Monday, February 27, 2012

Kenapa Wanita Islam Menutup Aurat




Seorang Lelaki Kristian bertanya kepada seorang Lelaki Muslim..

Lelaki kristian : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat..??

Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula² di dlm koceknye, lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya. Kemudian dia melemparkan kedua gula² itu ke atas lantai. Lalu bertanya kepada lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih..??"

Lelaki kristian : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.. :)

**Sekadar perkongsian untuk pembaca...
.

Selipar Comel

Suka tengok selipar budak kecik... Comel je saiz dia kan??? Saiz kaki sebesar tapak tangan... hehehhe~~~ 

Selipar jepun budak kecik
Ni selipar anak saudara saya... Umur baru 2 tahun lebih, tapi selipar dia lebih banyak dari selipar saya sebab dia ni kecik-kecik lagi dah suka dengan selipar... Tak boleh tengok kedai selipar, mesti nak beli... (^_^) Comel kan bila kita compare saiz kaki diorang dengan kaki kita... Hehhehe~~~


.

Saturday, February 25, 2012

Sempurna


Pagi ni, sedang duduk main game CastleVille dalam application FaceBook, tiba-tiba terdengar kakak mainkan lagu Sempurna... Sedap bunyi liriknya... So, saya dedicate lagu ni untuk Kamu.... (^_^) Jum sama-sama dengarkan....


Lagu dan irik yang simple...tapi sangat bermakna....

Kau begitu sempurna, dimata ku kau begitu indah...
Kau membuat diri ku, akan selalu memuja mu...
Disetiap langkah ku, ku kan selalu memikirkan diri mu...
Tak bisa ku bayangkan hidup ku tanpa cinta mu...
Janganlah kau tinggalkan diri ku...
tak kan mampu menghadapi semua...
Hanya bersama mu ku akan bisa...
Kau adalah darah ku...
Kau adalah jantung ku...
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku...
Oh sayangku kau begitu...
sempurna, sempurna...
Kau genggam tangan ku, saat diri ku lemah dan terjatuh...
Kau bisikkan kata, dan hapus semua sesal ku...
Kau adalah darah ku...
Kau adalah jantung ku...
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku...
Oh sayangku kau begitu...

Sayangku kau begitu...
sempurna, sempurna...

.

Friday, February 24, 2012

Resit yang Pelik

Pernah nampak resit yang pelik lepas makan di mana-mana gerai makan?? Hari ni saya baru jumpa sebuah... Kedai makan Coffee "O" Corner... Heheheh~~~


Mula-mula dapat resit tak perasan lagi benda tu, bila tengok list panjang semacam sedangkan order cuma 2 set, tu la baca betul-betul apa yang dia tulis... (^_^) Comel... =)
.

Friday, February 17, 2012

Biskut Nestum Comel


Biskut nestum yang comel sebab rupa nya yang sangat comel... (^_^) Biskut bentuk beruang dan hati... Heheheh~~~ Actually ni kali ke dua dalam minggu ni dah buat biskut yang sama. Hari tu try je buat, tapi sikit sangat. Sekarang dah teringin nak makan lagi. Sebab tu la buat banyak lagi untuk makan-makan sendiri dan bagi kat dia sikit... (^_^) Memandangkan rasa biskut ni agak sedap, jadi saya nak share resipinya... (^_^)


Bahan-bahannya : 
1 gelas Tepung gandum
1 gelas Tepung jagung
1 gelas Nestum Nesvita
1/3 gelas Gula
250g Buttercup
1 biji Telur
1/2 sudu kecil Esen vanilla
1 sudu kecil Baking powder
Pewarna pink
Acuan biskut beruang dan love

Cara Membuat :

1. Butter, gula, tepung jagung, tepung gandum dan baking powder di gaul sampai sebati.

2. Bila semua dah sebati, masukkan telur, asen vanilla dan nestum. Sekiranya adunan masih agak lembab, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum. Kalau tak nak guna tepung, masukkan nestum sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sempurna. **Doh jangan terlalu kering, biarkan melekit sedikit**

3. Setelah doh siap, bahagikan kepada dua bahagia untuk diwarnakan. Satu warna pink, satu lagi biarkan warna asal.


4. Bentukkan mengikut bentuk kesukaan. Sekiranya biskut agak tebal seperti yang saya buat. Gunakan oven suhu 120◦c selama 20minit. Untuk biskut nipis, boleh gunakan suhu 140◦c selama 15minit. Agak-agak je la suhu tu... Boleh tengok kalau masih belum masak... Ngeh3~~~ (^_^)

Bila dah masak. Jadilah biskut comel berbentuk beruang... Hehehhe~~~ (^_^)



Nilai Harga Diri Tak Luntur Sama Seperti Wang

Suatu hari, seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin.




"Siapa yang nak duit ni?"
.
Kelihatan ramai hadirin yang mengangkat tangan menunjuk minat.
.
"Saya akan berikan kepada salah seorang dari anda, tapi sebelumnya izinkan saya buat ini dulu"
.
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas dengan tangannya sehingga renyuk.
.
"Siapa lagi yang masih mahu wang ni?" Jumlah tangan yang mengangkat tetap tak berkurang.
.
"Baiklah." Jawabnya.
.
"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"
.
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek-lenyekkan dengan kasutnya. Walupun tak rosak, tapi duit itu menjadi amat kotor, lusuh dan amat renyuk.
.
"OK, sekarang siapa masih nak dengan wang ni?"
.
Tangan-tangan yang mengangkat ke atas masih tetap banyak.


Pembaca sekalian, kita baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang tersebut, anda masih berminat kerana apa saja yang dilakukan tetap tidak mengurangi nilainya. Biarpun renyuk, lusuh dan kotor, wang itu tetap bernilai RM100.

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat dan situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu. Dalam keadaan seperti itu, kita merasakan kita tak berharga dan tak bererti. Padahal apapun yang telah dan akan terjadi kita tak pernah kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai kita. Lebih-lebih lagi di mata Allah.

Jadi, kotor bagaimanapun, kita masih mempunyai nilai yang tersindiri. Sayangilah diri kita dan berubah kepada yang lebih baik. Teruskan berusaha sekiranya gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan sesekali lupa bahawa kita adalah makhluk Allah yang dipandang sama. Hanya iman dan takwa yang membezakan kita... InsyaAllah...
.

Monday, February 13, 2012

Agama Islam Tak Sambut Valentine


Valentine... Hurmmm~~~ Sedeh bila tengok masih ada lagi pasangan yang beragama Islam yang sambut hari Valentine... Masih tak tahu lagi ke apa Valentine tu?? Mustahil la tak tahu...atau buat-buat tak tahu...

Kalau betul-betul tak tahu... Buka LINK NI >>> Islam dan Valentine

Tengok jugak video pedas dari Cerita Tentang Dhia... (^_^)



Saturday, February 11, 2012

Berseronok di Kampung si Dia

Hari ni adalah satu hari yang sangat seronok... Saya pergi ke Kampung di Sematan untuk habiskan masa cuti hujung minggu... Pagi-pagi pukul 5.30pagi saya dah berangkat dari rumah untuk pergi ke Sematan... Seram jugak driving dalam gelap dan tak banyak kereta. Tapi masa ni la perjalanan lancar... Hehehe~~~ Saya tak berapa suka sangat nak driving kalau matahari dah masuk... (^_^) Dalam pukul 7 pagi saya dah sampai ke sana...

Seronok memandu sambil nampak matahari terbit... Perlahan-lahan suasana yang gelap menjadi semakin terang...

Nampak matahari terbit di pagi hari... (^_^)
Tiba je dikampung... Benda pertama yang saya pergi tengok adalah burung-burung puyuh saya... Heheheh~~~ Diorang ni dah jadi semakin gemuk dan besar.. Telur pun besar-besar. Dah nampak macam telur ayam pun ada jugak... (^_^)

Telur puyuh saya yang besar... (^_^)
Lepas minum pagi, kami pergi ke pasar sematan. Jalan-jalan ke pasar dan beli bahan-bahan untuk buat biskut... Hehehhe~~~ Kami dah plan nak buat biskut sama-sama... Biskut Nestum... Sedap... Seronok pulak bila sama-sama buat camni... (^_^) Adunan yang sama, tapi kami bahagikan kepada tiga sebab masing-masing ada bentuk sendiri... Hehehhe~~~

Buat bentuk biskut masing-masing. Tak boleh tiru... Heheheh~~
Dari kiri : Biskut saya, Biskut dia & Biskut Auntie 
Biskut kami dah siap... Biskut saya paling tak cantik... hehehe~~~
Sedang tunggu biskut di bakar... Saya boleh pulak masak untuk makan tengah hari... Dah macam robot pulak buat macam-macam kerja sekali... Tapi seronok sebab dia pun bersama-sama di dapur tolong memasak... (^_^) Walaupun tak berapa pandai nak memasak, tapi try je la ikut macam mana mak selalu masak... Nak tengok apa yang saya masak untuk makan tengah hari??? Hehehehe~~~

Lauk Udang masak sos, Midin Belacan, Ikan Gelama Asam Pedas & Sayur Kacang Panjang Rebus... (^_^)
Sedap tau saya masak.... Tak percaya?? Rasalah sendiri... Ngeh3~~~ (^_^) Petang tu kami pergi mandi sungai... Sungai tu kat dalam hutan, di tepi kebun diorang... Air sungai tu jernih sangat-sangat... Walaupun air dah paras pinggang, tapi kita masih boleh tengok lagi ikan berenang dan gigit-gigit kaki... (^_^) Saya sempat kutip siput untuk bawa balik rumah. Nak suruh bapak masak kot... Heheheh~~~ Tu pun kalau siput tu boleh di makan...Sebab saiz dia kecik sangat, masih baby lagi... Hehehhe~~~

Siput sungai comel... (^_^)
Petang tu lepas balik dari mandi sungai, memang penat giler... Sampai tertido kat depan TV... Pukul 6 petang baru sedar dan kami terus berangkat balik Kuching... Dah senja... (^_^) Kami balik beriringan sebab, nampakkan kereta dia follow dari belekang... (^_^) Masa saya sampai pagi tadi dapat tengok matahari terbit... Bila balik pulak dapat tengok matahari terbenam.... Indahnya ciptaan Allah... (^_^)

Matahari terbenam nampak dari cermin... (^_^)
Hari ni memang seronok sangat sebab aktiviti penuh... Lagipun saya sendiri mana ada kampung. Sebab tu la bila datang ke kampung orang lain saya akan habiskan satu hari walaupun kepenatan... (^_^)
.

Friday, February 10, 2012

Dapat Keluar Dari Penjara MEMC

Keluar penjara??? Heheheh~~~ (^_^) Ayat yang betul ialah, dah boleh berhenti kerja dari MEMC sebab dah dapat kerja baru... Tapi bukan saya, tapi Dia... (^_^)


Sebelum ni, saya dah teman dan tolong dia carik kerja kat macam-macam tempat... Setiap kali ada interview saya akan mintak cuti untuk teman dia pergi... Kononnya nak bagi sokongan masa Interview tu... Hehehhe~~~

Last sekali saya teman masa interview di Ambang Wira, kat Simpang Tiga pada 31hb Januari 2012 lepas... Alhamdulillah dia dapat kerja kat situ pakai Sijil Diploma. Walaupun tak dapat kerja kerajaan, tapi kira dah bersyukur sebab dia dapat keluar dari MEMC... Kat MEMC pun bukan tetap, kerja dalam kontrak CBG (Capacity Building for Graduate), gaji pun kecik. Sebab tu la bila dapat keluar dari situ dah bersyukur sangat. Kalau ada rezeki baru cari lagi kerja tempat lain...


"Forget all about salary, titles, perks and status. Choose a job that makes you go..."

Sekarang ni kerja dah tak boleh nak terlalu memilih. Graduan dah melambak kat luar dan banyak yang tak berkerja sebab terlalu memilih dan belum ada rezeki. Kita janganlah menjadi salah satu seperti diorang. Sekurang-kurangnya apa kerja apa yang ada sekarang, terima je dulu. Apa yang penting kumpul experience untuk demand dan apply kat tempat yang lebih baik. Kalau ada rezeki, takkan kemana. Asalkan kita tak berhenti usaha dan jangan berputus asa...

Saya doakan lepas ni rezeki dia lebih terbuka luas... Amin....
.

Cadangan Gaji SBPA Mac 2012

Update~ Update~ Betul ke tidak benda ni?? Terkini SBPA yang saya tengok orang update dalam Facebook... Harap-harap betul la dan bukan hanya omong kosong... Kalau betul camni, tak la rasa berat sebelah sangat untuk yang berpangkat besar... heheheh~~~ (^_^)


Sunday, February 5, 2012

Apabila cakap tak guna otak...

Bila bercakap tak guna otak... Ini la jadinya... Hurmmm~~~





.

Carbonara Mushroom Cheese by Sis

Pagi-pagi lagi dah breakfast Cheese... Sedap... (^_^) Pagi ni adik masak Carbonara Cendawan... Sedappp sangat... Pandai dia masak... (^_^)

Nyum3~~~ Chessy & Yummy~~~ (^_^)
Bahan-bahan yang digunakan pun simple je... =)

1 Paket Spiral Fettucini
1 Paket Keju Tatura
1 Tin susu cair
1 Tin cendawan butang
1 Tin carbonara cendawan
500g daging cincang
1 Biji bawang besar dicincang
Sehiris halia dicincang HALUS
Serbuk lada dan bahan perisa


Cara nak buat lagi senang... Heheheh~~~

1. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia.
2. Masukkan bahan perisa, cendawan dan daging cincang. Tumis sampai daging betul-betul masak.
3. Lepas daging masak, baru masukkan susu cair dan Tatura Cheese.


4. Masakkan semua bahan dan gaul sampai mendidih sehingga cukup pekat. Kalau terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air. Sambil masakkan kuah, jangan lupa rebuskan Spiral Fettucini sampai masak.


5. Setelah Fettucini kembang, buangkan air sampai kering dan masukkan ke dalam kuah. Gaul sampai sebati dan siap untuk dimakan.... Nyum3~~~ Hehehhe~~~ Sedapppp.... Tapi tak boleh nak makan banyak, sebab cheese tu buatkan kita jadi cepat muak... Jum makan... (^_^)


3 Wanita berJubah Berkeliaran di Water Front

Hehehe~~~ Macam seram je bunyi... Lepas je habis majlis Malam Cinta Rasul yang saya post dalam entry yang sebelum ni, kami terus keluar pergi minum dan jalan-jalan pergi Water Front tengok Fun Fair... Hehehe~~~


Saja je tak nak balik dulu... Singgah ljalan-jalan di pasar walaupun pakaian agak tak sesuai. Lantak la... Janji hati senang... Semua orang tengok semacam je bila tengok perempuan berjubah hitam merayau di pasar tengah-tengah malam... Kehkehkeh~~~ Masa jalan-jalan, jumpa la dengan Firdaus, Aziz dan Azmil yang pergi tengok FunFair jugak... (^_^)


Bila fasyen agak lain dari orang lain, seronok jugak kan??? Sebab semua orang tengok pelek... Heheheh~~
Pakaian dah cun dah... Sopan je... Tapi perangai macam budak-budak... Nakal~~~ Macam budak-budak tadika yang dilepaskan mak bapak...Maaf la ye sebab pakai pakaian macam ni... Tak dapat nak salin dulu... hehehe~~~

Ngeh3~~ =)
Main je Keja... =)
Main Pondok-pondok... Hehehe~~~
Alololooo~~~ Kesian... Hahah~~~
Dah sudah la tu... Pukul 12 tengah malam dah... (^_^) Tapi tak berasa pulak dah tengah malam sebab di kawasan Fun Fair tu masa ramai orang... Hehehhe~~~
.

Malam Cinta Rasul 1433H

Sebelum tu nak terangkan apa itu Maulidul Rasul... Walaupun secara amnya semua umat Islam dah tahu... (^_^)

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat Pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa balasan Allah S.W.T terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, Allah S.W.T akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja akan diperoleh oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. InsyaAllah...


Malam ni ada aktiviti Malam Cinta Rasul anjuran ABIM kat DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)... Saya dan adik-adik pergi ke majlis tu malam tadi... (^_^) Aktiviti tu dari siang, tapi kami cuma pergi aktiviti malam.. Ada banyak persembahan Nasyid, Sajak dan Pentomen... =)


Diantara persembahan nasyid dari anak-anak ABIM
Dalam banyak-banyak persembahan, ada satu persembahan pentomen yang menyentuh hati. Mengisahkan seorang yahudi buta yang telah dibantu dan dijaga oleh Nabi Muhammad S.A.W akhirnya memeluk agama islam kerana kebaikan dan kemuliaan sifat Rasullullah... Tapi tak dapat nak upload video, bila nak upload keluar pop-up "File Rejected"... Nanti la cuba upload lagi kalau dapat... Untuk dikongsi bersama... =)
.

Friday, February 3, 2012

My Sis 20th Birthday...

Hari tu Hari Lahir adik saya... 27 Januari 2011... Tapi baru sekarang baru ada masa nak tulis entry ni... Hehehe~~

Happy 20th Birthday Sis Nurmuliati Bt Morshidi
•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸
Happy 20th Birthday Nurmuliati Binti Morshidi... No. kad Pengenalan 920127~~~ ... Hahahah~~~ Takde la nak letak no. IC pulak... (^_^)
•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸

Masa 27 Januari tu.. Bapak dan adik saya yang jadi chef... Sedap... Suka tengok makanan sebelum dan selepas di masak... Seronok ambil gambar perut pun jadi kenyang... Cantik kan??? lebih-lebih lagi bingka durian dan nasi pelangi... Warna warni je... hehehe~~~ Ambil bau je dah kenyang... Hehehhe~~~

Kuih Bingka Durian
Nasi Briyani Pelangi
Udang Goreng Kari
Ayam Goreng Kunyit
Tengah adik-adik sibuk masak, saya dan bapak keluar pergi beli kek... Diorang tak tahu pun pasal ada kek, sebab ingatkan makan-makan je... Heheheh~~ Bapak dan adik-adik masak semuanya sedap... (^_^) Sebab tu la badan kami ni besar-besar... Hihihi~~~ =) Happy Belated Birthday Sis... =)
.

Fesyen Berbaju Kurung

Malas nak pakai tudung??? Heheheh~~~ Macam tu lah perangai saya... Diantara perangai buruk yang tak tahu bila nak buang... Heheheh~~ Kejab pakai tudung, kejab tak... Hurmmm~~~


Hari tu masa balik kerja pakai tudung... Tapi lepas je ambil adik-adik dari UiTM, rasa malas pulak nak pakai dan bukak dalam kereta... Hehehe~~ Dalam perjalanan balik, nak singgah2 mall beli barang dapur yang mak pesan... Rambut dah kemek oleh tudung, nak masuk balik malas pulak bila tengok dah berlipat... So, pakai je la cap yang memang ada sangkut di belakang... Hehehhe~~~


Dah tahu pakaian tu tak betul... Masa nak jalan-jalan tahu pulak malu... Adeh~~~ Hehehhe~~ Takpe, sekarang ni saya memang ada tak betul sikit sebab tudung bukak dan tutup... Syukur saya masih nak pakai, nanti kalau dah ready betul baru la saya tak bukak2... Amin~~~ (^_^)
.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~