Friday, March 16, 2012

Kehilangan Mereka

Boleh bayangkan tak kalau kita sudah tidak mempunyai kedua orang tua??? Ketika adanya mereka di sisi kita, kita tak pernah terfikir dan tak pernah hiraukan... Tapi...bila sudah tiada barulah kita tercari-cari dengan kehadiran mereka... Jadi bersyukurlah kepada mereka yang masih memiliki kedua-duanya...

Mak dan Bapak saya... =)
Hari ini dah seminggu bapak tiada di rumah... Bapak pergi ke Limbang atas urusan kerja... Mak pulak dah berangkat ke Betong tengah hari tadi bersama dengan abang dan cucunya... Rumah terasa sangat sunyi... Nampak macam suram bila kedua-duanya tak ada... Kalau mak dan bapak ada pun, saya bukannya bercakap sangat... Bukan sebab apa saya tak bercakap, tapi memang saya jenis kurang bercakap di rumah... Tapi, sunyi tak bercakap dan sunyi bila tak ada memang lain...

Biasanya bila balik kerja, soalan yang sama mak akan tanya, "Nak makan tak?"... Sedangkan mak dah tahu jawapan skema saya setiap hari, "Saya tak makan petang"... Tapi, hari-hari pun dia akan tanya jugak... Hehehhehe~~~

Tapi hari ni tak best... Balik rumah terus baring dan tido je... Takde mood... Takde pun sesiapa nak ambil tahu dah makan ke belum... Petang ni pulak tetiba rasa nak makan petang... So, korek-korek almari cari maggi dan telur... Huuuurrmm~~~

Kalau orang lain, sekiranya mak bapak tak ada dirumah untuk tempoh yang panjang, itulah peluang untuk "lepas dari kandang" dan bebas... Tapi saya ni nak keluar pun jadi takde mood... Kalau nak merayap boleh je, itu pun kalau nak... Tapi hati tak nak... Kalau mak ada, pkl 9 saya masih tak balik mesti dia call... Tapi kalau dah takde macam ni, sapa nak kisah dengan saya??? saya makan ke tidak??? saya ada dirumah ke tidak??? saya sihat ke tidak??? takde orang peduli pun... Sekarang ni saya tengah demam... Sedihnya... (T_T) Takde orang nak peduli... =(
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~