Friday, March 16, 2012

MengEdit untuk Hilangkan Mengantuk

Pagi ni nak bangun pergi kerja pun susah... Dah berapa kali snooze alarm clock, tapi saya masih tak bangun-bangun sampai la kakak ipar saya yang ketukkan bilik tanya kerja ke tak?? Sebab heran tengok saya tak bangun-bangun lagi pkl 5.30 pagi... (^_^)

Mana tak nya... Malam tadi saya berada di hospital sampai dekat nak pukul 2 pagi... Tak tau pulak kenapa dengan kakak saya. Jadi dalam pukul 9 malam, saya dengan mak hantar kakak ke Hospital bahagian kecemasan... Pukul 2 pagi baru la di bagi tahu yang dia ditahan dan barulah kami balik... Berdiri kat depan pintu ward kritikal sampai pukul 2 pagi, sebab tak berani nak lari, mana tau doktor cari perlu tanyakan apa-apa...


Pagi tadi, sampai kat ofis memang mengantuk sangat-sangat... Tapi mata ni tak boleh nak dilayan sangat... Jadi saya buat-buat la buzy... Heheheh~~~ Sekarang ni musim cuti skolah, memang takde keja pun... =) Nak membuzy kan diri tu, saya edit-edit la gambar untuk dibuatkan Header Blog... Hehehe~~ Buat punya buat, ada la beberapa kali bertukar sebab rasa macam tak cun je warna dia... Nah tengok kerja saya dari pagi tadi sampai la sekarang... (^_^)

Header asal sebelum diubah... (^_^)
First try edit nak buat yang baru, tapi tak jadi nak pakai...
Second try dan dipakai untuk layout baru sekarang... (^_^)
Susah-susah je nak ubah sana ubah sini... Last-last yang simple jugak yang sedap dipakai... (^_^)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~