Monday, March 12, 2012

Hujung minggu...Menghayati Keindahan Alam...

Tibanya hujung minggu, semuanya sibuk keluar berjalan ke untuk menghabiskan waktu cuti bersama keluarga atau kawan-kawan... Biasanya kita pergi menonton wayang, keluar makan, pergi membeli belah dan berseronok... Kalau kita tak cari, kadang-kala kita lupa betapa indahnya alam semula jadikeindahan dan ketenangan yang tak sama seperti di panggung wayang atau di pusat membeli belah...

Kepala siapa tu??? (^_^)
Saya sendiri baru nampak ketenangan tu bila hujung minggu saya dan dia dihabiskan dengan pergi ke taman dan air terjun... Mula-mula kami jalan-jalan kat Resevoir Park, dah lama tak datang sana, teringin pulak... (^_^)

Permandangan dari tepi kolam ikan
Resevoir Park, Kuching...
Tenang je kan bila kita duduk dikelilingi pokok-pokok sambil menghayati tiupan angin petang... Semua masalah seolah-olah hilang sebentar... Bebas dari hiruk pikuk di bandar... tapi lepas tu datang la balik masalah... heheheh~~~ (^_^)

Bila dah puas jalan-jalan kat taman, badan pun dah berpeluh dan melekit. Tiba-tiba je plan muncul dalam otak ni nak pergi mandi kat Air Terjun Ranchan, di Serian... Apa lagi, kami terus gerak pergi ke Ranchan... Masa nak pergi, hujan turun dengan lebatnya menyimbah bumi... Kalau hujan lebat, macam mana nak mandi?? Tapi tak kisah, teruskan jugak perjalanan tu... Niat dah ada... Hehhehe~~~

Hujan lebat dalam perjalanan ke Serian
Sedang dalam perjalanan tu, ternampak pulak Jambatan separuh jalan... Hehehhe~~~ Apasal jambatan tu setengah??? Tak perasan pulak sebelum ni... Roboh kot... (^_^) Dekat nak sejam barulah sampai di Ranchan, Serian... (^_^) Memandangkan saya tak pandai berenang, jadi agak rugi lah... Tak boleh nak berenang... Berendam pun jadi lah... =)

Taman Rekreasi Ranchan, Serian... 
Dah lama tak datang ke Ranchan... Agaknya bertahun kot... Kalau datang ke Serian pun takde kisah nak singgah... Masa datang kat sini dulu, belum ada hotel dan rumah tumpangan lagi. Tapi sekarang semua nya dah ada. Semakin banyak pembangunan yang saya tengok... Masa datang ke serian, kami guna jalan besar. Tapi bila balik tu kami guna jalan kampung... Seronok lalu jalan kampung dan tengok kebun-kebun... Ternampak kerbau-kerbau kat ladang kelapa sawit yang di bawa balik oleh tuannya di petang hari... (^_^)

Kerbau pulang petang dan berehat.... (^_^)
Indahnya alam ciptaan Allah kan??? Cuma kita je tak sedar kalau tak dicari... (^_^)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~