Friday, January 6, 2012

My Friends...On My 24th Birthday...

Hari ni tepat 5 January 2012... Impian saya tak tercapai... Apa yang saya hajatkan tak tercapai dan serius saya sangat sedih dan kecewa... Nak tahu apa Impian saya??? Boleh baca dalam entry Azam Tahun Baru Dan Birthday ataupun dalam Samsung Corby II... Saya tak tahu kenapa saya tak boleh capai impian saya yang satu ni... Hurmmm~~~ Pagi tu juga berlaku banjir besar di sekitar bandar Kuching sampai ada yang meninggal mati lemas... Memang menyedihkan Birthday tahun 2012 ni...

Tapi walau bagaimana pun, saya tetap gembira sebab mempunyai kawan-kawan yang menyayangi saya... Pagi tu... Baru je sampai sekolah, sorang cikgu cina masuk ke dalam makmal dan tanya siapa yang birthday hari ni??  Heheh~~ jawapannya, saya lah... =)) Dia bagi hadiah dari pihak sekolah. Payung warna peach... Suka sangat sebab cantik... =))

Hadiah Dari Pihak Sekolah
Tengah hari pulak, teman sepejabat bawa pergi KFC. Diorang belanja makan sempena Birthday saya hari ni... (^_^) Terima kasih Kak Norlia dan Kak Haluyah... =) Nasib baik banjir dah reda, kalau tak memang tak boleh nak gerak kemana2 dari sekolah... Hehehe~ Seronok kan bila tiba Hari Lahir, orang layan kita macam Princess... (^_^)

With Kak Norlia dan Kak Haluyah... =)

Malamnya pulak... Sepatutnya saya celebrate Birthday bersama DIA... Tapi tak tahu kenapa... Nampaknya tak ada... Huhuhu~~~ Jadi saya pergi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, jumpa Firdaus. Kebetulan dia baru habis syif kerja... Fikiran saya agak kusut, walaupun sepatutnya hari tu saya adalah orang paling gembira... Kami pergi makan roti canai kat gerai mamak. Kebetulan terjumpa dengan Aziz dan member lain yang baru balik dari memberi bantuan mangsa banjir di Kota Samarahan, jadi kami duduk la makan sekali... Nasib baik ada diorang, tenang sikit hati yang tengah panas... Apa-apa pun... Semua yang terjadi ada hikmahnya dan mengajar saya menjadi lebih matang dalam menjalani hidup ni... InsyaAllah...
.

2 comments:

Shaiful Zaidi said...

salam...happy birthday!

Kak Yatt said...

Thanks Shaiful Zaidi... =))

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~