Tuesday, January 24, 2012

Menyesal Tak Sudah

Haduiii~~~ Tak suka bila dah jadi macam ni... Nak menyesal buat apa... Semua dah lepas... Dah kenyang pun... (-_-)

Malam ni ada majlis Tahlil + Doa Selamat + Birthday Uncle kat rumah nenek di kampung... (^_^) Kalau dah majlis tu paham-paham je la macam mana makanan dia... Mereka buat Dinner Pot Luck... Ada pelbagai jenis makanan yang sedap dan nasib baik iman saya ni kuat... Saya cuma makan 3 ketul ayam dan makan buah je supaya kenyang dan ada la yang lain sikit-sikit... Heheheh~~~
Ayam panggang madu & Ayam masak kicap...
Tapiii~~~ Disebabkan banyak sangat makan buah... Saya pun jadi terover kenyang dan seperti biasa saya menyesal sesudah makan... Huhuhu~~~ Satu lagi...saya ni hantu dan suka sangat makan kek, bila nampak je Kek Birthday uncle saya yang sedap... Fuhhh~~~ Apa lagi, walaupun dan over kenyang, saya potong hirisan yang besar dan makannnn~~~ Huahuhauhuhua~~~ Bukan kek Secret Recipe (SR), tapi rasa dia sebijik macam Chocolate Fudge SR... Nyum3~~~ Itu lah yang buatkan saya tak boleh nak tahan iman... Kek Birthdayy... Hehehe~~~

Sedih nya bila dah makan dan kenyang macam ni... Menyesal tak sudah jadinya... =( Apalagi, sampai je rumah, rasa macam nak muntahkan balik je makanan ni. Tapi tak boleh nak buat camtu... Jadi solutionnya, saya minum teh yang boleh buat perut saya memulas dan keluarkan semua yang saya dah makan malam ni.. Hopefully...

Itu lah masalah saya... Terlalu risaukan pasal berat badan... SERIOUSLY... Saya sendiri tak tau sama ada saya ni gemuk atau kurus atau sederhana... Bila jumpa kawan, diorang tanya "Apasal saya dah gemuk??"... Bila jumpa kawan lain, diorang kata "Sekarang nampak dah makin turunlah"... Bila jumpa family, diorang kata "Wahh... Kurusnya???"

Hurmmm~~~ Saya tak tahu mana satu betul... Adakah saya gemuk tu betul??? Dan kurus tu hanyalah nak sedapkan hati saya... Sebab saya sendiri tahu berat saya dah naik... Hehehhe~~~ Saya boleh jadi stress yang menggila kalau berat saya naik walaupun hanya 1kg... Saya risau kalau gemuk, tapi saya sendiri kadang-kadang tak boleh nak kontrol makan. Lebih-lebih lagi kalau dah masa berkerja... Kawan kat tempat kerja jenis yang kecik hati kalau kita tak ikut diorang pergi makan... Kadang-kadang sedih jugak, sebab diorang tak nak paham... Tapi apa boleh buat... =(
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~