Friday, February 17, 2012

Nilai Harga Diri Tak Luntur Sama Seperti Wang

Suatu hari, seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin.




"Siapa yang nak duit ni?"
.
Kelihatan ramai hadirin yang mengangkat tangan menunjuk minat.
.
"Saya akan berikan kepada salah seorang dari anda, tapi sebelumnya izinkan saya buat ini dulu"
.
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas dengan tangannya sehingga renyuk.
.
"Siapa lagi yang masih mahu wang ni?" Jumlah tangan yang mengangkat tetap tak berkurang.
.
"Baiklah." Jawabnya.
.
"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"
.
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek-lenyekkan dengan kasutnya. Walupun tak rosak, tapi duit itu menjadi amat kotor, lusuh dan amat renyuk.
.
"OK, sekarang siapa masih nak dengan wang ni?"
.
Tangan-tangan yang mengangkat ke atas masih tetap banyak.


Pembaca sekalian, kita baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang tersebut, anda masih berminat kerana apa saja yang dilakukan tetap tidak mengurangi nilainya. Biarpun renyuk, lusuh dan kotor, wang itu tetap bernilai RM100.

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat dan situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu. Dalam keadaan seperti itu, kita merasakan kita tak berharga dan tak bererti. Padahal apapun yang telah dan akan terjadi kita tak pernah kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai kita. Lebih-lebih lagi di mata Allah.

Jadi, kotor bagaimanapun, kita masih mempunyai nilai yang tersindiri. Sayangilah diri kita dan berubah kepada yang lebih baik. Teruskan berusaha sekiranya gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan sesekali lupa bahawa kita adalah makhluk Allah yang dipandang sama. Hanya iman dan takwa yang membezakan kita... InsyaAllah...
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~