Friday, February 10, 2012

Dapat Keluar Dari Penjara MEMC

Keluar penjara??? Heheheh~~~ (^_^) Ayat yang betul ialah, dah boleh berhenti kerja dari MEMC sebab dah dapat kerja baru... Tapi bukan saya, tapi Dia... (^_^)


Sebelum ni, saya dah teman dan tolong dia carik kerja kat macam-macam tempat... Setiap kali ada interview saya akan mintak cuti untuk teman dia pergi... Kononnya nak bagi sokongan masa Interview tu... Hehehhe~~~

Last sekali saya teman masa interview di Ambang Wira, kat Simpang Tiga pada 31hb Januari 2012 lepas... Alhamdulillah dia dapat kerja kat situ pakai Sijil Diploma. Walaupun tak dapat kerja kerajaan, tapi kira dah bersyukur sebab dia dapat keluar dari MEMC... Kat MEMC pun bukan tetap, kerja dalam kontrak CBG (Capacity Building for Graduate), gaji pun kecik. Sebab tu la bila dapat keluar dari situ dah bersyukur sangat. Kalau ada rezeki baru cari lagi kerja tempat lain...


"Forget all about salary, titles, perks and status. Choose a job that makes you go..."

Sekarang ni kerja dah tak boleh nak terlalu memilih. Graduan dah melambak kat luar dan banyak yang tak berkerja sebab terlalu memilih dan belum ada rezeki. Kita janganlah menjadi salah satu seperti diorang. Sekurang-kurangnya apa kerja apa yang ada sekarang, terima je dulu. Apa yang penting kumpul experience untuk demand dan apply kat tempat yang lebih baik. Kalau ada rezeki, takkan kemana. Asalkan kita tak berhenti usaha dan jangan berputus asa...

Saya doakan lepas ni rezeki dia lebih terbuka luas... Amin....
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~