Saturday, March 31, 2012

Earth Hour... Lupa... (-_-)

Tadi ada Earth Hour kan??? Seriously saya lupa... Macam mana la boleh lupa pulak??? Satu hari ni dengar Hot.fm cakap-cakap pasal Earth Hour mula 8.30 hingga 9.30 malam... (-_-) Tadi leka sangat online dan main game, lebih-lebih lagi rumah sunyi, jadi takde siapa yang nak ingatkan saya... Tak prihatin langsung saya ni... Kesian kat bumi.... Huuuu~~~ Selain saya, ada lagi ke orang lain yang lupa dan tak buat??? 


Sejam kita semua padamkan lampu tu boleh menyelamatkan bumi dari pemanasan global tau... Earth Hour ni untuk memupuk kesedaran kita terhadap alam sekitar dan Isu Pemanasan Global yang semakin parah... Setiap tahun kita sambut Earth Hour pada Sabtu terakhir pada bulan Mac.... Tahun ni jatuh pada 31 Mac 2012... Saya ni tau cakap je, tapi saya sendiri dah terlupa tadi... Hurmmm~~~ Lain kali mesti ingat... OK!
Good Nite People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~