Monday, February 27, 2012

Selipar Comel

Suka tengok selipar budak kecik... Comel je saiz dia kan??? Saiz kaki sebesar tapak tangan... hehehhe~~~ 

Selipar jepun budak kecik
Ni selipar anak saudara saya... Umur baru 2 tahun lebih, tapi selipar dia lebih banyak dari selipar saya sebab dia ni kecik-kecik lagi dah suka dengan selipar... Tak boleh tengok kedai selipar, mesti nak beli... (^_^) Comel kan bila kita compare saiz kaki diorang dengan kaki kita... Hehhehe~~~


.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~