Sunday, March 4, 2012

Kuching Station.... Banned...


Saya dah keluarkan Kuching Station dari list kedai makan saya... Tak suka tempat tu... Lembab nak mampus... Bayangkan kita perlukan 10minit untuk tunggu diorang layan kita dan ambik order. Tu pun kita sendiri yang kena pergi ke kaunter untuk panggil... Sepanjang tunggu 10 minit tu, meja kitorang penuh dengan pinggan-pinggan yang lepas dimakan oleh pelanggan lain. Diorang boleh je lalu-lalang hantar pesanan makanan dan tak kemas pun meja kitorang... Memang panas dan menyakitkan hati sangat-sangat...

Lepas tunggu 10 minit untuk dilayan... Kena tunggu lagi 15 minit untuk tunggu order pertama sampai... Bukannya pesanan berat pun, Nasi Ayam Penyet je... Total masa dah 25minit... Baru satu pesanan tuuu~~~ (-__-)


Tengok kat atas tu... Makanan dah nak habis. Meja masih kosong dan air pun tak datang lagi... Untuk pesanan kedua dan air, kena tunggu lagi 20minit... Nak tau apa yang saya order sampai lama giler nak tunggu??? NASI LEMAK jeee kotttt~~~ Makkk aiii~~~ Tengah kutip padi kat sawah ke??? Dia dah nak habis makan, pesanan saya baru nak sampai... Serius saya memang bengang sangat tunggu macam ni...


Terbuang macam tu je dekat nak sejam.... Hurmmm~~~ Pelanggan bukannya ramai pun... Tapi pelayan dia yang kerja memang slow... Kedai dah cantik dan makanan sangat sedap, tapi kalau service macam ni... Pelanggan memang tak akan datang 2 kali... Harap-harap lepas ni improve la service korang tu yerr... Kalau tak cukup pekerja, tambah la pekerja... Sebab gerai tu besar, tapi saya nampak tadi pekerja cuma 3 orang je kat luar termasuk juruwang... (-__-)


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~