Monday, January 2, 2012

Adik Masak Chicken Stuffed

Hari ni... Untuk makan petang, adik saya buatkan Chicken Stuff... Sedap tau... Saya tukang tengok, makan dan ambik gambar je... Tak minat sangat nak masak-masak ni... (^_^)

Chicken Stuff siap dipotong dan sedia dimakan... (^_^)
Bahan-bahannya :
2 ekor ayam yang dibersihkan
2 Biji Bawang Besar
1 Paket mix-vegetables
3 Batang lobak merah dipotong dadu
1kg Kentang dipotong dadu
2 biji kiub ayam
1 buku roti dipotong kecil
Daun sup dicincang
2 biji telur
50ml air
Lada hitam dan serbuk perasa
100ml minyak masak 
Halia (untuk dilumurkan ke badan ayam)

Bahan-bahan untuk Chicken Stuff
Cara-cara :

1. Sediakan semua bahan-bahan serta 80ml minyak masak. Campurkan ke dalam satu bekas yang besar dan gaul sampai sebati.

2. Ambil ayam yang telah dibersihkan, lumurkan ayam dengan menggunakan lada hitam, garam, serbuk perasa, 20ml minyak masak dan halia. Lumur sampai ke dalam perut ayam.

 3. Sumbatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi kedalam perut ayam sampai penuh.

4. Jahit atau tutupkan perut ayam yang telah disumbat dengan menggunakan lidi atau benang.

5. Panaskan oven selama 10 minit. Suhu 220°c menggunakan api dibawah dan bakar selama 1jam 40minit.

Sepanjang ayam tu dibakar, bau harum je dapur dengan bau ayam yang keluar dari oven... Bila dah siap... apa lagi... Makannn~~~ Sedappppp nyerrr~~ (^_^) Selamat mencuba... =)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~