Monday, March 12, 2012

Macam Mana nak Join Segmen??

Macam mana nak join segmen??? Saya dari dulu lagi dah perhatikan Segmen Abang Ben... Contoh macam Segmen ni.... >>>Maksud Header Blog Mereka Adalah...<<< Tup2 tengok Abang Ben umumkan segmen dah ditutup... Tak nampak pun Abang Ben buat iklan segmen... Hehhehe~~~ (^_^)


Saya suka-suka je nak try join segmen... Macam menarik pulak...Tapi itu laaa, tak pernah dapat dan asyik tak sempat je nak ikut... Korang tau ke macam mana nak join?? Ada iklan ke bagitau ada segmen baru??? Hehehhe~~~ (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~