Sunday, February 5, 2012

Malam Cinta Rasul 1433H

Sebelum tu nak terangkan apa itu Maulidul Rasul... Walaupun secara amnya semua umat Islam dah tahu... (^_^)

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat Pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa balasan Allah S.W.T terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, Allah S.W.T akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja akan diperoleh oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. InsyaAllah...


Malam ni ada aktiviti Malam Cinta Rasul anjuran ABIM kat DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)... Saya dan adik-adik pergi ke majlis tu malam tadi... (^_^) Aktiviti tu dari siang, tapi kami cuma pergi aktiviti malam.. Ada banyak persembahan Nasyid, Sajak dan Pentomen... =)


Diantara persembahan nasyid dari anak-anak ABIM
Dalam banyak-banyak persembahan, ada satu persembahan pentomen yang menyentuh hati. Mengisahkan seorang yahudi buta yang telah dibantu dan dijaga oleh Nabi Muhammad S.A.W akhirnya memeluk agama islam kerana kebaikan dan kemuliaan sifat Rasullullah... Tapi tak dapat nak upload video, bila nak upload keluar pop-up "File Rejected"... Nanti la cuba upload lagi kalau dapat... Untuk dikongsi bersama... =)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~