Friday, February 17, 2012

Biskut Nestum Comel


Biskut nestum yang comel sebab rupa nya yang sangat comel... (^_^) Biskut bentuk beruang dan hati... Heheheh~~~ Actually ni kali ke dua dalam minggu ni dah buat biskut yang sama. Hari tu try je buat, tapi sikit sangat. Sekarang dah teringin nak makan lagi. Sebab tu la buat banyak lagi untuk makan-makan sendiri dan bagi kat dia sikit... (^_^) Memandangkan rasa biskut ni agak sedap, jadi saya nak share resipinya... (^_^)


Bahan-bahannya : 
1 gelas Tepung gandum
1 gelas Tepung jagung
1 gelas Nestum Nesvita
1/3 gelas Gula
250g Buttercup
1 biji Telur
1/2 sudu kecil Esen vanilla
1 sudu kecil Baking powder
Pewarna pink
Acuan biskut beruang dan love

Cara Membuat :

1. Butter, gula, tepung jagung, tepung gandum dan baking powder di gaul sampai sebati.

2. Bila semua dah sebati, masukkan telur, asen vanilla dan nestum. Sekiranya adunan masih agak lembab, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum. Kalau tak nak guna tepung, masukkan nestum sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sempurna. **Doh jangan terlalu kering, biarkan melekit sedikit**

3. Setelah doh siap, bahagikan kepada dua bahagia untuk diwarnakan. Satu warna pink, satu lagi biarkan warna asal.


4. Bentukkan mengikut bentuk kesukaan. Sekiranya biskut agak tebal seperti yang saya buat. Gunakan oven suhu 120◦c selama 20minit. Untuk biskut nipis, boleh gunakan suhu 140◦c selama 15minit. Agak-agak je la suhu tu... Boleh tengok kalau masih belum masak... Ngeh3~~~ (^_^)

Bila dah masak. Jadilah biskut comel berbentuk beruang... Hehehhe~~~ (^_^)



No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~