun jalan jugak, surau jangan lupa... Hehheh~~~ Singgah solat maghrib dulu, lepas tu terus gerak pergi makan sebab lapar gilerr... Saya dari balik kerja tadi tak makan2 lagi... (^_^) Diorang ajak pergi makan di Satay Kajang, di Kampung Ajibah Abol... Sedap la jugak kat situ... Boleh tahan... (^_^) Lepas makan, singgah beli Grilled Burger dan terpaksa balik terus sebab mak Kak Ramziyah dah call... Hehhehe~~~ Anak dara mana boleh pulang lewat... (^_^)

Light Stick beli kat Boulevard tadi.. =)
Seronok jugak keluar macam ni, takde plan langsung nak jalan-jalan, tapi tetap enjoy... Kadang-kadang kalau kita rancang lebih-lebih belum tentu lagi menjadi kan??? Macam ni lagi seronok, mana rasa nak pergi, pergi la... Tak payah rancang-rancang... (^_^) Tapi...yang sedihnya, masa balik baru saya perasan Santa Claus yang saya dapat dari token tadi dah hilang dari beg, tak tau mana pulak dia jatuh... (-_-) Sedih betul... Nasib baik sempat bergambar dengan dia.. Hehhehe~~~
Wassalam....
.

Wednesday, December 28, 2011

Isi Perut di Atok Kopitiam

 

Ini dia Kopitiam padungan... Atok Kopitiam... Tempat dia kat area padungan, belakang HSBC bank, area Travillion untuk yang kaki clubbing... (^_^) Senang je nak carik..


Saya baru je tahu tempat makan ni, tu pun sebab kakak sama kerja yang bawa pergi sini. Kalau tak kerana kerja di kawasan ni, rasanya saya pun tak tau kot... (^_^) Suasana dalam kedai ni pun menarik dan selesa, boleh dikatakan nampak antik la... Nampak lebih kurang macam Old Town, Ipoh Town dan Kaya Toast... (^_^)

Ini la kakak yang suka bawa kami Jalan-jalan cari makan... Kak Norlia... Hehheheh~~~ Kalau ada tempat baru yang saya tau, Kak Norlia la yang ajak... Kehkehkeh~~~ (^_^)


Lupa nak bagitau, ada wifi jugak tau... Hehehhe~~~ Buka dari 7.30pagi - 10.30malam... Ni waktu perniagaan terbaru rasanya, sebab sebelum ni sampai 6.30 petang je... Jadi boleh la datang makan malam jugak... (^_^)



Harga makanan pun boleh tahan jugak... Tak la mahal sangat dan tak la murah sangat... Sedang-sedang je... Tapi yang pasti masakan kat sini semuanya SEDAP-SEDAP... (^_^) Harga air je yang saya rasa mahal sikit... Cuba tengok kat bawah ni kalau korang nampak... Hehhehe~~~


Tapi setakat ni, yang lain-lain memang best termasuk servis diorang yang Superb Cepat... Kalau saya datang sini, saya suka makan Nasi Lemak Sambal Sotong atau Bihun Goreng Seafood... Sedap... Nyum3~~~ (^_^)
.

Tuesday, December 27, 2011

My Dream Wedding... Butterfly...

Perkahwinan Impian.... Butterfly Wedding... Comel kan rama-rama??? Perkahwinan impian saya berkonsepkan rama-rama... Simple tapi cantik... (^_^)


Agaknya macam mana Wedding Dress Butterfly yang saya nak???  
Baju tu la yang akan membuatkan pengantin nampak lebih anggun...Kalau kahwin nanti, saya nak pakai tudung. Walaupun bertudung, masih boleh pakai dress cantik-cantik dan comel... (^_^) Saya nak dress yang penuh dengan rama-rama macam ni... (^_^)
 

Untuk melengkapkan Dress yang dah cantik, kena ada bunga tangan... Saya sangat sukakan bunga kemboja... Tapi apa boleh buat takde dress bunga kemboja... Bunga tangan je jadi la... Hehehhe~~~ Cantik sangat-sangat kalau Bunga Tangan tu diperbuat dari Bunga Kemboja Hidup... (^_^)


Dress Butterfly dan Bunga Tangan dah ada... Sekarang ni kasut pulak... Saya nak kasut rama-rama jugak.... Nampak ayu je bila ada rama-rama di kaki... (^_^)


Kalau dah ada Pakaian dan Pengantin, mestilah ada pelamin untuk tepung tawar pengantin... (^_^) Kalau saya kahwin, saya tak nak buat besar-besaran... Cukup sekadar akad nikah dan majlis doa selamat bersama keluarga terdekat... Saya tak minat majlis besar-besar walaupun orang kata perkahwinan cuma sekali seumur hidup... (^_^) Kalau nak kenangan, ambil la gambar banyak2... Hehhehe~~~ Tak salah walaupun kita buat majlis kecik-kecik, tapi pakai pakaian cantik-cantik untuk menyambut tetamu dan bergambar, betul tak?? Jadi kita cuma perlukan Pelamin Kecik, Elegan dan Comel... (^_^) Saya suka sangat bila tengok pelamin ni masa online, tapi takde pulak jumpa pelamin rama-rama...


Kalau dah bersanding, tak lengkap kalau takde cincin perkahwinan... Cincin perkahwinan tentulah saya nak ada rama-rama comel kat atas tu... Walaupun ada orang kata Cincin Rama-rama macam cincin mainan dan kebudak-budakan, tapi itulah yang saya nak satu hari nanti... Saya akan tempah cincin macam ni... (^_^)


Malam sebelumnya...mesti ada malam berinaikan??? Inai yang saya impikan pun nak rama-rama jugak... Inai Rama-rama lebih kurang macam ni la... Tapi kalau ada yang lebih cantik nanti, saya akan pilih yang lagi cantik... Hehehhe~~~


Perkara paling last sekali dalam sesuatu majlis... Tentulah potong kek... (^_^) Saya nak Kek Rama-rama jugak... Kalau biasanya kek kahwin sampai 3 ke 4 tingkat, saya nak satu tingkat je... Hehehehe~~~ Rasanya kek tak perlu kot... Tapi kalau saya teringin pun, saya nak setingkat je... (^_^)


Rasanya saya dah dapat imagine macam mana majlis perkahwinan saya nanti... Serba sederhana tapi nampak comel... Pengantin bertepung tawar pakai Wedding Dress Butterfly, Duduk bersimpuh di atas pelamin dan Potong kek sambil duduk... (^_^) Hehehhe~~~ 
Nampak comel dan macam majlis kahwin pondok-pondok pulak... Tapi itu la yang saya nak... Merealisasikan impian berkahwin seperti dizaman kanak-kanak bertemakan rama-rama dan bunga kemboja... (^_^) Amin~~~ Semoga dimakbulkan Allah~~~
.

Masalah ke Kalau Kahwin Awal???


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Itu tanggapan yang salah... Sepatutnya, kahwin awal memberi kita semangat yang membara. Sebab dah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita mesti la lagi semangat nak belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Kalau masih belajar dan belum bekerja, macam mana nak bagi nafkah?

Ada diantara kita yang masih belajar dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa dan orang yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Maksudnya dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami bagilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri pun ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. 
Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam perkahwinan? Akad nikah dan walimatul urus... Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
 
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin lah. 
Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin lah. 
Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin lah. 
Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)


5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Tanya dulu soalan asas ni...
Sudahkah kita solat penuh 5 kali sehari semalam? 
Bertanggung jawabkah kita? 
Adakah kita panas baran atau penyabar? 
Adakah kita seorang yang bercakap menggunakan akal di kepala atau akal di lutut? 
Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapannya, sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. 

Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Inilah faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
.

Monday, December 26, 2011

Holiday di Sematan & Krismas

Baru nak berangkat dari rumah... (^_^)
Si Driver Sibuk je nak begambar... Heheheh~~~
Wahhh~~~ Best sangat2 Holiday minggu ni... Kami sekeluarga bermalam di Holiday Chalet Sematan 3 hari 2 malam... Seronok sangat... Sambil bercuti, kami boleh berjalan krismas kat rumah Dia sebab dia tinggal di Sematan... (^_^)

Selamat datang ke Sematan... (^_^)
Rumah sebelah kiri tu Chalet kami... (^_^)
Masa hari pertama sampai, cuaca baik sangat2...  Anak-anak buah dapat mandi di pantai sampai diorang hitam berkilat... hehehe~~~ Tapi, cuaca pada hari ke 2 tak berapa baik... Hujan turun tak henti2 dari pagi sampai ke malam, kampung di Sematan dan pasar Lundu banjir dengan air laut yang bercampur hujan lebat... Masa tengok banjir, lupa pulak nak ambil gambar sebab tengah blurr bila tengok banjir... Macam tak pernah tengok pulak... Tapi memang jarang tengok pun... Heheheh~~~

Cuaca sangat baik pada hari pertama... =)
Kolam renang depan bilik je... (^_^)
Bila cuaca tak berapa baik, nak pergi mana2 pun payah... Kereta semua kena parking jauh dari pantai sebab ombak dah naik macam Tsunami... Pagar besar kat kawasan Chalet pun roboh sebab ombak yang kuat dah naik menghampiri Chalet... Seram jugak bila masa-masa camni kami berada kat kawasan pantai... Tawakal je la bila dah keadaan macam tu, nak lari kemana-mana pun tak boleh. Jalan besar utama untuk balik ke kuching dah tenggelam dalam banjir... Nasib baik takde apa yang berlaku...

Keesokkan harinya, bila hujan dah turun macam biasa dan takde ribut lagi, kami semua main hujan di pantai dan berenang di kolam dari pagi sampai ke petang... Ambil peluang berendam puas2 bila takde matahari dan tak akan SunBurn... hehehe~~~ (^_^)

Sambil bercuti... Kami sempat jalan2 krismas kat rumah Dia dan kawan adik saya... (^_^) Rupa-rupanya, masa perayaan krismas pun ada hidangkan kek dan biskut. Saya ingatkan hari raya je ada macam tu... Bila balik dari rumah Dia, macam2 buah tangan yang kami dapat... Buah kelapa muda 7 biji, Nanas Besar 5 biji, Asam mempelam sebeg besar, Buah Tembikai dan telur puyuh yang kami pelihara... (^_^)

Buah nanas tinggal satu je sebab dah dimakan, tembikai pulak terus potong bila sampai rumah.. (^_^)
Holiday ni la betul2 enjoy walaupun hari hujan dan ribut kat laut... Sambil holiday, dapat ziarah krismas sekali... Kita kan satu Malaysia... (^_^)
.

Wednesday, December 21, 2011

Samsung Corby II

Merry Christmas... Ho..Ho...Ho... (^_^) 


19.12.2011 dia tukar handphone baru... Sempena Krismas kot... Samsung Corby II warna putih... Comel jerr... Sebab sebelum ni tengok dia pakai handphone Nokia lama... Nokia 6020 kot... tapi rupa dia macam ni la... hehehe~~


Bila tengok orang pakai HP baru, saya pun nak jugak... Tapi...Saya tak inginkan Handphone... Tak lama lagi birthday saya... Kurang dari sebulan... 5 Januari 2012... Heheheh~~~ Apa agaknya yang saya inginkan???


Actually, saya cuma inginkan dia mengingati tarikh tu dan jadi orang yang pertama bagi ucapan hari lahir untuk saya... Selain tu, saya ingin jugak nak rasa surprise macam orang lain... Saya sendiri tak pasti surprise macam mana yang saya nak... Tapi saya betul2 inginkan surprise... Tak perlulah mahal, cukup sekadar dapat membuatkan saya terkejut dan terharu... Hurrrmmmm~~

Maybe... Saya nak Couple Ring Silver... 3 Kuntum Bunga Ros Merah... Cheese Cake...  Wahhh~~~ Romantik... Ehehehehhh~~~ Sekarang dah tak ada cincin lagi, kosong je jari, tapi leceh nak beli baru... Hurmmm~~~ Entahhhh~~~


Rose 3 Kuntum
Couple Ring Slver
Saya cuma nak cincin silver, sebab emas cuma masa kahwin baru saya nak pakai.... (^_^) Lepas tu nak bunga Rose 3 kuntum, sebab 3 kuntum tu comel, kalau banyak2 tak suka...dah macam bunga konvo pulak... heheheh~~~

Keinginan lain, saya tak tau.... Nanti saya sebut sport car, i-Phone dan lain-lain baru tau... Hahhahaha~~~ Tak la... Benda camtu saya lebih minat beli sendiri, sebab titik peluh sendiri lebih berharga... (^_^)
.
.

Tuesday, December 20, 2011

Makan-makan Perpisahan MEMC

Salam semuanya... (^_^) 18 Disember 2011... Majlis makan-makan untuk semua staff MEMC (Syif B, Section Cleaning)... Sempena perpisahan untuk yang VSS dan berhenti kerja... Saya pun menyelit sekali pergi walaupun dah 2 bulan saya berhenti dari MEMC, itu pun sebab Kiong yang ajak... (^_^)

Gambar-gambar ni agak tak jelas, sebab saya copy dari FB kawan. Nak mintak softcopy dari dia sendiri tak tahu la bila, sebab kami dah tak jumpa... Nasib ada FB, ada jugak la gambar kenang-kenangan... (^_^)

3 buah meja memanjang... (^_^)

Malam tu, bekas bos (M.E) yang belanja kami semua... Alaaa~~~ gaji dia besar kott... Tak ruak la kalau sesekali belanja staff dia makan besar macam tu, 3 buah meja jeerr... Hehehehee~~~ (^_^) Murah rezeki dia kalau dia tak lokek macam tu... =)

Ex-Bos... Mr. Fong... (^_^)
Saya dan Kiong la yang paling awal datang, sebab dah tak tau mana lagi nak pergi lepas jalan2 petang tu... Bila sampai je situ, kedai baru buka... Kuang3~~~ Jadi tunggu la yang lain datang... (^_^)

Budak paling awal datang... Hahahha~~
Malam tu... Tak tau sapa dan tak pasti siapa yang sponser kek, sedap... Ice-cream kek... Orang dah belikan, makan je laaaa... Hehehheeh~~~ Ada jugak hadiah untuk yang VSS, ada 6 orang semuanya, tapi saya tak pasti siapa yang VSS sebab ada jugak yang nak berhenti sendiri... =)

Ice-cream cake... (^_^)
Geng keras syif B... (^_^)
Kami semua... Syif B, Section Cleaning...
Tak tau sapa yang masak, tapi nampak sedap.. hehhee~~~
.
.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~