Saturday, March 24, 2012

Berbaloi ke Servis di Perodua??

Ni adalah kali pertama saya servis Si Putih saya tu di Perodua... Sebelum ni saya servis kat bengkel je, memang dah biasa kat situ dari sebelum ni lagi... Tapi memandangkan ni adalah major servis, jadi saya nak cek betul-betul seluruh enjin takut ada apa-apa masalah lain yang bengkel tak pernah cek dalam 5 tahun umur dia ni...

hantar Si Putih pergi Klinik... (^_^)
Belum apa-apa lagi nama saya dekat resit tu dah tak betul... Hurmmm~~~ Nama saya Nurhayati Bt Morshidi... Bukannya Nurhayati Bt Sahari... Haduiiii... Tersilap bapak la pulak... (-_-)

Nama sapa ni??? Tak kenal... huhhh~~~
Resit nak bayar punya la berjela-jela... Tak tau la benda yang diservis tu perlu ke tidak... Sebab kalau perempuan punya kereta, tau nak pakai je... Bukan tahu pun apa dalam enjin tu... Jadi, bila dah time servis diorang suruh tukar itu ini, tukar je la.... Huuu~~~ Ni dia list benda yang diorang tukar...

Page 1
Page 2
Page 3
Jumlahnya??? Memang tak dijangka... Sebab ni pertama kali bawa kat Perodua... Tu pun sebab major servis... So, lepas ni untuk servis biasa, saya akan bawak pergi bengkel yang saya dah biasa hantar... Rasanya dalam panjang-panjang list yang dia servis tu, tak semuanya perlu kan?? Mungkin ada yang tak perlu pun dia tukarkan... Mungkin laaa.. Saya sendiri tak tau jugak pasal enjin-enjin ni...

Total servis... (-_-)
Actually, masalah sebenar yang saya sendiri dapat rasa masa driving adalah gear... Gear susah nak masuk dan sangat keras... Saya dah bagitau dengan diorang masa register servis... Bila dah siap, diorang kata takde masalah pun dan dah atur semua yang patut... Tapi, rasanya gear tu masih jugak bermasalah bila dah siap servis... Buang duit je... Kalau tahu, baik suruh bengkel saya sendiri yang tengokkan gear tu... Huhuhu~~~
.

5 comments:

Anonymous said...

mahal sebab b4 nie awak xpernah nak servis kat perodua.. sbb tu berjela2 bil dia.. cuba awak servis ikut masa yang telah ditetapkan, mesti xder masalah punye.. saya x berapa suka nak servis kereta dekat bengkel sebab risiko tinggi.. nie pendapat saya je..

Kak Yatt said...

sebelum ni memang servis ikut masa yg ditetapkan.... Cuma bukan d perodua... cuma major servis je saya buat kat perodua, ni pun 1st time...
Kalau bab risiko, memang risiko servis kat bengkel sebab xde waranty... atleast kalau kat perodua, pa2hal masalah diorang akan tanggung...
maybe lepas ni akan mantain kat perodua kot...sebab dah alang2 buat kat sana... pa2 hal nanti senang ckit nak claim... =)

Anonymous said...

kesian awak... sume2 dalam list tu xde pun yg berkaitan dgn masalah yg awak ckp... bila gear keras n susah masuk antara masalah nye clutch cable yg rosak or main reason clutch dah nk abis... actually klu kte jaga clutch blh tahan smpi 4-5 tahun...

Yatt Moore said...

Anonymous... Komen awk sgt bguna... Mmg padanlh klau clutch cabel tu rosak, umur kereta tu dh 5 thn lebih...
Ingatkn hntar kt perodua, blh detect apa masalah, tp lain rosak, lain yg ditukar (-_-)
Takpe, atleast skarg ni sy dh tau apa punca masalah, next srvice sy akn service kabel clutch la plak... dh 5 thn lbh x prnah tkar... TQ yerr... =)

Ridz Ayeop said...

Nanti kalau nak cari tayar pula, cuba website https://mytayar.com

Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~