Friday, March 16, 2012

Cinta Berlainan Agama

Malam-malam macam ni seronok layan baca blog-blog orang... Dan saya terbaca tentang ni dan ada kebenarannya juga dan untuk renungan semua yang berkaitan... =) 

•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸

Rasanya tak salah kalau kita nak bercinta dengan orang yang berlainan agama, tapi kena betul lah caranya. Jangan bercinta macam kita ni dah masuk agama pasangan kita pula...
Sila baca rintihan wanita dibawah...


¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•
Kadang2 kita tak dapat bahagikn masa antara kerja dengan cinta….I berkawan dengan chinese.. Dia seorang yang giler kerja… Asyik busy je… I suka kat dia, dia pun mcm tu jugak… Masalahnya, dia mcm tak bersungguh-sungguh untuk memeluk agama islam…. I jadi rungsing… Makin hari I makin sayang kat dia….. help me Richie…. Please...
¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•
Komen Panduan Cinta : Jika awak sudah tak boleh tahan dengan lelaki ni, saya rasa awak boleh undurkan diri. Sebabnya orang Cina memang selalu dikaitkan denga rajin bekerja dan mungkin lebih mementingkan kerja daripada awak. Jika awak rasa diri awak tidak menerima layanan yang sepatutnya, silalah dengan rela hatinya mengundur diri.

Lebih-lebih si dia tidak bersungguh-sungguh untuk memeluk agama Islam. INGAT! Awak hanya boleh  berkahwin dengan orang yang sudah memeluk agama Islam. Jika tidak berdosa besar. Jangan terlalu mementingkan hati dan perasaan awak. Awak kena lebih memikirkan perihal AGAMA dan MASA DEPAN. Ikut hati , mati nanti...

Jika awak tak mahu kehilangan si dia, awak perlu ajak dia berbincang dengan serius hal ni. Jika dia masih tidak memandang serius perkara ni, lebih baik awak tinggalkan si dia.

Sumber : Panduan Cinta
.

11 comments:

Kak Yatt said...

Undur diri macam idea baik... Sebab kalau org dh tak nak bagi komitmen, buat apa nak terhegeh2 lagi nak kejar??? hurmmm~~~

Anonymous said...

sis, saya nak minta pendapat daripada sis. saya memang ada berkenalan dengan seorang lelaki cina. dia satu tempat kerja dengan saya. tetapi berlainan department. kami memang rapat. dia memang baik, caring, romantik dan sebagainya. dia juga kadang-kadang boleh buat sesuatu tanpa kita duga. contohnya, dia tahu saya pergi kerja naik bas. bila sampai je kat bus stop, saya tengok dia dah sampai.dia memang beribadah dengan ikhlas melalui agama dia. itupun saya tahu sebab dia minta izin sebentar untuk menyembah tuhan dia. dan bila saya kata mengapa sekejap je sembahyang, dia kata sembahyang kena melalui hati. time tu saya terfikir, kita orang islam belum tentu sembahyang dengan ikhlas. inikan dia orang bukan islam boleh sembahyang dengan ikhlas. saya tak berharap saya dengan dia sebab kami berlainan agama, tapi saya tengok makin hari dia makin ingin mengenali saya. ada masa dia kata dia merindui saya. ada masa dia kata tidak boleh tidur kerana fikir saya. speechless dibuatnya. saya tak pasti dia berminat dengan agama islam atau tidak, tapi saya pernah terlihat dia membaca buku bertajuk 'osho'. rasanya sis boleh search dekat google siapa osho tu. sekiranya benar dia jodoh saya, saya tidak boleh menolak. saya belajar agama tidaklah tinggi. setakat sekolah rendah je. tapi inshaa allah, jika benar dia untuk saya, saya akan cuba bimbing dia walaupun saya harap saya dapat suami yang boleh bimbing saya. tapi bila saya perhatikan lelaki melayu zaman sekarang islam pada ic,bila kita nasihat belum tentu dia nak dengar. bukan nak mengutuk,tapi itu hakikatnya.kadang-kadang ada yang baru nak mendalami islam walhal hakikatnya sudah lama islam.ini pula dibandingkan orang yang baru mendalami agama islam. saya harap sis boleh beri pendapat. terima kasih.

Nurhayati Morshidi said...

Salam... Mcm mana saya nak contact sis?? Actually benda berkaitan agama ni ssh kita nak duga... Kita x tau bila hidayah Islam tu akan sampai kat dia... Hati kena kuat untuk sabar tunggu dia... Bila tu, kita tak akan tahu... Kalau blh, tunjukkan kat dia sikit2 apa islam, apa keindahan islam, apa kebaikan islam, apa ajaran baik islam... Semua benda tu akan buat dia terfikir... Dulu, husband sy seorang Kristian yang warak dan kuat pegangan Kristian dia... Susah saya nak bukak hati dia kat islam. Walaua apa pun yang saya buat, kdg2 benda tu takde kesan pun kat dia... Sampai saya rasa putus asa dan nak pisah... Tapi, bila diajak pisah, dia tak nak... Dia cuma sayangkan saya dan bukan islam... Sampai dia tanya, boleh tak kalau kahwin, tapi agama kekal??? Kalau sis tabah, sis tunggu samapi Allah turunkan hidayah tu... Walaupun lama, tapi kalau niat kita baik dan ikhlas...InsyaAllah Allah akan bantu... Banyakkan berdoa supaya mata dan hati dia terbukak...

Pada pandangan saya sendiri dan apa yang dah terjadi kat saya, saya rasa mualaf lebih sempurna islamnya kalau dibandingkan dengan melayu setakat dalam IC... Sekarang ni, yang membimbing saya adalah suami saya walaupun dia baru memeluk islam... Saya yang dah lama islam ni pun tak tau sangat pasal agama... Dia lebih banyak membaca dan belajar, jadi, ilmu dia lebih banyak...
Saya syukur sebab Allah beri saya kesabaran untuk sabar dan menunggu walaupun susah saya nak bawa dia kepada Islam...

Satu je yang penting...dia ikut cara islam, bukan kita ikut cara agama dia... Maksud saya, dulu saya silap... Mula2 saya ni bertudung, tapi bila dah bsama dia, saya bukak tudung, sebab dia tak selesa dan saya pulak yang sibuk2 ikut cara agama dia... padahal saya yang nak bawa dia pada islam... Jadi, kalau kita nak bawa org pada islam, kita dulu tunjuk contoh dan kuatkan pendirian kita. Jangan kita ikut cara diorang... =D

Anonymous said...

salam sis. sis boleh contact saya melalui facebook bernama Norashikin Mesron. saya memang nak sangat tahu tentang orang bukan islam ni lebih-lebih lelaki yang bukan beragama islam. saya ada juga bercerita mengenai puasa sebab haritu dia tanya saya kenapa bangun awal. saya kata puasa kena bangun sahur. kena makan. dan serius, saya memang tak sangka saya boleh rapat dengan dia. saya pernah kenal dengan lelaki cina yang lain, tapi tak da lah serapat ini. kadang-kadang saya hanya anggap dia seorang yang caring, tetapi caring dia lain macam. macam lelaki melayu nak tackle gadis melayu. inshaa allah. saya akan cuba bercerita dengan dia tentang agama kita. dan sekiranya memang dia jodoh saya, saya terima seadanya. inshaa allah. dan saya perlukan nasihat-nasihat daripada sis juga. ^_^

Anonymous said...

Hai. Akak hayati.. Saya nak contact personal boleh? I am having the same problem too. Need some advise from akak. Thanks

Nurhayati Morshidi said...

salam sis. Blh je kalau x kberatan... Ni email sy, k. yatie0501m@yahoo.com
:))

Anonymous said...

Assalamualaikum sis...saya baru terbaca akan blog sis sebab saya juga mengalami hal yang sama dan saya tercari cari nasihat serta dorongan untuk setiap yang saya perlu lakukan..ni email saya zanarudinmohdnasir@yahoo.com

Anonymous said...

Assalamualaikum, banyak hal saya nak tanya akak, ni email saya ananshyra@gmail.com

Nurhayati Morshidi said...

Maaf buat yang comment tapi saya lambat reply... Sekarang agak sibuk jadi jarang bukak blog... Kalau ada apa2 pertanyaan, blh terus ke FB saya @nurhayati morshidi ye... =)

Anonymous said...

salam sis, saya baru baca blog sis dan rasa sgt berguna, boleh saya minta tunjuk ajar kat sis mengenai nasihat serta dorongan untuk setiap yang saya perlu lakukan. Sebenarnya saya seorang cina tapi I suka kat lelaki melayu.

Nurhayati Morshidi said...

Boleh follow sy kt FB page & inbox ye... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~