Thursday, January 5, 2012

Menggila Nak Kurus


Sekarang ni memang rasa terdesak sangat nak turunkan berat badan... Sebelum ni memang la berat saya normal 68-70kg... Sejak bulan Jun 2011, saya berjaya turunkan berat badan sampai 63kg dan masa tu tubuh saya nampak kecik je... Saya berjaya turunkan sampai 63kg tu disebabkan faktor berkerja... Masa tu saya kerja kilang... Lebih2 lagi kalau kena kerja syif malam, saya tak akan makan malam, bila dah balik kerja waktu pagi, saya terus tidur. Bangun petang nak pergi kerja baru saya makan sikit sebab takde selera makan kalau bangun tidur... Jadi saya cuma makan sekali sehari dan berkerja pada waktu malam, sebab tu berat saya cepat turun... Saya cuma perlukan 2 bulan untuk hilangkan 5kg... Banyak tu tau.... (^_^)  Kalau untuk orang lain, 63kg ni agak berat.. Tapi untuk saya yang tinggi serta mempunyai tulang yang lebar dan besar, 63kg ni dah kira kurus... =)

Jun-Oktober 2011... Sewaktu Berat 63kg... Badan kecik dan "Nipis"... =)


Tapiiii~~~~ Kena je Hari Raya, saya dah tak kontrol makan. Makan menggila dan hari-hari ada kari dan rendang... Terus NAIK 2kg dalam masa seminggu... Tak lama lepas tu, saya pindah kerja... Dari kerja kilang, saya masuk kerja pejabat. Kerja saya sekarang ni, pembantu makmal... Mampus la... Duduk, Makan, Duduk, Makan... Cukup jam balik rumah dan makan lagi sebab mak dah hidangkan makanan... Sebab tu la berat saya naik lagi... Baru semalam saya timbang berat... Sekarang dah 69kg... SANGAT STRESSS sekarang ni tau tak???...

Sekarang ni sana sini dah KEMBANG... Tebal je badan... Heehe~~~

Jadi, saya bercadang nak ambil satu produk... Banyak saudara dan rakan saya ambik Herba Life.. Jadi saya nak cuba untuk sebulan... Saya korbankan RM170 untuk beli sebotol Herba Life Formula 1... Huhhh~~~ Korang fikir saya ni banyak sangat duit ke nak beli??? Berikat pinggang kalau saya belanjakan RM170 ni... Tapi apa kan daya... Saya akan jogging jugak, tapi kalau jogging je lambat... Jadi saya perlukan Herba Life ni untuk bantuan dan mempercepatkan proses je... Bukannya nak bergantung 100%... Hopefully saya dapat turunkan balik jadi 63kg macam sebelum ni yang saya berjaya buat. Lepas tu saya akan disiplinkan diri untuk mantain... InsyaAllah.... Support la saya, k... (^_^)

HerbaLife Formula 1, Perisa French Vanilla

Instruction kat situ :
* 2 sudu besar campur 300ml air sejuk
* Minum 400ml air masak lepas Minum Formula 1
* 4 jam lepas ambil baru boleh makan
* Setiap hari kena minum 3 botol (1.5L^3) besar air masak

Harap-harap menjadi dan saya tak bazirkan duit saya tu... Hehhehe~~~
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~