Friday, January 27, 2012

Lelaki Dan Skandal

Seperti dah biasa kan dengar??? Lelaki dan Skandal... Huhuhu~~~ Maaf lah kalau ada lelaki terasa kalau baca  entry ni... Cuma nak berkongsi pendapat je...


Lelaki... Tak kira la dah ada kekasih ke, tunang ke, isteri ke... Seperti tak boleh lari dari adanya perempuan lain... Mungkin tak semua, TETAPI kebanyakan yang saya kenal adalah MACAM TU... Kata mereka... Untuk di buat isteri mesti jaga betul-betul, yang lain tu untuk seronok-seronok dan hilangkan bosan je... Ada pulak macam tu??? Huhhh~~~ Menyampahhhh~~~

SATU perkara yang menghairankan... MENGAPA walaupun mereka ni banyak spare part dan skandal, TETAPI bila ditinggalkan oleh kekasih, diorang menangis dan merayu macam orang gila... Apa maknanya tu??? Mana perginya skandal-skandal diorang??? Apasal tak mengadu je kat skandal atau pergi je dekat skandal tu??? Mengapa nak jatuhkan standard menangis untuk perempuan tu??? Itu ke makna sayang dan ikhlas diorang???

Saya dah banyak jumpa jenis yang macam ni... Bukan cuma dengar cerita dari orang lain, tapi saya sendiri dah merasa beberapa kali... Kawan saya dulu, masa dia pernah bertunang... Bukan main lagi dia tunang dia tu layan perempuan sana sini... Satu hari bila dia mintak putus sebab dah jumpa lelaki yang lebih baik, macam nak mati je tunang dia merayu nak balik dan mintak supaya maafkan dia... Dah macam orang gila pun ada jugak... TAPI...Kalau nak tahu, sekali perempuan dah benci, TERUS tertutuplah hati dan TAK ADA maaf bagimu... Hati perempuan keras tau... Lagi-lagi jenis yang macam saya ni... Pergi la bunuh diri pun saya tak kisah... =)

Saya betul-betul tak faham... Kalau nak diikutkan, hati lelaki SANGAT EGO untuk keluarkan air mata pada perempuan... Lebih-lebih lagi kalau jenis yang banyak spare dan skandal, lagi la tinggi ego diorang sebab bagi diorang bila-bila masa je boleh tukar-tukar... Tapi, kenapa bila DITINGGALKAN, macam orang hilang akal je menangis dan dah tak ingat dengan dunia... Macam takde makna je air mata tu... Seperti rayuan semata-mata... huhuhu~~~

Saya ni dah puas kena lelaki yang suka layan spare... Saya pun dah tak kisah, kalau tahu diorang ni ada spare. Saya senang je, takde nak gaduh-gaduh atau betengkar. Saya tinggal je tanpa banyak tanya. Sendiri fikir la~~~... Biar la nak menangis or apa... Suruh dia berfikir sikit... Kalau dia betul-betul nak kat kita, dia akan buat sesuatu untuk yakinkan kita balik... Malas nak sakitkan kepala fikir benda camtu... Bagi saya, kalau dah tak boleh nak setia, memang tak akan dapat walaupun kita paksa dan kawal macam mana pun... Dikawal lebih-lebih nanti kita sendiri yang kena tipu... Kalau ada jodoh, ada la... Kalau takde nak buat macam mana... Banyak sangat dah dugaan dalam hidup ni... Kadang-kadang boleh jadi gila kalau di layan sangat... So...Buat-buat happy dan layan je laa... Kita happy, orang lain pun happy... Betul tak??? (^_^)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~