Saturday, March 10, 2012

Meke-over my Sis & Friends

Malam tadi ada Dinner Pre-Graduation UiTM Sarawak, 09 Mac 2012... Adik saya dan kawan-kawan dia pergi sebab ni semester akhir mereka... Pertama kali jugak la saya solekkan adik sendiri... Sebelum ni saya sibuk solekkan orang lain je, bila part adik mintak tolong, saya suruh diorang buat sendiri... Sebab saya assume bila saya sendiri pandai make-up, jadi mestilah diorang pun pandai sebab dah selalu tengok saya buat... Hehehe~~~ Kesian adik sendiri... =)

Ni gambar diorang sebelum... =)

Sis Nureziyati dan kawan2... =)
Ni pulak rupa diorang selepas... =)

Cantik dan ayu semuanya... =)
Dah lama tak make-up kan orang sejak dah habis study dan mula berkerja... Kadang2 ada jugak orang call nak buat appointment make-up pergi Dinner, tapi saya dah kerja dan tak ada masa dan minat untuk tu pun dah kurang... Tapi semalam, korban kan sikit masa untuk adik sendiri... (^_^)

.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~