Tuesday, March 13, 2012

Babi Diharamkan???

Pernah tak terfikir kenapa Babi diharamkan dalam Islam?? Saya sendiri terfikir tentang perkara tu... Diantara sebabnya diceritakan dalam kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepada Imam tentang mengapa Babi diharamkan dalam Islam.


"Umat islam mengatakan bahawa babi haram, kerana dahulu ia memakan sampah yang mengandungi cacing pita dan bakteria lainnya. Pada zaman ini, perkara itu sudah tidak ada, kerana babi diternak dalam pertenakan moden, kebersihan terjamin dan proses steril yang mencukupi. Jadi bagaimana babi itu boleh dijangkiti cacing pita atau bakteria lain?"
.
Imam Muhammad Abduh tidak terus menjawab pertanyaan itu dan dengan kecerdikanya beliau meminta mereka untuk membawa 2 ekor ayam jantan serta seekor ayam betina, dan 2 ekor babi jantan serta seekor babi betina. Mendengar permintaan itu, mereka bertanya. "Untuk apa semua ini?"
.
Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka saya akan memperlihatkan suatu rahsia."
.
Mereka memenuhi segala permintaan beliau. Beliau kemudian memerintahkan agar melepaskan 2 ekor ayam jantan bersama seekor ayam betina tadi didalam 1 kandang. Kedua ayam jantan itu mula bergaduh dan saling membunuh untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri. Ayam itu kemudiannya dikurungkan semula.
Kemudian, beliau memerintahkan agar mereka melepaskan babi dengan cara yang sama, tetapi kali ini mereka menyaksikan satu keanehan. Babi jantan membantu seekor lagi babi jantan yang lain untuk melaksanakan hajat seksualnya tanpa rasa cemburu, tanpa rasa harga diri atau keinginan untuk mempertahankan babi betina untuk dirinya sendiri.
.
Setelah itu, beliau berkata, "Saudara-saudara sekalian, daging babi akan membunuh ghairah orang yang memakannya. Itulah yang terjadi kepada kalian. Seorang dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain bersapa dan  berpelukan mesra tanpa rasa cemburu. Manakala seorang bapa antara kalian melihat anak perempuannya bersama seorang lelaki dan membiarkannya tanpa rasa cemburu dan was-was. Ini adalah kerana daging babi itu menyebarkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."
.
Cuba kita duduk dan diam sejenak dan berfikir... Betul atau tidak?? 
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia laranganNya...
.
FAKTA yang kita semua mungkin tahu...


Penemuan baru yang menunjukkan bahawa DNA babi adalah sama seperti DNA manusia.. Untuk membuktikanya, carilah dalam artikel tentang kajian yang banyak terdapat di dalam internet. Contohnya "DNA pig human identical similar". Dalam satu kajian, pertembungan dua DNA yang strukturnya adalah sama akan menjadi mudah untuk disatukan sifat-sifat gen kedua-dua DNA tersebut. Dengan kata lain, jika manusia memakan daging babi, maka manusia tersebut berpotensi untuk menyatukan DNAnya dengan DNA babi dan dalam masa yang sama akan menyatukan sifat-sifat babi dalam dirinya...
Jadi????

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~