Monday, January 2, 2012

Rindukan Zaman UiTM

Sekarang dah 2012... Dah 5 tahun berlalu sejak hari pertama saya mendaftar masuk UiTM... Masih tak dapat nak lupakan kenangan bersama kawan-kawan sefakulti Diploma Kejuruteraan Kimia masa tu... Rindu kat diorang sangat-sangat... Kalau ada masa, memang saya nak ke KL lawat diorang... (^_^)

Ni gambar kami dari semester 1 hingga 6... I miss the moment...
Study Group Semester 1
Study Group Semester 2
AGM Semester 3
Celebrate Birthday Faiz & Burn Semester 4
Pergi Karaoke Semester 5
Steamboat Semester 6
Segala penat lelah belajar berbaloi bila semester akhir iaitu semester 6 saya dapat anugerah dekan... Walaupun hanya sekali je saya mampu dapatkan anugerah tersebut, saya dah bersyukur... Sedangkan pelajar lain boleh dapat setiap semester... (^_^)

Majlis Anugerah dekan Semester 6
Sebelum tamat belajar... Persatuan pelajar Chemical Engineering sempat buat beberapa aktiviti dan makan malam untuk kami.. (^_^) Itulah diantara kenangan kami berseronok bersama... =)

Dinner Fakulti Kejuruteraan Kimia oleh ChESS
Dinner Pre-Graduate oleh UiTM 
Selepas 3 tahun, akhirnya saya berjaya tamatkan pelajaran tanpa repeat paper dan CGPA yang agak baik... (^_^) Terserlah kegembiraan pada wajah orang tua pada hari Konvokesyen...

Hari Konvokesyen
Tapi saya ni memang ada masalah sikit... Sebab saya malas belajar... Sebab tu lah saya ni setakat diploma je... Tak nak sambung sampai Degree... Nanti2 la kot... Kalau dah bekerja nanti pun masih boleh sambung belajar kan??? (^_^)
Masa hari last kami keluar lepak dan makan bersama... Zizie ada buatkan cup cake sempena nama kami sekelas... Sepanjang 3 tahun, saya gunakan nama samaran Kak Sue.. Semua orang kat UiTM panggil saya dengan nama SUE... (^_^)


Hari meningalkan bilik la paling sedih... Bilik yang cantik terus jadi macam gua je... hehehe~~~

Bilik sebelum dan selepas... (^_^)
Kenangan bersama kawan-kawan di UiTM saya tak kan lupa sampai bila2... Harap-harap satu hari nanti kami semua boleh berkumpul semula dengan kerjaya masing-masing... Amin~~~
.

3 comments:

Nurmikalthum binti Julai said...

hai kak su, kmk riya first time masuk bilit ktk nang suka habis eh~ hihih.. time part berapa ya oo.. siyes,,, i like it a lot... :)

Kak Yatt said...

Hehehe~~~ Time ktk mbak pin bunga ya nk??? Thanks Numi... =))

Nurmikalthum binti Julai said...

aok eh,, btw, tengs again sis.. sebab ingatkan kmk tadik.. :)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~