Friday, February 3, 2012

Fesyen Berbaju Kurung

Malas nak pakai tudung??? Heheheh~~~ Macam tu lah perangai saya... Diantara perangai buruk yang tak tahu bila nak buang... Heheheh~~ Kejab pakai tudung, kejab tak... Hurmmm~~~


Hari tu masa balik kerja pakai tudung... Tapi lepas je ambil adik-adik dari UiTM, rasa malas pulak nak pakai dan bukak dalam kereta... Hehehe~~ Dalam perjalanan balik, nak singgah2 mall beli barang dapur yang mak pesan... Rambut dah kemek oleh tudung, nak masuk balik malas pulak bila tengok dah berlipat... So, pakai je la cap yang memang ada sangkut di belakang... Hehehhe~~~


Dah tahu pakaian tu tak betul... Masa nak jalan-jalan tahu pulak malu... Adeh~~~ Hehehhe~~ Takpe, sekarang ni saya memang ada tak betul sikit sebab tudung bukak dan tutup... Syukur saya masih nak pakai, nanti kalau dah ready betul baru la saya tak bukak2... Amin~~~ (^_^)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~