Thursday, January 26, 2012

Birthday Dinner, Food & Me

Domani Hotel... Kat situ la kami celebrate Birthday Uncle... Happy 51st Birthday Uncle... Y.B. Dr. Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Junaidi ... Bapak kata tarikh sebenarnya 26 Januari... Tak tau pulak mana satu.. Celebrate awal kot... Sebab hari tu pun ada jugak celebrate masa doa selamat kat umah nenek... Dalam entry Menyesal Tak Sudah... Heheheh~~~

Uncle suapkan nenek makan kek... (^_^)
Seronok memang la seronok... Tapi saya kontrol makan... Tak nak over makan sebab takut Gemssss~~~ Heheheh~~~ Saya makan dalam portion yang kecik je... Ambil makanan pun guna piring kuih... (^_^) Diet la konon nyaaa... =)

Sotong kari, Blackpaper Roasted Chicken, Oyster Baby Kailan
Seri muka, Bingkak, Butter cake
Sekarang ni saya nak kawal berat badan ikut diet sendiri je... Dah malas nak makan benda-benda yang dikatakan dapat turunkan berat, tapi berat badan saya ni dia tak mampu nak turunkan... Beratus habis beli Herbalife yang penah saya cerita dalam entry Menggila Nak Kurus, tapi takde perubahan pun... Masih jugak muka ni bulat, perut buncit, paha besar, punggung besar dan lengan besar... Dah dekat nak sebulan, mantain je berat saya 67-68kg... Mana ada turun... Mungkin jugak disebabkan tubuh saya yang tak serasi dengan benda tu... Jadi, tak berkesan la... 


Even berat saya 68kg, saya tetap nampak ramping sebab saya ni spesis pinggang kecik... Sebab tu kalau saya pakai body fit, saya nampak kurus walaupun berat 68kg... Hakikatnya memang badan saya macam ni, bukannya benda alah tu yang buat... 

Cuba tengok dalam gambar atas tu... Bahu atau lengan saya besar, perut buncit (tapi ditahan), Punggung besar (ambik dari sisi supaya tak nampak lebar), Muka bulat (dari sisi tak nampak)... Cuma pinggang je kecik yang buatkan saya nampak kurus dan cara posisi gambar diambil mengaburi mata... Heheheheh~~~

Saya makan dan minum macam-macam produk supaya dapat kecikkan muka, paha, lengan, punggung dan perut ni... Huhuhu~~~ Menyesal pun ada jugak, sebab duit dh habis beli benda alah tu... Sekarang ni baik kontrol makan macam biasa je la, lagi baik... (^_^) Cuma lambat sikit la nak turun... Heheheh~~~ Tak pe... Work hard untuk maintain balik jadi 63-64kg... kehkehkeh~~~ 

Pengajaran untuk korang semua... Kalau nak kurus, tak payah nak ambil macam-macam benda... Kontrol je makan tu, jangan sesekali skip breakfast dan banyakkan excercise... Habis cerita... Sekarang ni, kalau saya cepat sangat lapar masa berkerja, saya ada sediakan Quacker Oat untuk tengah hari.. Supaya saya kenyang dan tak payah nak makan heavy selalu... Lagipun Oat boleh bantu untuk diet... Ngeh3~~~ Lebih bijakkan...??? Itu pun lepas duit beratus habis... (-_-)
.

2 comments:

Anonymous said...

Maintain. Awak betul2 nmpk awesome cmtu. X prlu ubh. NNti bila kahwin, husbnd xkn tingglkn awq. Trust me ;)

Nurhayati Morshidi said...

Hahaha... part husband lari tu la yg takut sikit... kihkihkih... InsyaAllah x kot... =) Mintak jauhhhhh la perkara mcm tu... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~