Sunday, March 4, 2012

Habiskan Baucer Buku 1 Malaysia

Sekarang dh bulan Mac, tak lama lagi Baucer Buku 1 Malaysia tu dah nak expired... So, saya bawa adik pergi ke Popular tun Jugah, nak beli stationery untuk final exam dalam 2 minggu lagi... Baki baucer tu cuma RM50 je, yang lain dah di gunakan untuk beli buku rujukan lain...


Tetapi~~~~ Popular tu sangat menyedihkan... Stationery dan buku bacaan umum semua tak cukup. Rak pun banyak kosong.. Habis stok kot... huhuhu~~~ Tu pertama kali pergi Popular Tun Jugah sejak mereka dah buat renovation, ingatkan semakin banyak barang lepas renovation, tapi semakin tak cukup barang nampak nya. So, lepas ni tak nak lagi la datang ke sana. Lebih seronok pergi ke MPH The Spring kalau nak cari buku, ataupun kedai Stationery CityStyle di Satok kalau nak beli alat tulis... (^_^)


Memandangkan semua benda yang nak dicari tak jumpa... Saki baki untuk cukupkan jumlah baucer tu, kami belikan buku masakan.... Heheheh~~~ Lagipun, kalau hujung minggu kami suka bermain masak2... Benda pertama yang kami nak try hujung minggu ni adalah Muffin... (^_^) nanti kita tengok menjadi ke tak... heheheh~~~
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~