Thursday, December 27, 2012

Lesen Memandu OKU... Part 2

Assalamualaikum... Ni adalah dari sambungan dari Lesen Memandu OKU Part 1.... Sekarang ni tengah pening macam mana nak cari Jurubahasa Isyarat dari Jabatan Kebajikan untuk orang bisu yang tak pernah belajar bahasa isyarat... Kalau dari kalangan family senang kot, sebab membesar dari kecik dan faham bahasa diorang. Takpe, usaha carik dulu sebab Table Test 3 Januari 2013, sempat lagi nak cari... =)

LANGKAH KEDUA

Hari seterusnya, bersama abang ipar dan En.Suami, kami berangkat lebih awal dari sematan. Jam 4.30 pagi kami dah berangkat dari Sematan-Kuching dan terus ke pejabat masing-masing.

Perjalanan pertama, 8.30 pagi - Kami sambung uruskan balik hal lesen dan mintak kebenaran bos dulu sebelum nak keluar. Kami pergi ke pusat belajar memandu semula untuk ambil Slip Kehadiran KPP sebagai bukti telah menghadiri kursus 4 jam. Slip tu macam gambar kat bawah ni...


Perjalanan kedua, 9.00 pagi - Lepas dapat Slip KPP, pergi JPJ (Jabatan Pengankutan Jalan) dan bawa sekali BORANG PERMOHONAN UJIAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA LISAN BAGI CALON BUTA HURUF yang telah disahkan oleh ketua kampung, untuk disahkan pula oleh Pegawai JPJ.

Di JPJ, dapatkan borang PEMERIKSAAN KESIHATAN bagi PERMOHONAN LESEN MEMANDU ORANG KURANG UPAYA macam dalam gambar kat bawah ni.


Perjalanan ketiga, 11.30 pagi - Selepas borang disahkan dan dah dapatkan borang pemeriksaan kesihatan, pergi ke POLIKLINIK kerajaan untuk buat pemeriksaan kesihatan dan suruh doktor isi borang tadi.

Kami dah buang banyak masa sebab kami pergi ke poliklinik tanpa bawa borang, jadi terpaksa balik semula ke JPJ untuk ambil borang dan datang semula ke poliklinik. Dalam sejam jugak masak terbuang untuk perjalanan yang sia-sia tu.

Perjalanan keempat, 2.30 petang - Selesai buat pemeriksaan kesihatan, balik semula ke JPJ untuk hantar laporan kesihatan dan dapatkan surat pengesahan rasmi yang dikeluarkan oleh JPJ. Sepatutnya surat KEBENARAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU tu kena tunggu beberapa hari. Tapi syukur Allah memudahkan urusan kami, lebih kurang 30minit surat tu dah siap... Alhamdulillah... Surat tu macam dalam gambar bawah ni...


SELEPAS keluarnya surat rasmi tu, barulah dapat booking Table Test untuk abang ipar saya.... Dalam pukul 4 petang barulah urusan hari ini selesai dan dia berangkat balik semula ke Sematan... Penat Owwwww~~~

TAPI~~~~~ Urusan kami bukan berakhir kat sini... Dalam surat rasmi tu cakap macam kat bawah ni pulak....


Jadi, lepas ni saya dan En.Suami kena cari juru bahasa dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk abang ipar saya menduduki Table Test... Tarikh untuk table test adalah 3 Januari 2013... InsyaAllah kami akan cuba cari secepat mungkin.... Apa langkah seterusnya??? Nanti saya share lagi... InsyaAllah... (^_^)

Lesen Memandu OKU... Part 1

Assalamualaikum.... Kalau takde ahli keluarga OKU, memang tak akan merasa macam mana nak buat lesen memandu kenderaan untuk golongan OKU ni. Saya sendiri baru merasa betapa payah dan susahnya nak proses dan buat. Tahap kesabaran dan usaha tu kena tinggi, sebab kalau tak memang akan stop je tengah jalan... Tapi Alhamdulillah kami dan lepas jauh dan dah lepas banyak proses...

Abang ipar saya ni pekak dan bisu, tapi bukan sejak lahir. En. Suami kata disebabkan demam panas sewaktu kecil... Jadi sekarang saya dengan En.Suami berusaha untuk bantu dia buatkan lesen memandu kereta dan motosikal. Kesian kat dia dan lagipun dia satu-satunya yang tinggal di kampung jaga mak dan bapak mertua saya. Jadi lesen memandu amat penting bagi dia untuk hal kecemasan.

Tentang proses nak buat??? memang leceh dan memenatkan... kena banyakkan bersabar dan kuatkan iman tu... Tak boleh nak marah-marah, itu yang penting... 

LANGKAH PERTAMA

Kami berangkat dari Sematan jam 6 pagi sebab nak kena sampai awal ke Kuching... Kalau ikut proses, kena datang ke pusat belajar memandu pusat... Kalau di kuching Sarawak, pusat dia adalah MKM kat Batu 7. Datang kat situ dan ambil BORANG PERMOHONAN UJIAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA LISAN BAGI CALON BUTA HURUF... Borang tu macam gambar kat bawah ni...


Lepas ambil borang tu, Daftar dan masuk kelas KPP (Kursus Pendidikan Pemandu) selama 4jam dan ujian buta warna sekali dalam kelas tu. Alhamdulillah walaupun dia tak pernah sekolah, tapi dia boleh buat ujian buta warna dan jawab soalan tu.. Syukur.. Lulus langkah pertama...

Sepanjang kelas tu memang dugaan... Saya dan En.Suami tunggu di luar dari jam 8.30 pagi sampai la 4 petang... Kami tak berani nak kemana-mana sebab abang ipar saya bisu, kalau dia nak apa-apa, orang lain tak akan faham bahasa dia. Jadi kami kena tunggu sampai la kursus tamat... Berbelang jugak kaki saya leps balik ke rumah... =)

Selepas tamat Kursus tu, kami kena terus balik ke kampung, sebab dalam borang kat atas tadi ada bahagian yang mesti di cop oleh ketua kampung macam dalam gambar kat bawah ni... Hurmmm~~~ Jauh perjalanan kami...



Apa langkah seterusnya??? Nanti saya share lagi... InsyaAllah... (^_^)

Friday, December 21, 2012

Durian Kuning Gemuk

Assalamualaikum... Memberi salam dah dapat 70 kali kebaikan dari para malaikat... (^_^) Hari ni jumaat, hari yang paling seronok sebab esok dah cuti dan bolehlah berbahagia balik ke kampung... Seronok macam la kampung sendiri, padahal kampung En.Suami... Heheheh~~~ (^_^)

Actually nak cerita pasal durian kuning gemuk. Semalam En.Suami balik kerja dengan surprisenya. Hari-hari ada surprise, semalam dia surprise durian. Dia dapat dari booth makan durian percuma di tempat kerja... Hehhehe~~~ Rezekiii~~~

Surprise EN.Suami hari ni... =)
Kalau dah berkampung di Sematan, of course la kami ni selalu makan durin Sematan. Lain tempat, lain rupa durian nya kan??? Kami jarang nak makan durian dari tempat lain sebab En.Suami ada pokok sendiri di sematan. Jadi, nak dijadikan cerita, semalam En.Suami bawa durian dari Sebuyau. Baru lah saya tau yang sebuyau rupanya ada durian, tak pernah dengar pun... Hhehehe~~~

Durian sebuyau ni pelik sebab isinya besar, seulas sampai sebesar tapak tangan, rupa isinya pulak macam banyak gelembung gas. Bila picit jadi kecik dan hancur macam fresh cream.... Hurmmm~~~ Macam dongeng pulak. Tak tau macam mana nak describe sebab isi dia pelik. Macam span kot... Tapi sedap la jugak...

Durian sebesar tapak tangan
Kalau durian sematan lain isinya, isi dia kecik-kecik dan isi padat.... Saya lebih suka durian sematan sebab lambat muak dan boleh makan banyak-banyak... (^^,) Bila makan durian sebuyau tu 2 ulas je dah kenyang dan tak dapat nak masukkan nasi lagi.

Makan malam dengan Mr.Durian... =)

Saya makan nasi memang sejemput, tapi yang sejemput tu pun dah tak masuk sebab kekenyangan durian... Hehhehe~~~ Ehemmm~~~ Jangan kata rumah kami takde meja, OK... Ada meja kat dapur, tapi saya ni lebih suka duduk makan atas lantai sambil menghadap TV masa makan. Dapur takde TV, ni la jadinya... (^^,) En.Suami pun redha je la dengan Isterinya ni... Lauk pun macam masakan bujang, sebab tinggal berdua je... So, masak simple je laa... Tapi ni bukan saya masak, saya tapau dari rumah mak petang tadi masa singgah... heheheh~~~.. (^_^) Kalau nak sedap-sedap tu tunggu masak hujung minggu... (^_^)

Jemput makan.... =)

Wednesday, December 19, 2012

Azam 2012 Success... 2013???

Assalamualaikum... Dalam tak sedar dah nak habis 2012...kurang dari setengah bulan je lagi... Cepat masa berlalu dan banyak perkara pahit dan manis dah berlaku pada saya dalam tahun ni... Ada sesetengah nya saya ada ceritakan dalam blog dan ada yang disimpan sendiri... Apa yang telah berlaku dalam tahun ni, tak kira pahit atau manis, kita kena bersyukur sebab pengalaman itulah yang mengajar kita erti kehidupan dan menjadikan kita lebih matang menghadapi hari-hari yang mendatang.



Azam 2012... Success ke tak??? Biasanya jarang orang dapat mensuccesskan azam termasuklah saya sendiri... Tapi Alhamdulillah, azam saya 2012 hampir sempurna walaupun bukan 100%... (^_^) KLIK >>Azam 2012<<

Apa azam saya 2012 yang saya berjaya buat???

•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸ 
  • Nak jadi "Baik" sedikit, supaya saya sendiri boleh membimbing dia menjadi "Baik"... "Baik" tu ada maksud tersendiri dan itulah niat saya yang pertama.
  • Alhamdulillah untuk perubahan sekarang dan InsyaAllah akal kekal dan bertambah baik atas bimbingan En.Suami.
  • Nak kekalkan berat badan atau kurangkan adalah lebih baik... Saya tak nak 2012 jadi lebih BESAR... Target adalah 65kg dan kebawah... hehehhe~~~
  • Dah lebih dari target sebab berat sekarang 63-64kg.
  • Bijak mengatur kewangan dan dah tak boleh boros lagi... Mesti simpan gaji setiap bulan... Hujung tahun paling sikit dalam simpanan mesti ada RM1200... Hehehhe~~~ Sikit je target tu, kalau tak boleh jugak, memang hampehhhh... (~_~)
  • Cun mengikut target sebab main kutu dengan rakan pejabat dan dapat kutip RM1200 setahun. 
  • Kurangkan panas baran dan sifat terlalu negatif kat orang lain...
  • Alhamdulillah baran dah banyak kurang walaupun masih ada saki baki sikit. Dah kawen ni tak boleh asyik nak baran, kena hormat dan jaga hati Suami.
•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸ 
::: AZAM 2012 TERCAPAI:::

Alhamdulillah.... Azam 2012 terlaksana dengan jayanya atas usaha sendiri dan bantuan En.Suami. Sepatutnya dalam azam 2012 kena masukkan nak ♥•.¸¸.•♥Kahwin Pada 2012♥•.¸¸.•♥ ... Tapi masa tu tak fikir pun nak kahwin, tup-tup tengok rezeki kahwin datang 2012. Alhamdulillah sekali lagi sebab tamatnya zaman bujang saya pada 2012...

Banyak perkara dah Settle dalam tahun ni... Perkara yang selesai tanpa dirancang dan sesetengahnya tak pernah fikir pun akan berlaku. Antaranya adalah...
  1. Saya dah ada simpanan ASB untuk masa depan sebanyak RM30000. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti nak tambah lagi...
  2. Terjadi satu perkara besar yang menyedarkan saya bahawa kekerasan tak menyelesaikan masalah, malah mengundang masalah besar yang lain. TQ kepada perempuan yang  korbankan dirinya itu...
  3. Lelaki yang dahulunya Kristian dan amat saya sayangi dah pun memeluk agama Islam pada 29 Jun 2013, Jam 3.15petang...
  4. Tamatnya zaman bujang saya pada 19 Julai 2012 dengan En.Suami yang saya kenal pada 19 Julai 2011. Alhamdulillah...
  5. Berhari raya buat pertama kalinya bergelar Isteri dan ditemani Suami disisi...
  6. Impian untuk memiliki perkahwinan bertemakan Rama-rama dan Bunga Kemboja tercapai walaupun bukan 100%...
  7. Dah akhir sekali.... Adik saya Nureziyati Bt Morshidi No.KP 9002**-**-**** dah konvo pada 4 Disember 2012 lepas....

7 perkara penting tu je yang saya nak kongsi, yang lain-lain perkara kecik tu simpan sendiri je lah... JADI??? Seterusnya 2013 pulak... Agak-agak nak capai apa 2013 ni??? Fikir dulu.... (-_-)

•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸ 
::: AZAM 2013:::
  • Kalau ada rezeki dari Allah, nak ada anak tahun 2013... InsyaAllah sebab ni perkara yang kita tak boleh nak rancang...
  • Kewangan rumah tangga mesti dah kena stabil dan semua belanja keluar kena masuk buku rekod perbelanjaan 2013.
  • Target simpanan kalau dulu RM1200 sebab masih sorang-sorang. Sekarang dah kawen, target simpanan kena ada atleast RM2400 setahun.
  • Nak mantainkan berat barat dan tak nak gemuk walaupun dah berkahwin
  • Honeymoon 2013 nak lebih menarik dari tahun ni... Kalau tahun ni 3 hari 2 malam dekat Damai Beach Resort, tahun depan tak tau apa En.Suami nak buat... InsyaAllah kalau ada rezeki nak honeymoon berkenderaankan kapal terbang la pulak... (^_^)
•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸ 

Cuma satu je hajat 2012 yang masih tak tercapai sampai sekarang... SURPRISE birthday party...

Azam korang success ke tak??? (^_^)

Monday, December 17, 2012

Mini Pavlova or Marshmallow

Assalamualaikum.... Pavlova??? Saya selalu je dengar orang cakap-cakap pasal pavlova dan tengok gambar dari google... Nampak macam sedap, jadi saya pun try la buat sendiri... First time buat dah menjadi. Memang sedap dan rasa seperti marshmallow kalau makan tanpa letak whipped cream... (^_^)

Pavlova saya sebelum dimasak... =)
Cantik kan tanduk-tanduk kecil tu??? (^_^) Macam mana nak buat??

Bahan-bahan Pastry :

4 biji putih telur
1 cawan kecil gula kastor (Gula biasa di kisar pun boleh)
1 sudu cuka makan
1 sudu tepung jagung
Esen vanilla

Cara-Cara :


1. Sebelum tu, pastikan semua bahan dalam suhu bilik dan betul-betul takde setitik air dan kuning telur pun dalam bekas atau melekat pada pemukul telur. Kalau tak, jangan menangis kalau takde tanduk kecil masa nak susun... (^_^) Pukul putih telur sampai jadi soft peaks seperti dalam gambar 1 dan 2.

2. Then, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul sampai berkilat. Pukul sekejab memang dah berkilat, tapi cek dulu dah ade tanduk ke belum. Tarikkan pucuknya macam dalam gambar 3. Kalau dah ada tanduk kecil, pukul lagi sampai mangkuk tu diterbalik macam dalam gambar 4 pun tak tumpah... (^_^)

3. Masukkan sudu kecil esen vanilla, tepung jagung dan cuka makan. Gaulkan je dengan sudu sampai sebati dan sedia untuk dibentuk. Mesti letak esen vanilla, kalau tak nanti akan ada terasa sedikit hanyir telur tu..



3. Kalau meringue dah sempurna, bentukkan kecil-kecil di atas loyang dan tarikkan taduk dengan belakang sudu supaya nampak comel... (^_^) Sepatutnya biarkan bahagian tengah sedikit tengelam dan tinggi di tepi. Tapi saya lupa pulak sebab syok sangat nak buat tanduk kecil... hehe~~
Lagi satu, susun tu jauh sikit sebab nanti dia kembang dan jadi besar sikit. Tak pasal-pasal melekat antara satu sama lain macam yang saya buat... (^_^)

4. Panaskan oven 15minit, suhu 130-150◦c... Suhu tu agak-agak sendiri sebab lain jenis oven, lain kepanasannya. Tak perlu terlalu panas untuk mengelakkan coklat diluar dan mentah didalam. Masak selama lebih kurang 1 jam.
Jangan dibiarkan terus, takut-takut nanti terawal masak dari masa yang dijangka dan hangus pulak. (^_^)

**JANGAN buat 2 tingkat macam yang saya buat... Ingatkan nak jimat masa, tapi makin lambat ada la kot sebab nak tukar-tukar dulang bawah-atas bagi masak... Huhu~~~



Kalau dah masak, biarkan sejuk didalam oven dan bukakan sedikit pintu.

Saya sengaja biarkan warna coklat gelap sebab nampak cantik. Kalau yang tak suka gelap, jangan masak lama sangat. Pavlova yang sempurna akan nampak macam gambar kat atas, rangup diluar dan seperti marshmallow didalam... Sedap kalau nak makan macam tu je, tapi bukanlah pavlova namanya. Jadi marshmallow kot... (^_^)


Bahan-Bahan Cream dan Hiasan

Whipping Cream (NON-DAIRY / BUKAN TENUSU)
Gula Kastor
Buah-buahan potong (anggur hijau dan purple, kiwi)

Cara-cara

1. Masa nak beli Whipping Cream, kena baca betul-betul yang tu adalah BUKAN TENUSU atau yang biasanya tulis NON_DIARY... Kalau tak nanti, menangis la korang sebab cream tu tak menjadi cream dan tukar jadi air... (^_^)

2. Pukul sampai jadi cream atau kental. Lama jugak, nasib la guna mesin... dan siap untuk disapu dan dihias kat pavlova yang dan SEJUK tadi... (^_^)

3. SAYA TAK SEMPAT NAK AMBIL GAMBAR YANG DAH SIAP DENGAN TOPPING SEBAB BUDAK-BUDAK BEREBUT NAK MAKAN... Rupanya lebih kurang macam dalam gambar ni... (^_^) Hias ikut suka sendiri... =)

Gambar dari google... =)
Lain kali saya buat saya ambil gambar yang senonoh dan cantik sikit, OK... Ni first time buat, sebab tu la tak sabar-sabar nak makan... (^_^)

Selamat mencuba... =)

Wednesday, December 12, 2012

Malang... 12.12.12...

12.12.12.... Tarikh hari ni memang cantik... Senang nak ingat tarikh Perkahwinan, Kelahiran dan tak lupa jugak KEMATIAN... Tapi rasa-rasanya hari ni bukan hari yang best untuk saya kot... Awal pagi lagi dah bernasib malang... Huhuhu~~~

Pagi-pagi sebelum sampai pejabat lagi dah buat hal dalam kereta... Bekal yang saya letak baik-baik atas seat terbalik sebab ambik corner tajam sangat.... Kahkahkah~~~ Pastu tumpah pulak kuah-kuahnya kat atas kerusi dan bau lauk memang semerbak dalam kereta... Tak cukup dengan tu, ada jugak yang tumpah atas fail sijil-sijil dan resume En.Suami... Adeh... (-_-) Sampai je ofis, kena la cuci muka surat fail tu sehelai-sehelai... (-_-) Jenuh jugak nak cuci dengan dettol untuk buang bau lauk dan lap pulak satu-satu page fail tu...

Dah tu duduk la nak rest sebab penat jadi pencuci awal pagi... Teringat pulak kat Minyuk dan Furdiburb saya belum lagi makan pagi ni... Belum makan??? Jangan la mati pulak... Tunggu la saya pulang rumah OK... Sebab HP saya lupa di rumahhhhhh~~~~ Waaaa~~~~

Apa kaitan diorang belum makan dengan HP??? Sebab tu adalah Pet yang saya pelihara dalam HP... Diorang tak makan dan mandi lagi pagi ni... (-_-) Takut pulak mati... Penat saya jaga diorang lama-lama... Bertahan la sampai petang yerrr... Sedih betul....

Nama dia ni FURDIBURB... =)
Si Minyuk... (^_-)
Ni baru pagi.. belum lagi tengah hari dan petang... Apa la nasib... Huuuu~~~

Tuesday, December 11, 2012

Pengantin Baru Lagi?

Assalamualaikum...
Kenyang perut pagi ni lepas makan Tuna Bun yang kak Norlia belikan. ;-) Makan lagi sekali walaupun dah sarapan bersama En.Suami di rumah. (^_^)

Petang semalam... Seperti biasa bila terdengar bunyi kereta En.Suami sampai, saya cepat-cepat tunggu di pintu rumah dan akan dengar word "Tadaaaaaa~~~~" dari En.Suami (^_^) Kononnya surprise sebab dia dah balik rumah... hehehhe~~~ Tapi berlainan dengan semalam, En.Suami suruh pejam mata.... Hurmmm~~~ Pejam je la...tapi buka sikit sebab nak tengok... (^_*) Hehhehe~~ Dah dekat nak 6 bulan ada suami, tapi sentiasa rasa mcm baru nikah dan pengantin baru. Ngee...

Baru dapat malam tadi... =)
Nak tau kenapa? Walaupun dh dekat nk 6 bulan nikah, tapi masih jugak terima hadiah "Selamat Pengantin Baru"... Seronok nya... Tiap-tiap bulan pengantin baru. Tiap-tiap bulan jugak la dapat hadiah. (^_^) Sampai bila la agaknya ye???  Rezekiii... Malam tadi buka hadiah baru, dapat periuk nasi besar... 

Minggu yang lepas-lepas dapat Buku Alam Rumah tangga, Telekung dan Set kain untuk baju raya... Best betul... ;-) Terima kasih kawan-kawan... Murah rezeki korang sebab tiap-tiap bulan bagi saya hadiah Kahwin... Hehe... ;-)

Hadiah yang dapat minggu-minggu lepas... =)

 Bawah ni pulak hadiah yang kawan-kawan dan saudara mara bagi pada hari majlis... (^_^)

Take Care & Thank You People... =)

Friday, December 7, 2012

Nothing...but Happy...

Thank You En.Suami... (^_^) Ni tengah bulan kan??? Paham-paham je la... Ngeee~~

Pagi tadi, macam biasa saya ni jadi isteri Mithali masakkan makanan untuk breakfast sebelum gerak pergi kerja supaya perut kami tak lapar dan bunyi kruk~~kruk~~kruk~~~ (^_^)

Masa breakfast tu, saya bagitau...
Hujung minggu ni nak pergi jalan-jalan dating... Pleaseeee~~~ =D
(Dalam hati ni cakap balik...bukan setiap minggu ke??? Hehehehee...)

Movie, makan dan bla~~bla~~bla~~~ 
Even dalam kepala dah set, sekarang tengah bulan laaaa... (-_-) 
Jawapan yang saya dapat seronok sangat dan cukup menyenangkan hati di pagi hari.... 
OK~~ No Problem... Jum!!! (^_^)

Hurm... Maybe gurau awal pagi je kot sebab nak saya happy sebelum gerak pergi kerja... Takpe la... hujung bulan tak lama lagi berlalu... Sabar la weiii~~~ (^_^)

Actually setiap hujung minggu jalan-jalan a.k.a Dating... Apasal pulak pagi ni nak mintak permission???? Bengong dahhhh~~~ (^_-)


Love You People... =)

Lily Bouquet For My Sis

Adik saya request nak Bunga Lili Plastik sempena hari konvokesyen dia... Supaya dapat simpan dan tengok lama-lama... Kalau guna bunga hidup macam saya hari tu, lepas sebulan dah layu dan tak cantik... So...dia dah request, saya dan mak usahakan buat sendiri... Tak nak la beli, takde sentimental value kalau beli-beli... (^_^)

DIY always my faveret... Awww~~~ =P
Tadaaaaa~~~~ (^_^)


Apasal nak Bunga Lili?? Hurmmm~~~ Kalau Ros Merah atau Pink kan lagi cantik??? Lili putih tak menawan laaa... hehehehe~~~ =P

Macam mana nak buat sendiri??? senang je... 

Stapler
3 Tangkai bunga Lili
2 Tangkap bunga Kecil untuk diselitkan diantara bunga Lili
1 Meter Riben pink dan Purple
2 helai Pembalut Kain Pink 
1 helai Pembalut Plastik
1 helai Pembalut Kertas

**berapa banyak pembalut sukahati la, saja je letak banyaki lapis nak bagi cantik... hehehe~~

Pastu?? Ikut la step dalam gambar ni... Klik untuyk BESARkan gambar... =)

D.I.Y

Bunga kat atas tu dah hancur dipeluk-peluk dan dihimpit-himpit... hehehehhehe~~~~

Be Happy People... =)

My Sis Happy Day... =)

Firstly nak cakap... LATE UPDATE... (^_^)

Selasa lepas... 4 Disember 2012... Majlis konvokesyen UiTM ke-77... Adik saya konvo hari tu... Yipppiiii~~~ Hari yang seronok sebab dah lama tak jejak kaki ke UiTM dan jumpa lecturer-lecturer dan junior-junior dan bla-bla-bla... (^_^)

Wajah ceria adik pada hari gembiranya... =)
Wahhhh~~~ Rindu UiTM... UiTM dihatiku... Wowww~~~

Sesi adik saya pukul 12.00 tengah hari... Tapi...nak tahu tak?? Kesian kat mak bapak dan tetamu yang tunggu.... Lama dan penat menunggu majlis mula... Apasal lambat sangat?? Entah... Hurmmm~~~

Ibu Bapa mula masuk dewan jam 12.00 tengah hari... Perarakan pelajar masuk 2.15petang...Perarakan lesturer, VIP dan lain-lain selesai dekat nak jam 3 petang... Boleh imagine tak??? Penat tau menunggu lama macam tu... Sesi habis dan begambar dan bla-bla-bla dekat nak jam 5.30 petang.... Sumpah saya katakan penat yang amat sangat... Balik je rumah terus mandi dan tido....

Tapi walaupun hari yang memenatkan, tapi kami tetap support sebab hari tu adalah hari yang sangat bermakna buat adik saya....

Paling seronok bila jumpa junior-junior... Wowww~~~ Tak sangka diorang masih ingat senior sengal ni?? (^^,) Miss U All Guys.... =)

Junior tercinta..... (^_^)
Saya dan encik suami yang dah pening menunggu entah apa nak buat dah... Apa lagi... Bergambar lerrr... =P

Photoshoot with My LOVE... =)
Satu Perkara trademark kalau gambar Konvo MESTI ada gambar MACAM INI!!! 

Trademark Photo... =)
Sama je kan???  Heheheh~~~ Nanti sorang lagi adik nak bergambar konvo, akan bergambar macam ni jugak... (^_^)

BOUQUET ADIK SAYA, SAYA BUAT SENDIRI... NANTI SAYA UPDATE MACAM MANA SAYA BUAT... OK!!
masa jalan-jalan kat booth jual bunga kesian gilerrrr saya tengok bunga yang diorang jual. Dah la harga mahal, buat pun selekeh je... kesian parent yang terpaksa beli kat situ... Hurmmm~~~ 
Cakap orang buat selekeh, macam la sendiri buat cantik sangat... tetetttettt~~~~ =P

Take care People... =)

Friday, November 23, 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2... Fuhhh~~~

Twilight Breaking Dawn Part 2.... Sapa dah tengok? Syok gilerrrrrr... Especially kalau tengok dengan Suami... Alahai... Romantiknyaaa... En.Suami siap usap-usap tangan lagi bila part romantik Bella dan Edward... Eheeee~~~ Malu... (^_^)


Actually pergi tengok wayang dengan member (Kak Ramziyah, Firdaus, Azmil, Aziz & Azlan), tapi bila beli tiket saya dan suami duduk tempat lain. Nak ambik feel katakan... Heheheh~~~

Sweet, Caring, Romantik, Kekeluargaan, Kasih sayang, Cinta, Saling memerlukan, kerja sama... Semuanya digambarkan dalam cerita tu dan tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata... Edward yang SUPER romantik dan Bella yang blurr membuatkan cerita nampak sweet sangat... Jum layan lagu ni dulu...


"A Thousand Years"... Thanks mu dear sebab teman tonton wayang malam-malam (9.45pm, 1h55m) walaupun mata dah mengantuk dan penat balik dari kerja...

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone?
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer

[Chorus:]


Thursday, November 22, 2012

Purple Nite

Dah 2 minggu Annual Dinner berlalu, barulah saya update... Ni pun sebab baru dapat gambar dari Jurufoto... heheheh~~~ =) Takde gambar macam tak best pulak nak cerita... =)

Tema tahun ni warna purple... Tahun lepas warna Kuning... Senang je cara diorang ni buat tema, pilih je apa warna diorang nak... Huhuhu~~~ Tapi...Bila buat tema purple jadi menarik pula dinner, semuanya semangat nak jadi cantik dan beli pakaian...Kecuali saya, D.I.Y... =)

Jum tengok gambar semua staff, cantik-cantik semuanya... =)


Makan malam ni jugak untuk meraikan guru (Cikgu Hajah Omil Kalsom) yang bakal bersara hujung tahun ni... Banyak staff menangis sewaktu dia berucap, saya tengok pun berair mata jugak... =P Lepas tu, Big Bos (Dr. Shafie Bin Hj Lugom) bagi cenderahati kenangan, senyum la pulak... hihihih~~~


Lepas bla bla bla.... Jum makan~~ Makan time... Menu hidangan melayu dan kuantitinya pun banyak... Berbaloi-baloi... =) Jemput makan... paling sedap lauk ikan, tapi tak tau ikan apa dan masakan apa... Hurmmm~~~


Perkara paling seronok tentang dinner adalah pakaian... Masa tu la kita dapat tengok macam-macam fesyen yang keluar... Ada yang pelik, ada yang cantik dan menarik... Geng keras 3 orang ni memang tak boleh blah... Hehehhe~~~ Tak sempat pulak nak ambil gambar bertiga... =)

Me...Kak Norlia...Kak Siti Haja...
Paling seronok jugak bila saya dapat 2 hamper hadiah pada malam tu... Satu hadiah cabutan bertuah, dan satu lagi hadiah sempena perkahwinan... Seronok dapat hamper Tupperware... Berbaloi-baloi.... (^^,)

2 hamper laaa... yeayy~~~ =)
Sebagai penutup makan malam... Diumumkan King dan Queen of the Night... Hadiah Disampaikan oleh pengerusi PIBG... Nak tengok siapa menang??? =D

2 Queen & 1 King of the night... =)
Ok dahhhhh... Tamat... (^_^)

Tupai Masak Kicap Serai

Nyum3~~~ Awal pagi lagi dah update reipi yang banyak orang geli nak makan... Tapi tak semua la geli, ada jugak yang suka makan seperti kakak saya, siap simpan separuh lagi untuk masak hari lain... (^^,)

Tupai oh tupai..
Bahan-bahan :

1kg Tupai Hutan
4 batang serai
1 inci halia
Bawang putih dan bawang merah
Cili kering

Cara memasak :

1. Tupai yang dah siap dipotong, digaul dengan sedikit garam dan kunyit. dan goreng sampai separuh masak. Kalau dah masak, ketepikan dan sediakan bahan menumis.


2. Tumbuk semua bahan dan tumis sampai garing. Masukkan kicap pekat, bahan perasa, sedikit air dan gaul bersama tupai yang telah digoreng.


3. Reneh selama 5minit supaya tupai dapat menyerap bahan tumisan. Lepas tu barulah dimasukkan air yang banyak sehingga menutupi keseluruhan masakan.


4. Kecilkan api dan tutup. Sesekali gaulkan dan masak sehingga air kering. Tujuan masukkan air yang banyak dan biar sampai kering adalah untuk melembutkan daging tupai. Daging tupai agak keras jadi kena masak dengan perlahan.


5. Kalau air dah kering, masakkan la tu... Sedap dan rasa macam daging burung puyuh... (^^,) Saya makan 1 je, tak boleh nak masuk... heheheh~~~ =P

Wedding Photo... Black, Pink, White...

Dah sebulan berlalu baru saya upload gambar Majlis Persandingan... Saya baru je belek-belek CD yang photographer bagi dan jumpa beberapa gambar yang saya suka tengok dan mengambarkan kegembiraan dalam hati kami... Alhamdulillah...

Persandingan dirumah...
Keluarga saya, keluarga mertua, keluarga Nanny... =)
Syukur kepada Allah kerana memberikan kebahagiaan ini kepada kami... Apa yang Allah kurniakan terpancar di wajah... Inilah perjalanan hidup saya dan Suami... Cinta membawa ke Syurga... InsyaAllah...

**Encik Suami nak saya pakai tudung pada hari perkahwinan, Alhamdulillah, sejuk hati mendengar teguran tersebut... =)

Jalan kesana-sini... =)
Isi perut di McD... Lapar... =)
Ciuman Cinta suami isteri.. =)
Kami bersama... =)
Keriangan di hati... =)
Cinta di hati... 
Hanya kami mengerti... 
Jodoh adalah ketentuan Ilahi...
Jika dia jodoh kita, walau apa pun dugaan pasti dapat ditempuhi...
Jika bukan, pasti sesuatu terjadi untuk memisahkan dua hati...
Jadi....
Hanyalah mati yang memisahkan Kami...
InsyaAllah....

Nurhayati Binti Morshidi .... Eldrine Addin Bin Ajus...

LASTLY...Terima Kasih untuk Hadiah-hadiah ini... (^^,)

Sebelum dan selepas buka... =)
Pakaian : D.I.Y

Keyword : Butterfly Wedding, Tema Rama-rama, Butterfly Dress, Pink Butterfly Wedding, Pink Theme Wedding, Black pink wedding, Sea wedding photo, sweet couple wedding, lovely moment, wedding moment, happy moment 

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~