Wednesday, March 21, 2012

Ada Sebabnya....

Petang ni nak merapu kejab... Sebab cuaca panas terik, perut saya lapar dan baru je sampai ofis... Penatttt... Huuu~~~ Tadi banyak urusan luar pejabat...

Korang perasan tak??? Kalau sesuatu dah berlaku kat kita, baru kita nak berfikir apa yang terjadi, apa penyebabnya dan apa yang patut dibuat??? Kadang kala, sesuatu perlu terjadi supaya kita dapat membentuk seseorang...nak bagi dia berfikir dan apa yang sepatutnya dia buat.... Tapi bahayanya, kalau melampau sangat nanti kita akan terus kehilangannya sampai bila-bila...  Sekiranya hilang, mungkin tu boleh dijadikan pengajaran untuk kedua-duanya... Mungkin... Tak siapa yang tahu...

Kalau kita tak buat sesuatu yang drastik, nak buat macam mana lagi??? Dah buntu otak ni nak fikir kalau berterusan... Tapi takpe, kadang-kala bila sesuatu dah hilang, ia akan membuatkan kita gembira dan belajar erti menghargai dan menjaga.... Perkara macam tu tak akan berulang banyak kali...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~